Showing posts with label Coret2. Show all posts
Showing posts with label Coret2. Show all posts

Akhirnya Bersua ....

Bismillah..
Salam untuk sume!
Ni first time aku update ruangan aku ni from my office. Break time during lunch hour untk bulan puasa ni di pendekkan dari pukul 1 pm - 1.30 pm.. Biasanya aktiviti kat sini, for muslims yang dok puasa tu apa lagi...ngorok jelah.. sekejap pun jadilah..
Aku begitu terharu dan gembira kerana akhirnya dapat bersua muka dengan seseorang. Selama ini dia berada nun jauh di Yanbu,KSA...jadi bila jelah kami nak bertemu. Kami berkenalan melalui alam cyber dan melalui kiriman salam kawan2 yg lain. Dulu masa dia datang ke rumah aku.. untuk melawat arwah suamiku.. time tu aku bekerja.. so mmg miss chance lah nak berjumpa dia. Ralat jugak masa tuh...
Appreciate sesangat..bersyukur sebab dia dan suaminya sedang bercuti balik ke tanahair dan sempat jugak meluangkan masa untuk berjumpa denganku. Terima kasih Kak Reenaz (mamabungas@blogspot.com) kerana kesudian akak dan segala susah payah untuk ke sini!
Oleh kerana banyaknya urusan beliau setibanya di tanah air.. Jadi masa mmg terbatas. Wpun begitu sempat jugak dia mencuri masa dan datang ke tempat kerjaku..Natoleo.. sebenarnya banyak yang boleh disembangkan.... tapi InsyaAllah di lain waktu, ada rezeki, umur panjang kita bertemu lagi yer kak!
Terima kasih bebanyak untuk ole-ole dari Yanbu. Appreciate sangat!
Wassalam..

Kembali??

Bismillah..
Setelah sekian lama aku menyepi dari ruang ini.Aku kembali. Kenapa yer...?emmm...saje ingin mengisi masa dan terasa sayang untuk melepaskan ruangan ini.
Untuk kawan-kawan yang sering bertanya, maaflah kerana banyaknya aral yang perlu aku tempuhi. Tapi, Alhamdulillah ada anak2, mutiara hatiku sebagai pemangkin semangat. Semuanya dapat aku lalui dengan jiwa yang besar bersama-sama mereka. dan.. kurniaan inilah yang sentiasa kupohon agar diberi terus untukku. Semoga Allah sentiasa memberikan aku kekuatan dan permudahkan segala perjalann...

Utk yg selalu mengingati aku...Pls do not worry.. We are getting fine & start adopting our new chapter. Ada juga yang masih mengunjungi kami …ada juga yg bermurah hati dengan huluran ikhlas tanpa nama..Percayalah bukan itu yg ku pinta...cukup sekadar mendoakan kesejahteraan kami. Walau bagaimanapun.. Terima kasih..Allah jua yang dapat membalas setiap kebaikan dari hati yg tulus & ikhlas.

Alah bisa tegal biasa. Anak2 pun dah tak banyak menimbulkan soalan2 yang perlukan jawapan yg mencabar. Yasmin & Amzar sememangnya dah jauh mengerti..baguslah tu.. Cuma kadangkala Abdurrahman yg suka bercerita saat2 dia bersama ayahnya.. Abdurrahman dikurniakan sedikit memori indah yang boleh dijadikan kenangan dan cerita dalam hidupnya .. Adiknya saja, Muawiyyah Sufyan yang bakal sedikit terkilan.. tapi insyAllah ..pengalamannya bakal menjadikan dirinya seorg anak yang tegar.

Sekarang ni tiga orang anak aku yang bersekolah. Yasmin Nurzayan dalam kelas 6. Exam besar tahun ni. (Ibu sentiasa doakan kejayaan utk akak.. Patuh perintah Allah, berdoa and Study hard..ok!!). Syamil Amzar dah pun berada di kelas 4. Abdurrahman Sudais, pun sudah bsekolah di Tadika 5 tahun.Teringat di awal persekolahannya.. aku yang jadi begitu sensitive.. detik2 manis awal persekolahannya tidak seperti kakak dan abangnya..tapi skrg ni..Alhamdulillah… semuanya berjalan lancar untuk Abdurrahman. Muawiyyah Sufyan, bulan 7 ni genaplah 2 tahun. Cepatnya masa berlalu…

Opps.. sharing all this stories was not seeking for any sympathy but just wanted to tell that we are Alhamdullilah okay..& could be warmzz up for beginning of my return...chewah..Jumpa lagi!!

Wassalam.

Mensyukuri atas nikmat pemberian

Salam.



Aku dengan hati yang paling dalam ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan,doa dan ingatan kalian semua. Bila di dalam keadaan begini... ramai pula yang datang membantu. InsyaAllah dan Alhamdulillah sumbangan yg berbentuk wang ringgit akan digunakan bagi tujuan meringankan dan kebajikan anak2 ku. Allah jua yg dapat membalas budi baik dan amal jariah seseorang.


Yang terbaru kuterima : Shbt2 Titan (dsampaikan oleh Rosmaini dan keluarga sewaktu berkunjung ke kampungku Air Hitam), Kak Zizah (Taska Kyrana), Sahabat2 satu kerja adik iparku, Isham.(terharu...walaupun tak kenal mereka ttp menyumbang), Dari kak Ani (wife Rosli) dan kawan. Sahabat arwah dari Jubail (dikirim melalui Zabri Othman-Natoleo),Sahabat arwah di Yanbu (dikirim melalui En Yunus).

Terima Kasih Kak Su!!


Sebelum ini ramai yg turut menyumbang yang tak dapat kusebutkan kesemuanya melainkan setinggi penghargaan...




Teringat pula semasa sebelum arwah pergi... kami dikunjungi oleh beberapa jemaah surau Tmn Scientex. Mereka tertanya2 kemana perginya arwah yg sebelum ni suka berjemaah dan kdgkala menjadi imam di surau sini.Kedatangan mereka turut membawa sumbangan, barang dapur, beras dll. Terkedu betul masa tu.. Arwah menangis dengan sebak dan penuh emosi.Entah apa yg difikirkan oleh arwah masa tu. Mungkin sebelum ni arwah dgn sedikit kemampuan sering menyalurkan sedekah ketabung surau tetapi skrg dia pula yg diberi bantuan...emmm...ntahlah... Walaupun begitu kami bersyukur dan terima dgn hati yg ikhlas.



Petang tadi, aku didatangi para ibu2 pula. Mereka semua tinggal selorong dengan rumah aku. Terima kasih atas ingatan semua. Ralat pulak sebab tak sempat nak bergambar dengan mereka.


Nmpaknya minggu ni tak putus2 aku menerima kunjungan. Terisi jugalah masa aku kat rumah ni. Hari Selasa tu hari... sahabat2 arwah iaitu Yadzid+Ayu dan anak2, Lobo+Kak ema dan anak2,Yunos+Kak Su dan anak2 serta Ahadin+Kak Za dan anak2.Terima Kasih kerana mereka sudi menjenguk aku dan anak2 walaupun abg JMD dah tak ada lagi. Teringat kata2 Ustaz Md Esa... tetamu yg datang perlu di muliakan kerana dengannya datang bersama seribu rahmat. Emm.. jadi..tak perlulah bersusah payah membawa buah tangan dsb nya..Sahabat2 datang pun dah cukup menggembirakan..


Beberapa hari ni kesihatan aku tak berapa baik.. Pas baik demam kena pulak selsema dan batuk. emmm... sabar ajelah. Lepas ni... kena pertingkatkan kualiti kesihatan diri.Aku perlu sihat demi anak2ku..!!
p/s : Semoga entry aku kali ini tidak disalah ertikan...
Wassalam.

Seminggu telah berlalu..

Sabtu malam Ahad (4/10) genaplah seminggu arwah meninggalkan kita. Ramai yang cakap cepatnya masa berlalu...diam tak diam dah seminggu arwah pergi. Tapi, untuk aku menjalani tempoh seminggu itu dan utk tempoh seterusnya amat berat sekali. Semoga utk tempoh seterusnya.. Allah merancang sesuatu yg lebih baik utk aku n anak2.InsyaAllah..
Aku sempat pulang ke kampung mertua utk turut sama2 melakukan tahlil 7 hari buat arwah. Aku bertolak dari Air Hitam (kg halamanku) pada pukul 530ptg dan sampai di Chemplak Barat lebih kurang 6.45 ptg. Hujan yg agak lebat sepanjang perjalanan sedikit membataskn perjlnan kami 5 beranak.
Upacara tahlil selalunya ada sedikit percanggahan pendapat..arwah salah seorang daripadanya.Namun begitu aku mengambil kira keinginan org tua dan jiran2 setempat. Terima atau tidak doa seseorang itu...adalah urusan Allah jua. Aku berharap doa2 kami diperkenankan dan arwah dipermudahkan urusannya di sana.
Sebelum pulang ke Air Hitam semula pada keesokan paginya..aku sempat menziarahi pusara arwah yg sudah beberapa hari tidak aku kunjungi. Rindunya hati...
Alhamdulillah.. Bapa mertuaku telah mengemas dan menjaga pusara arwah. Hujan yg lebat beberapa hari ni, menjadikan tanahnya sedikit mendatar. Arwah pernah berpesan pada aku supaya pusaranya biar saja simple.Tak perlu dipasang kepuk, batu nisan yg canggih dsbnya.Cukuplah sebagai tanda bahawa itu pusaranya.
p/s: Doaku untuk Bonda Mertuaku..Semoga Allah kuatkan hati kita. Apabila hati kita redha...Allah merahmati kita.InsyaAllah...
Wassalam

Terima Kasih,Blog dan kemaafan..

Salam
Perginya abg JMD adalah suatu yg sukar dicari ganti. Aku dan anak2 pasti merindukannya. Nasib baik teknologi kini membolehkan kita menyimpan segala memori,cerita dan informasi. Ini sempat dikumpul oleh arwah didalam blog kesayangannya http://www.walangkopo.blogspot.com/ . Semasa hayatnya arwah selalu melapangkan masa mengupdate blognya.Dengan penggunaan bahasa sempoi nya...ada saje cerita yg nak dikongsi.
Buat masa ni aku tak dapat untuk mengakses blog arwah sebab aku pun lupa passwordnya...emm..nampaknya sekian sajalah blog arwah bakal terkubur bersama2nya dan hanya meninggalkan segala memori...
Terima Kasih untuk follower blog walangkopo yg setia mengikuti perkembangan disetiap postingnya.Maaf dipinta seandainya penulisan abg JMD ada yg mengundang sakit hati, kecil hati, marah dsb nya.. Manusia itu tak lari dari kesilapan....
Terima kasih juga sebab ramai yg memilih untuk membuat entry di blog masing2.... mengucapkan takziah dan mendoakan kami semasa pulangnya abg JMD ke Rahmatullah.
Dikesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf bagi pihak abg JMD...manalah tahu semasa hayat, beliau ada melakukan kesalahan. Arwah seorang yg suka mengusik, berseloroh, bermogah bukan megah (kamus aku sendiri with different meaning)...juga manalah tahu usikan dan seloroh arwah ada yg membuat tersinggungnya hati... maafkanlah diatas kelemahan itu.
Sekiranya ada beliau berhutang dengan sesiapa..silalah hubungi saya atau saudara yg lain. Saya boleh dihubungi dengan nombor hp arwah. Tolong war2kan pada sahabat2 lain yg kemungkinan tidak mengikuti entry saya ini.
Biarlah rohnya aman di sana dan dijauhkan dari azab kubur dan seterusnya azab api neraka. Sesungguhnya kematian menginsafkan kita.Hanya giliran yang menjadi persoalan.Bilakah giliran kita akan sampai...
Wassalam.

Belated utk 2 sambutan.

Salam..
Sempena sambutan Hari Ibu tempohari, sempatlah juga aku paste kan greetings (yang kat atas tu ler) spesel untuk semua ibu2 yang singgah kat blog aku ni. Oleh kerana hari tersebut aku balik kampung,maka tak sempatlah aku menurunkan kata2 di ruangan blog aku ni.

Mudah2an tidak terlewat utk aku yg masih ingin mengatakan sesuatu ttg sambutan Hari Ibu yang aku sambut setiap hari.Bukanke kita perlu mengingati ibu selalu...


Kalau dulu.. aku tak dibiasakan dengan Hari Ibu ni.Yelah...org dulu2 mana ada kisah sangat pasal sambutan2 macam ni.Yang dia org tahu...kerja keras tanpa mengira penat utk membesarkan anak2...Harapan mereka mmg tinggi utk lihat anak2 mereka berjaya,kalaupun tidak dalam pelajaran,sekurang2nya berjaya didlm kehidupan.Semua itu mereka lakukan tanpa mengira mendapat balasan atau penghargaan dari kita.So..syukurlah aku masih punya mak yg amat aku sayangi.Mak mmg seorng wanita yg tabah walaupun byk dugaan yg datang dan pergi dalam hidupnya.Ila sayang mak!!

Tak lupa utk ibu mertuaku yang sering datang berkunjung ke rumahku menjenguk kami anak beranak.Terima kasih mak!!..tak terbalas rasanya.Bila ingat2 balik aritu aku tpon mak mertuaku utk wish dia, koboi jek cara aku wish dia...hehehe...emm..yg penting aku ikhlas ..kan..kan..


Budak2 skrg dah byk dapat pendedahan dan maklumat.Contohnya anak2 aku yg mmg excited dan tak sabar2 nak bagi hadiah utk aku time Hari Ibu ni.. So ayahnya..inilah yg saya dapat hari tu..yelah..ayahnya tahun ni senyap jer yek!! :( Utk anak2 ibu tersayang... terima kasih. Bukan hadiah yang ibu minta..ibu berharap agar kalian semua menjadi anak2 yang soleh,berjaya didunia dan akhirat..InsyaAllah..

ni dari Iman.Tak sabar dia suruh aku bawak ke opis.Ni projek dia masa duk kat taska.So, terima kasihlah utk ibu2 kat TaskaKyrana tu ygbanyak membantu Iman..jadik lebih kreatif..


Ibu letak alat tulis ibu yer...Iman suka tak???Ibu suka sangat!!


hehe..gambo lupa nk rotate!!

Ni pulak jambak bunga dari Yasmin n Amzar.Cantik sungguh!! Ooohh..rupa2nya nilah yang awak berdua bisik2 dalam kete tu hari yer...Berapa hari punya duit belanja ni??
Emm...tu pasal Sambutan Hari Ibu yang telahpun berlalu.Pada 16 Mei pulak sambutan Hari Guru.Setiap tahun mmg aku kena heret dgn anak2 utk cari hadiah utk ustaz atau ustazah dia org.Buntu betul kepala nak pikir hadiah apa yang sesuai utk cikgu lelaki..Kalau cikgu pompuan mcm2 boleh diberi..kan.. bagi tudung ke, bagi brooch ke...settle ..ni cikgu lelaki...nak bagi pen..mesti berlambak ustaz dia org dapat.Last2 aku sambar le tempat letak pen..hihi..ok ar tu.dapatlah ustaz tempat utk simpan pen yg berlambak tu...kan..kan..

Apa yg aku beritau kat anak2 aku ni...yang penting ikhlas dan tanda kita menghargai jasa mereka.hai...ibu ni pun cikgu awak semua jugak..cikgi kat umah yg lagi garang dan berwawasan...hihihi..
Wassalam.

Abdurrahman Sudais..4 tahun laa..

Salam.......,

Jam baru pukul 5 pagi.Aku mmg tak lena tidur malam tadi.Kdg2 mmg ada sindrom ssh nak tido aku ni...emmm ntahlah naper yek..Terbangun awal ni..So kesempatan di pagi yg hening ni..hihi..aku amiklah kesempatan utk mengupdate blog aku ni.

oklah,nak citer sikit pasal anak aku yg ke3...


ABDURRAHMAN SUDAIS BIN JAIS.




Dilahirkan pada 26April 2005 di Hospital Penawar Pasir Gudang.So ari Ahad tu ari Birthday anak aku le ni.. Rasanya antara kesemua anak aku..dialah yg paling dipermudahkan kelahirannya. Teringat aku masa tgh sakit2 untuk melahirkan..Jam pukul 1 pagi..Abg JMD keje shift malam. Tepon abg JMD, rasanya lambat sungguh dia nk sampai ke rumah.Walaupun dipikir akal logik.. sebenarnya..abg JMD amik masa cuma bape minit jer utk sampai ke rumah.Berdesupp lah gaknya time tu.Tapi time tu,dah aku tgh kesakitan yg amat...mmg ler terasa lama.hehe.. Sampai jer hospital, masuk labour room pastu tak lama, kira2 sejam lebih jer..seorang lagi baby yg comel dah pun lahir ke dunia ini.


Alhamdulillah..mudah rasanya kali ni.Berbanding anak yg sebelumnya 2-2 kena induce sbb ada pobem..


Untuk lebih mudah, kami memanggilnya IMAN.Walaupun ada yg menegur bukanke bagus jika dipanggil dgn nama penuhnya ABDURRAHMAN..Emm..nk buat camner..dh sinonim dah budak tu dgn nama IMAN...bukan AIMAN tak kisah..udahler..hehehe.. Nama ni dipilih oleh bapaknya..hihi..alarr..mmg kesemua nama2 anak aku ni bapaknya yg pilih..ngelat ek..hehehe..sebenarnya mmg aku tak kisah. pun.Aku orait jer..menvariasikan nama anak2 selain terkandung makna yang baik. Mudah2an nama ini sempena nama seorang imam di Mekah memberi makna dalam hidup anak ini.Semoga menjadi anak yang soleh dan berIMAN..insyaAllah..


IMAN tumbuh menjadi seorang anak yg semakin aktif, cergas dan bijak.Kadang2 terasa penat jugak menjaga dan melayan karenahnya. Ada saje idea dia untuk mengecahkan rumah..Dia lah jugak yg berjaya menjadikan aku Tarzan di taman aku ni..hehehe...


Semalam kami celebrate dgn memotong kek untuk IMAN.Alarr saje2 jer nk layan budak ni.Bagi dia seronok sikit.Dulu ayahnya yg rajin melayan bdk2 ni bila time bday dia org.Sapa lagi yg nak buatkan kek kalu tak kawan dia JOE KEK tu..Tapi skrg nmpaknya dah tak dpt merasalah kek dari Joe Kek tu..huhuhu.. Wlaupun ayahnya jauh di Yanbu...tapi ini tidak membataskan kami celebrate sama2. IMAN mmg nampak seronok potong kek depan ayahnya...emm..SKYPE lah apa lagi..jadilah yek..hehehe..

alamak!!! bapak iman ni posing lain macam jek...hehehe


ni kat taska..

geng2 sebaya IMAN..sapa yang paling ketot?? eh..anak aku lar..hihi..

Kat taska dia org pun aku bagilah something utk IMAN celebrate dgn kengkawannya. apa??Membazir?? emmm...entahlah yek..aku cuma mahu agar hati kanak2nya ini terhibur... alarrr...budak2..kan..kan..

Aisey..dari semlm menaip posting ni ... tak siap2?? hehehe.. semlm nak download beberapa gambo tapi line plak lemban semacam jek. So skrg ni barulah boleh dwnload..So, terperap jugaklah entry ni jadik draft 2 hari yer...

~Wassalam~

Semuanya kembali normal!

Salam utk semua..
Rupa2nya dah hampir sebulan jugak aku tak update blog aku ni. Ada pulak geng yang 'menyound'.."hai..nak bersarang jugak ke??"... hehehe..Sebenarnya bukan menyepikan diri, tapi dalam 3 minggu ni kami sekeluarga diserang demam.
Mulanya akulah yg kena dulu.Lama jugak aku tak kena demam ni.Demam2 sikit tapi tak jadik demam tu mmg adalah beberapa kali.Kalu betol2 demam panas tu...Rasa2nya 2 tahun yg lepas.Time tu mmg lepak n panas sgt sampai kena tahan masuk wad. Time tu...abg JMD ada dgn aku.Anak2 pun abg Jmd tlg jaga.So, relek ar sikit beban tu.Tapi sekarang ni...time sakit tu hari...uwaaa.. aku nak laki aku oiii... mmg mencabar betoll.. Bertambah lagi anak2 aku pun turut diserang demam.. dari sorang ke sorang.. Alamak!! risau betul aku dibuatnya.. Bayangkan dengan keadaan diri sendiri yang tak larat, anak2 pun sama demam..Adusss!!!! kugagahkan jua.
Lain macam betul demam kali ni.Terasa bisa di seluruh sendi2ku.Chikungunya ke??? Oh tidak!!!Nasib baik mmg tidak..hehehe...Emm..Alhamdulillah..
Mujurlah mak n bapak mertuaku datang menjengukku. Terasa ringan sikit derita yg ku tanggung. Terima kasih mak..terima kasih bapak..Budimu kukenang sepanjang hayatku. Tak lupa juga pada Abg Long aku yg datang pd hari pertama aku kena demam. TQ so much sbb tlg antar pegi klinik.
Ditika dan saat ini kami semua baik2 ajer.. Sempat jugak aku kehilangan suara aritu. Tapi tak sehebat abg JMD yg hilang suara hampir setengah tahun..Sekarang ni pun pitching dia masih lari lagi..Redha ajerlah..Mmg susah bila xde suara ni..Lebih2 lagi bidang keje aku ni(Purchasing) mmg perlukn byk cakap..yelah time nk deal dgn supplier,dgn user2 kt tpt keje aku ni lagi.Macam2 reward aku dapat tu hari...sabar ajelah..hihihi..
Walaupun masih ada batuk2 n selsema diantara kami sekuarga..but we are getting fine and will back to normal..InsyaAllah!
Inilah salah satu ujian dari yg Maha Esa utk aku dan anak2. Harapanku agar kami terus n tetap teguh mengharungi hari2 mendatang.
P/s:Kenang daku dalam doamu yer bang...:)
Wassalam

60-Earth Hours...Nak join ke tak??


Salam..

Malam esok dari pukul 8.30mlm hingga 9.30 malam... seantero Malaya dikempenkan dgn menutup karen.. hehe.. padamkan bekalan elektrik daaa...Rasanya sume dah tahu.

OKlah..dalam kita semua menyahut saranan tersebut banyak benda yg perlu di ambil kira jugak... Hah..salah satunya aspek keselamatan. Maklumlah dalam gelap macam2 boleh berlaku! So Beware! Siang2 terang landang pun (ni kite pinjam kamus mertua kite ni...hihihi) gate lock rumah kite dah kena kebas petang tadi. Balik keje ptg td tengok dah selamat... ralat jugak kite sbb kite guna gear lock utk gate kite dan dah lama benda alah tu berbakti pd kite..dari masa duduk Kota Masai lagi.Siap ada nombor code rahsia lagik.. Pelik jugak kite camner boleh kena rembat pasal hanya org yg tau code rahsia tu jek yg bole bukak.Kite rasa 'doktor' punyer keje larr..jual kat besi buruk lah gamaknyer.. skrg ni org nak mencuri mmg kreatif..ada jer panjang akal dia org.. pastu.. tak pasal2 kite kena kuar malam2 pegi kedai hardware cari lock baru. So, abg JMD dun worri...everythin fine..dh settle pun.. ku pilih yg murah tapi canggih tau.. hihi..

Ok.. back to 60-Earth hours tu..Kite terpaksalah tengok keadaan yer... maklumlah anak ramai.. Baby Iyan ni kalu gelap mahu terbeliak mata dia. Walau apa pun ..Kita cuba duluuu!!!
For further info bout 60 Earth Hours pls visit :


Ni adik ipor kite nyer blog..(sorri yer Es..ni kira tlg promosi blog lah jugak...bole gitu??)

Jumpa lagi di next entry! Wassalam..

Apa-apa ajer...

Salam....,


Entry ni aku bikin selepas jengok blog kawan aku yg tggl kat nun sana (Yanbu,KSA) iaitu empunya blog 'mama bungas'. Wahhh... happi sesangat bila tengok dia org tu dh pun selesa dan dpt menyesuaikan diri kat negara org tu.. Ada kelas 'KEMAS' lagik... hihihi.. ok ar tu... dpt jugak eratkn silaturrahim selain menghilangkn kerinduan di hati msg2 pada tanah air & kuarga kat Mesia ni.. kan..kan..kan.. Bukan senang nk mengadjustkan diri kat tpt org ye tak??? Kalu kat sini ... org pompuan yg lebih2 lagi boleh drive tu.. xyah pasang pak supir. Nak ke mana pun.. psg stering jer lerr... Isshh.. mestilah mintak izin dulu.. Kita dah buat package dgn asben kite.. Mintak izin kuar utk g mana2 guna package...hihihi.. Ye lar.... tak ke susah kalu hari2 kena tpon asben nk mintak izin. So... solutionnyer.. buat lah package yg mmbolehkan kita kuar kemana2 atas urusan keperluan harian selain ke tpt keje dll... Pepandai ler jaga diri yek!


kat sini..hari2 yg kita lalui sama jek.. Buat masa ni xde yg interesting dpt di citerkan.Rutinnya sama jek.. Paling2 pun menghitung hari jelah rutin kite.. Penah tak dgr habit org kalu boring dia makan...kalu boring makan... kalu makan x boring...hah! tu aku lah...hihihi.. Bila baca blog asben (walangkopo) dia makin kurus.. aku plak risau! bukan apa..sian kat asben aku satu hal... lg satu hal... ini mana bole jd... nti kite plak gemok drpd asben ..uhuk uhuk..mana matching..hihihi..


Citer psl gemok ni plak, aritu ada kawan aku dr KL dtg buat promosi programme mknn sihat. Dulu dia laki bini mak oii..punyerlah sehat.. skrg bila jumpa punyerlah slim.. Produk nyer .. HERBALIFE. Basic foodnya ialah dari Soya dan sayur-mayur.. aku sajer jer nk dgr. Tmbah pengetahuan. Kdg2 bila depa ni berceriter byk bende2 baru yg kite x tahu. Cthnye : depa ni tnya kenapa skrg ni anak2 lelaki byk yg 'lembut'. Kite x nmpak plak sekeliling kite yg ramai anak2 'lembut' ni. Adalah sorang dua. Depa ni ckp sbb byk mkn ayam grg segera. Kalu kat Mesia ni aym grg segera tu apa lagi... kompeni tpt keje aku ada syer..yelah psl grup JohorCorp.So, kite sensored ar skit. Berbalik citer aym grg tu td... depa ni ckp, aym skrg ni 2 mggu jek dh bole sembelih. Sbb apa? sbb aym tu kena cucuk dgn hormon betina.?? aku pun x plak tnya depa tu lebih lanjut. So, bila anak2 lelaki ni mkn ayam tu...dgn lebih kerap..apa jadik?? Nasib baik aku x faveret ajak anak2 aku mkn aym grg segera ni... Kalu nk mkn pun xleh selalu ler....
aku ni tgh merapu bebukan ek..Ni main taip jer tau.. pasni baru aku pikir nk bubuh tajuk apa untuk entry ni..hehehe..


Skrg ni Pasir Gudang selalu ujan. Lebih2 lagi pada sebelah ptg. Pas balik keje td ( kite keje 1/2 hari jek tiap2 sabtu) aku sempat lar jemur Toto kat luar. Tapi x sempat aku selamatkn toto aku tu..sbb cuaca panas tiba2 btukar ujan plak.Tapi ujan sekejap je arini.. Aritu, Dida (Kasih Rizhad) tnya nape byk gambo ujan kat blog aku. Masa tu aku g Masai dgn anak2. Kononnya nk mkn kt luar.Tp terperangkap dlm ujan yg lebat yg tahap gaban.Boring menunggu dlm kete ar tu... tu yg snap gambo ujan jek... hihihi.. Ujan tak sampai 1/2 jam jek aritu, dah mbuatkn masai banjir sekejap. Dalam masa bulan 2-3 ni, musim kt PG bermacam2 plak.Ada 4 musim tuhhh... Musim angin dah lepas masa festival lelayang tu ari.Musim ujan..musim bunga.. Chewah!! ada ke musim bunga ni. musim luruh pun ada tau!! Kalu kat Jepun musim bunga Sakura. Kat Pgudang ni musim bunga Sapulaaa..Alaaa... pokok2 tggi berbunga2 yg byk kat jalan pekeliling dan sekitar PG ni.Lepas gugur kena sapulah!! hehehe..Org yg biasa kt PG ni tau lah kottt.. Mmg lawa. Hati pun berbunga jek bila melalui jalan2 kat situ.aku ni pasal mmg minat kat Flora2 ni. tu yg rajin sikit perati..Kecintaan aku pada Flora mmg tggi. Cuma masa jek mencemburui aku..hehehe.. Nk tambah pokok2 kat laman pun x sempat. Yg sempat ditanam tu pun ada yg jenis dia idup segan mati tak mau..hihi..tp xper.. ada simpan azam.Tggu lah askar aku independant sikit..
Oklah.. ada sikit gambo2 kat bwh ni. Sesapa yg rindu dgn PG nti bila ada masa aku snapkn view kat sini yer... x sabar aku nk tggu asben kite balik bulan 5 ni.Sbb asben aku mesti ckp PG sama jek.. xde perubahan pun!! (mcm dh tgglkn PG 10thn jek ek..hehehe)





Ni kat kaw. Tmn Air Biru. Bunga2 mula berguguran...

Sempat gak kite snap masa nk g keje tu ari... ni jln nk g Johor Port.


Hadiah Sempena Hari Raya



Terima kasih ayah... Itulah ucapan kegembiraan dari anak-anakmu setelah menerima pemberian dari ayahnya.



Pagi tadi kawan abang, Lobo datang ke rumah menghantar barang yang di kirimkan oleh abang. Wow! tak sangka pandai jugak abng memilih baju untuk kami semua. Untuk aku abang belikan abaya berwarna hitam.Manakala Yasmin juga menerima baju yang sama iaitu abaya hitam. Yang apabila dikenakan Yasmin kelihatan anggun sekali. Untuk anak jejakaku yang dua orang itu masing2 mendapat jubah yang ngam-ngam dengan saiz badan mereka. Untuk Iyan...alahai..takde saiz larr... nanti dah besar sikit suruh ayah beilkan untuk iyan pulak...tau.. Nampaklah kegembiraan dimuka isteri2 sahabat suamiku apabila menyambut kepulangan suami masing-masing. Aku tumpang gembira ajelah... kali ni terima ajelah nasib beraya tanpa abang.. tak mengapa aku dah bersedia untuk itu.. Mungkin berkat kesabaran ini ada hikmahnya. Dengan anak-anak pun aku masih boleh merayakan Hari Raya yang hanya tinggal 2 atau 3 hari lagi ini. Untuk suami tercinta... Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Terima Kasih atas ingatan dan pemberian ini. Oh ye! Kurma yang dikirimkan tu mmg sedap. Lain dari yang lain. Kurma ini tanpa biji sebaliknya terdapat buah badam didalamnya. YUm..yum...sedap..


Ninja Turtle




Semalam aku dan anak2 pergi Kipmart. untuk beli kura-kura. Kura-kura ini yang jenis kecik dan comel. Harganya RM7-00 seekor. Dah berhari2 Amzar dan Yasmin sebok merengek mintak dibelikan kura-kura tu. Aku pun pelik apsal tiba2 jer dia org berminat nak bela kura2.Rupa2nya geng dia org ada bela dan selalu bawa ke taska. Iman pun dah naik excited cam akak dan abgnya. Mula2 aku buat tak tahu jer...Tapi inilah kesempatan yang boleh aku gunakan untuk memotivasikan anak2ku. Lebih2 lagi Amzar yang sedikit nakal tu.. Modal aku apa lagi kalau nak kura2 bila dikejut bangun sahur terus bangun...puasa jgn selalu mengeluh... aku gunakan modal itu selama 2 minggu. Berkesan jugak cara itu. Tapi aku tak naklah dia buat semua tu sebab nak dapatkan si kura2 tu... aku cakap dgn Amzar dia perlu ikhlas buat sesuatu ..kat dunia ni pun dia boleh dapat imbuhan dari ibu..apatah lagi di akhirat kelak Allah akan bagi berganda2 pahala dan imbalannya.

Tapi happy gak aku selepas dibelikan kura2 tu.. atleast anak2 ada tanggungjawab menjaga, membersihkan dan memberi kura2 mereka makan. Itu janji mereka pada aku.

Kura2 ni pun ada nama tau... yang satu Winky dan yg satu lagi
Thinky...apsal namanya macam ni...aku pun tak tau..hehe..

Laman Rumahku






Setelah hampir sebulan abang meninggalkan laman rumahnya...Lihatlah sekarang! Nasib baik abg sempat memesin rumput sebelum berangkat ke Yanbu...Dapatlah aku memaintainkannya.
Rumput dah kembali menhghijau dan perlu di upgrade lagi.. Perlu byk masa utk upgrade!

Ramadhan oh! Ramadhan

Cukup seminggu aku dan anak2 berpuasa di sini tanpa abang. Memang terasa sekali. Bersahur dan juadah berbuka cukup simple. Biasanya jika ada abang, byklah sikit menu berbuka puasa. Aku selalu share juadah dengan abg...seronok sikit. Ikan Bakar, Nasi beryani. Rojak Asma, Mertabak antara makanan kegemaran kami yg selalu kami share. Anak2 kurang berminat dgn makanan2 macam ni. Tapi dari segi ekonominya jimatlah jugak ye tak??? Kalau Amzar senang jer...tak jemu2 dengan nasi ayam dia.. Yasmin pulak susah sikit seleranya. Aku pun tak tahu apa yang sebenarnya dia suka..orangnya memang susah nak makan...tengoklah badan dia..hish..anak ibu tu.. Paling tidak pun menu favorit anak2 aku ialah Ayam masak kicap, Ketam Masak Lemak, Udang Goreng Bermadu dan Ayam Goreng Tepung. Kalau ada hidangan ni memang cukup berselera mereka makan.
Untuk semua terutama suami di perantauan aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan kali ini kita lalui dengan ikhlas walaupun banyak pengorbanan di dalamnya.Untuk ibunda tercinta sabar dan redha di atas ketentuan Illahi. Memang ramadhan kali ini tanpa ayahanda susah untuk ibunda lalui...tapi berbanyaklah bersabar.InsyaAllah.

Penawar rindu kala ayah di perantauan




Kami doakan ayah diberkati dan sihat selalu di bumi Arab. Setakat ini kami tidak sunyi dari perkhabaran ayah... Alhamdulillah kami diberi kemudahan untuk berhubung dgn ayah melalui telepon,handpon dan Yahoo Messenger(internet). Walaupun tak sebanding bersua muka, namun jadilah untuk mengubat rindu di hati anak2ku. Selain itu dapatlah aku dan anak2 mengetahui kabar dan berkongsi aktiviti ayah di sana.


(Jom lawat Blog Ayah di http://www.walangkopo.blogspot.com)

Seminggu Tanpa Ayah


Genap seminggu abg meninggalkan kami 5 beranak di Malaysia. Bermulalah kehidupan kami di sini tanpa ayah di sisi. Dari hari menghantar abg ke Airport Senai (13/08/08) kami ditemani oleh mertua dan mak bak aku sendiri. Anak2 leka kerana dirumah ada sepupu2, tokmak ,tokbapak,nenek atuk dll. Masing2 ada kehidupan sendiri. Apabila mereka balik ke kampung masing2 mulalah terasa suatu kelainan. Anak2 dah mula komplen boring takde ayah. Aku pulak nak meleleh jer air mata ni. Aku tahu aku perlu membiasakan diri dengan suasana di rumah tanpa abang. Aku perlu kuat. Demi anak2.

Tak mengapa anak2ku...kita akan pergi mengunjungi ayah bila ada kesempatan dan rezeki...InsyaAllah... KSA pasti menantikan kedatangan kami..

UP! UP! ON THE WAY...

13 Ogos 2008

Menanti kedatangan 13 Ogos adalah suatu hari yang amat mendebarkan. Perasaan bersilih ganti. Macam2 rasa yang aku alami sekarang ni.. Suami dan ayah tercinta bakal meninggalkan kami. Penghijrahannya untuk ke Bumi Arab benar2 menjadi kenyataan...Cuma tinggal beberapa hari shj lagi..Masa yang ada ini...Alhamdulillah abg dapat meluangkan masa untuk kami. Selepas abg tender resignation kat Titan hari tu, abg ada banyak cuti.. dgn itu dptlah abg lepak2 kat rumah sambil menyiapkan beberapa pending job. Sedari awal lagi mmg aku dah buat satu list untuk abg settlekan sebelum abg ke Arab. Tapi tak sampai hati pulak aku tengok keadaan abg. Tapi Alhamdulillah sempat juga abg menyettlekan beberapa perkara yang tersenarai dalam list aku tu..Sejak akhir2 ni kesihatan abg agak tidak berapa baik .. Jadi pending list tu aku decided not to reveal..selamat abg...hehe.. Takperlah... apa yang termampu ku buat akan ku cuba laksanakan. Semoga kesihatan abg akan kembali cemerlang bila tiba masa untuk berangkat kelak.. Kalau tidak susah hati pulak aku dibuatnya..

Apa yang perlu aku katakan lagi selain redha dan sabar. Post ini pun sudah beberapa hari tak dapat aku siapkan. Aku semacam kelu dan tak tahu apa yg perlu dikatakan.. Semoga memang inilah yang terbaik Allah rancangkan untuk kami sekeluarga. Juga semoga apa yang Allah rancangkan ini disertai dengan dianugerahkan kekuatan dihati kami sekeluarga.