Seminggu telah berlalu..

Sabtu malam Ahad (4/10) genaplah seminggu arwah meninggalkan kita. Ramai yang cakap cepatnya masa berlalu...diam tak diam dah seminggu arwah pergi. Tapi, untuk aku menjalani tempoh seminggu itu dan utk tempoh seterusnya amat berat sekali. Semoga utk tempoh seterusnya.. Allah merancang sesuatu yg lebih baik utk aku n anak2.InsyaAllah..
Aku sempat pulang ke kampung mertua utk turut sama2 melakukan tahlil 7 hari buat arwah. Aku bertolak dari Air Hitam (kg halamanku) pada pukul 530ptg dan sampai di Chemplak Barat lebih kurang 6.45 ptg. Hujan yg agak lebat sepanjang perjalanan sedikit membataskn perjlnan kami 5 beranak.
Upacara tahlil selalunya ada sedikit percanggahan pendapat..arwah salah seorang daripadanya.Namun begitu aku mengambil kira keinginan org tua dan jiran2 setempat. Terima atau tidak doa seseorang itu...adalah urusan Allah jua. Aku berharap doa2 kami diperkenankan dan arwah dipermudahkan urusannya di sana.
Sebelum pulang ke Air Hitam semula pada keesokan paginya..aku sempat menziarahi pusara arwah yg sudah beberapa hari tidak aku kunjungi. Rindunya hati...
Alhamdulillah.. Bapa mertuaku telah mengemas dan menjaga pusara arwah. Hujan yg lebat beberapa hari ni, menjadikan tanahnya sedikit mendatar. Arwah pernah berpesan pada aku supaya pusaranya biar saja simple.Tak perlu dipasang kepuk, batu nisan yg canggih dsbnya.Cukuplah sebagai tanda bahawa itu pusaranya.
p/s: Doaku untuk Bonda Mertuaku..Semoga Allah kuatkan hati kita. Apabila hati kita redha...Allah merahmati kita.InsyaAllah...
Wassalam

3 comments:

REENAZ said...

Salam Eylla...
Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Semoga tabah menghadapi hari2 yg mendatang...Semoga arwah tenang dan berada dikalangan org2 yg ber iman...Insyaallah...

Anonymous said...

Kak Eylla,
Tabahkan hati ye kak..

eiza in the house.. said...

salam kak..
takziah untuk akak sekeluarga..
salam kenal dan ziarah