Showing posts with label Greetings. Show all posts
Showing posts with label Greetings. Show all posts

SALAM AIDIL ADHA


Salam


MARHABAH YA HAJ !

Ingin aku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha kepada sanak saudara, sahabat handai dan para pembaca blog ini.Selamat Bercuti kepada yang bakal cuti di hari perayaan tersebut. Moga nilai dan pengertian pengorbanan yg ada didlm perayaan ini menjadi titik tolak bagi kita untuk mengubah sempadan iman kita.



Alhamdulillah ramai di antara sahabat2ku tahun ini berpeluang menunaikan rukun ke5 ini. Semoga mereka dilimpahi kesihatan yg baik dan Semoga mendapat haji yg mabrur.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi dan al-Hakim, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Tidak melakukan seorang anak Adam sesuatu amalan pada hari raya Adha yang lebih disukai oleh Allah Taala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darahnya jatuh di sisi Allah pada satu tempat kemuliaan lebih dahulu dari jatuh kebumi. Maka berkiralah diri kamu dengan korban”.



Sedikit perkongsian ilmu tentang korban dan haji boleh dicapai di ,

http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/11/roh-pengorbanan.html

Wassalam.

Terima Kasih,Blog dan kemaafan..

Salam
Perginya abg JMD adalah suatu yg sukar dicari ganti. Aku dan anak2 pasti merindukannya. Nasib baik teknologi kini membolehkan kita menyimpan segala memori,cerita dan informasi. Ini sempat dikumpul oleh arwah didalam blog kesayangannya http://www.walangkopo.blogspot.com/ . Semasa hayatnya arwah selalu melapangkan masa mengupdate blognya.Dengan penggunaan bahasa sempoi nya...ada saje cerita yg nak dikongsi.
Buat masa ni aku tak dapat untuk mengakses blog arwah sebab aku pun lupa passwordnya...emm..nampaknya sekian sajalah blog arwah bakal terkubur bersama2nya dan hanya meninggalkan segala memori...
Terima Kasih untuk follower blog walangkopo yg setia mengikuti perkembangan disetiap postingnya.Maaf dipinta seandainya penulisan abg JMD ada yg mengundang sakit hati, kecil hati, marah dsb nya.. Manusia itu tak lari dari kesilapan....
Terima kasih juga sebab ramai yg memilih untuk membuat entry di blog masing2.... mengucapkan takziah dan mendoakan kami semasa pulangnya abg JMD ke Rahmatullah.
Dikesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf bagi pihak abg JMD...manalah tahu semasa hayat, beliau ada melakukan kesalahan. Arwah seorang yg suka mengusik, berseloroh, bermogah bukan megah (kamus aku sendiri with different meaning)...juga manalah tahu usikan dan seloroh arwah ada yg membuat tersinggungnya hati... maafkanlah diatas kelemahan itu.
Sekiranya ada beliau berhutang dengan sesiapa..silalah hubungi saya atau saudara yg lain. Saya boleh dihubungi dengan nombor hp arwah. Tolong war2kan pada sahabat2 lain yg kemungkinan tidak mengikuti entry saya ini.
Biarlah rohnya aman di sana dan dijauhkan dari azab kubur dan seterusnya azab api neraka. Sesungguhnya kematian menginsafkan kita.Hanya giliran yang menjadi persoalan.Bilakah giliran kita akan sampai...
Wassalam.

Selamat Hari Lahir,Yasmin Nurzayan

Salam.




Mmg tgh rajin nak mengupdate blog nampaknya aku ni.Baru siap entry yg kat bwh, dh sambung ni pulak... :)


Birthday Yasmin jatuh pada 18 Mei..hari Isnin..hah!! esoklah..Dah 11 tahun rupanya anak dara aku ni.Oleh kerana orgnyapun kecik jek..tak terasa pulak dia akan melangkah ke zaman remaja.


Kat bwh ni kata2 ditujukan khas untuk Yasmin....,


Ibu nak ucapkan Selamat Hari Lahir pada akak.Jadilah anak yg baik.Terima Kasih akak selalu tolong ibu. Kalau akak tak rajin macam tu...susah jugak ibu nak uruskan kerja rumah sorang2.


Jangan salah sangka bila ada waktu dan ketikanya ibu marahkan akak.Itu sebab ibu sayangkan akak..Kalau tak sayang ,ibu biarkan aje akak tanpa ditegur salah dan silap.Tapi ibu percaya akak faham apa yang perlu akak lakukan sebagai memenuhi tangunggjawab seorng anak.Anak yg sulung perlu tunjuk contoh yang baik pada adik2.


Yang paling penting...jgn lupa suruhan Allah.Kewajiban kita sebagai hambaNya.!!


Tentang hadiah...nantilah ibu pikirkan...awak nak novel???sorri lah yer...ni musim peksa..lain kali lah yer...


Salam sayang utk anak ibu,Yasmin Nurzayan binti Jais.

Belated utk 2 sambutan.

Salam..
Sempena sambutan Hari Ibu tempohari, sempatlah juga aku paste kan greetings (yang kat atas tu ler) spesel untuk semua ibu2 yang singgah kat blog aku ni. Oleh kerana hari tersebut aku balik kampung,maka tak sempatlah aku menurunkan kata2 di ruangan blog aku ni.

Mudah2an tidak terlewat utk aku yg masih ingin mengatakan sesuatu ttg sambutan Hari Ibu yang aku sambut setiap hari.Bukanke kita perlu mengingati ibu selalu...


Kalau dulu.. aku tak dibiasakan dengan Hari Ibu ni.Yelah...org dulu2 mana ada kisah sangat pasal sambutan2 macam ni.Yang dia org tahu...kerja keras tanpa mengira penat utk membesarkan anak2...Harapan mereka mmg tinggi utk lihat anak2 mereka berjaya,kalaupun tidak dalam pelajaran,sekurang2nya berjaya didlm kehidupan.Semua itu mereka lakukan tanpa mengira mendapat balasan atau penghargaan dari kita.So..syukurlah aku masih punya mak yg amat aku sayangi.Mak mmg seorng wanita yg tabah walaupun byk dugaan yg datang dan pergi dalam hidupnya.Ila sayang mak!!

Tak lupa utk ibu mertuaku yang sering datang berkunjung ke rumahku menjenguk kami anak beranak.Terima kasih mak!!..tak terbalas rasanya.Bila ingat2 balik aritu aku tpon mak mertuaku utk wish dia, koboi jek cara aku wish dia...hehehe...emm..yg penting aku ikhlas ..kan..kan..


Budak2 skrg dah byk dapat pendedahan dan maklumat.Contohnya anak2 aku yg mmg excited dan tak sabar2 nak bagi hadiah utk aku time Hari Ibu ni.. So ayahnya..inilah yg saya dapat hari tu..yelah..ayahnya tahun ni senyap jer yek!! :( Utk anak2 ibu tersayang... terima kasih. Bukan hadiah yang ibu minta..ibu berharap agar kalian semua menjadi anak2 yang soleh,berjaya didunia dan akhirat..InsyaAllah..

ni dari Iman.Tak sabar dia suruh aku bawak ke opis.Ni projek dia masa duk kat taska.So, terima kasihlah utk ibu2 kat TaskaKyrana tu ygbanyak membantu Iman..jadik lebih kreatif..


Ibu letak alat tulis ibu yer...Iman suka tak???Ibu suka sangat!!


hehe..gambo lupa nk rotate!!

Ni pulak jambak bunga dari Yasmin n Amzar.Cantik sungguh!! Ooohh..rupa2nya nilah yang awak berdua bisik2 dalam kete tu hari yer...Berapa hari punya duit belanja ni??
Emm...tu pasal Sambutan Hari Ibu yang telahpun berlalu.Pada 16 Mei pulak sambutan Hari Guru.Setiap tahun mmg aku kena heret dgn anak2 utk cari hadiah utk ustaz atau ustazah dia org.Buntu betul kepala nak pikir hadiah apa yang sesuai utk cikgu lelaki..Kalau cikgu pompuan mcm2 boleh diberi..kan.. bagi tudung ke, bagi brooch ke...settle ..ni cikgu lelaki...nak bagi pen..mesti berlambak ustaz dia org dapat.Last2 aku sambar le tempat letak pen..hihi..ok ar tu.dapatlah ustaz tempat utk simpan pen yg berlambak tu...kan..kan..

Apa yg aku beritau kat anak2 aku ni...yang penting ikhlas dan tanda kita menghargai jasa mereka.hai...ibu ni pun cikgu awak semua jugak..cikgi kat umah yg lagi garang dan berwawasan...hihihi..
Wassalam.

Abdurrahman Sudais..4 tahun laa..

Salam.......,

Jam baru pukul 5 pagi.Aku mmg tak lena tidur malam tadi.Kdg2 mmg ada sindrom ssh nak tido aku ni...emmm ntahlah naper yek..Terbangun awal ni..So kesempatan di pagi yg hening ni..hihi..aku amiklah kesempatan utk mengupdate blog aku ni.

oklah,nak citer sikit pasal anak aku yg ke3...


ABDURRAHMAN SUDAIS BIN JAIS.




Dilahirkan pada 26April 2005 di Hospital Penawar Pasir Gudang.So ari Ahad tu ari Birthday anak aku le ni.. Rasanya antara kesemua anak aku..dialah yg paling dipermudahkan kelahirannya. Teringat aku masa tgh sakit2 untuk melahirkan..Jam pukul 1 pagi..Abg JMD keje shift malam. Tepon abg JMD, rasanya lambat sungguh dia nk sampai ke rumah.Walaupun dipikir akal logik.. sebenarnya..abg JMD amik masa cuma bape minit jer utk sampai ke rumah.Berdesupp lah gaknya time tu.Tapi time tu,dah aku tgh kesakitan yg amat...mmg ler terasa lama.hehe.. Sampai jer hospital, masuk labour room pastu tak lama, kira2 sejam lebih jer..seorang lagi baby yg comel dah pun lahir ke dunia ini.


Alhamdulillah..mudah rasanya kali ni.Berbanding anak yg sebelumnya 2-2 kena induce sbb ada pobem..


Untuk lebih mudah, kami memanggilnya IMAN.Walaupun ada yg menegur bukanke bagus jika dipanggil dgn nama penuhnya ABDURRAHMAN..Emm..nk buat camner..dh sinonim dah budak tu dgn nama IMAN...bukan AIMAN tak kisah..udahler..hehehe.. Nama ni dipilih oleh bapaknya..hihi..alarr..mmg kesemua nama2 anak aku ni bapaknya yg pilih..ngelat ek..hehehe..sebenarnya mmg aku tak kisah. pun.Aku orait jer..menvariasikan nama anak2 selain terkandung makna yang baik. Mudah2an nama ini sempena nama seorang imam di Mekah memberi makna dalam hidup anak ini.Semoga menjadi anak yang soleh dan berIMAN..insyaAllah..


IMAN tumbuh menjadi seorang anak yg semakin aktif, cergas dan bijak.Kadang2 terasa penat jugak menjaga dan melayan karenahnya. Ada saje idea dia untuk mengecahkan rumah..Dia lah jugak yg berjaya menjadikan aku Tarzan di taman aku ni..hehehe...


Semalam kami celebrate dgn memotong kek untuk IMAN.Alarr saje2 jer nk layan budak ni.Bagi dia seronok sikit.Dulu ayahnya yg rajin melayan bdk2 ni bila time bday dia org.Sapa lagi yg nak buatkan kek kalu tak kawan dia JOE KEK tu..Tapi skrg nmpaknya dah tak dpt merasalah kek dari Joe Kek tu..huhuhu.. Wlaupun ayahnya jauh di Yanbu...tapi ini tidak membataskan kami celebrate sama2. IMAN mmg nampak seronok potong kek depan ayahnya...emm..SKYPE lah apa lagi..jadilah yek..hehehe..

alamak!!! bapak iman ni posing lain macam jek...hehehe


ni kat taska..

geng2 sebaya IMAN..sapa yang paling ketot?? eh..anak aku lar..hihi..

Kat taska dia org pun aku bagilah something utk IMAN celebrate dgn kengkawannya. apa??Membazir?? emmm...entahlah yek..aku cuma mahu agar hati kanak2nya ini terhibur... alarrr...budak2..kan..kan..

Aisey..dari semlm menaip posting ni ... tak siap2?? hehehe.. semlm nak download beberapa gambo tapi line plak lemban semacam jek. So skrg ni barulah boleh dwnload..So, terperap jugaklah entry ni jadik draft 2 hari yer...

~Wassalam~

Salam Maulidurrasul

Salam utk semua,

12 Rabiul awal.Hari ini hari sambutan maulidurrasul. Selamat menyambutnya. Bersama-samalah kita mengejar syafaat nabi.Jadikan akhlak nabi sebagai contoh dan amalan dalam kehidupan...InsyaAllah!

Keunggulan keperibadian Baginda SAW dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud:



"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)




Biasanya di sini akan diadakan perarakan. NatOleo turut menyertai perarakan ini. Sempat jugalah aku mem'purchase' barang2 yg diperlukan untuk membuat sepanduk dsb.

Sempena bulan mulia ini, umat Islam diseru supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mengingati sejarah pengorbanan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam dengan membanyakkan selawat kepadanya

Akhir kata, Salam Maulidurrasul!

“… Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” Surah Al-Anbiya, ayat 107.

Happy Birthday to Kekandaku..

Salam...
Hari ni 20 February, birthday abg JMD. Ini merupakan kali pertama abg JMD kena celebrate birthday sorang2 kat nun sana.. emm... terkilan plak rasa hati huk..huk.. Kebiasaannya kami celebrate together-gether. Paling kokak pun kek sebijik. Pastu.. potong le kek tu anak beranak. Kek tak abis, anak aku bwk pegi sekolah, bagi kengkawan dia. . settle..Emm..tapi xper lah yer.. doa adinda sentiasa mengiringi kekanda di sana.. chewah... berdinda-dinda plak aku ni..hehehe.. tapi semenjak berjauhan ni kemesraan tu semacam di polish balik.. hehehe.. so jgn risau pada isteri2 yg baru ditinggalkan suami utk berhijrah ke sana. (p/s : Wife Joe Kek..keep in touch with me ok! anytime kita bole calling2 ke maday2 ke..)
InsyaAllah kasih sayang boleh terus di pupuk dan terus terjalin especially dgn bantuan teknologi cyber masakini. Jangan mudah terasa hati dan mudah terpengaruh dengan kata2 yg kurang elok tentang suami kita kat sana. Kita lebih mengenali hati budi suami masing2..tak gitu?? Mereka ke sana pun mencari rezeki.. dan untuk siapa? kalu bukan untuk kita dan anak2. Sentiasa berdoa. Seperti yg aku share pd entry aku yg lalu, doa seorang isteri especially ibu spt kita akan senang dimakbulkan Allah.Kerana sifat penyanyang yang ada pada kita. Mohonlah apa2 saja yang terbaik untuk kita dari-Nya. Dia Pencipta kita yang Maha Mengetahui apa jua yang terbaik utk kita sbg hambaNya... InsyaAllah.

Keredhaan dari suami amat penting. Apa jua tindak tanduk perihal laku kita perlulah atas redha suami. Aku sedikit terkilan sebab berjauhan dgn suami mengurangkan peluang utk mengutip ganjaran pahala. Susah lah ini macam nk dapat pahala..Kalu tidak..kan senang kutip pahala.. ye tak? .. sediakan makan + pakai suami, sambut suami ketika pulang dari keje, senyum dan tunjuk muka manis depan suami pun dah dapat pahala mudah..(Sesungguhnya pahala + amal seseorang itu atas urusan Allah jua. Usaha kita perlu ada!)) emm..tulah kekadang... masa duduk sebumbung byk peluang lain yg kita rugikan macam tu aje.. Bila dah berjauhan macam aku ni ... hai... rugi beb!
So, Lastly utk darlingku.... Selamat Hari Lahir.. Semoga perjalanan hidup kita sentiasa di redhai. Jaga kesihatan bebaik kat sana. TQ coz u alwayz be a good husband to me, good ayah to my kids. (no doubt about it ok!). Seperti selalunya.. dirimu sentiasa hadir disetiap doaku. Cukuplah tu... yek.. x bole lebih2.. nak lebih2 kita calling2 yer...hehehe...
p/s: Alamak!! b'day present x sempat ar nk kirim En Yunus..sowey ar darling,,,uwaaa...

SALAM MAAL HIJRAH 1430H




Salam Maal Hijrah dari kami sekeluarga buat seluruh ahli keluarga, saudara mara, dan sahabat handai jauh dan dekat. Semoga tahun ini menjadi tahun penghijrahan yg paling baik buat kita. Bersama-sama kita berhijrah..memperbanyakkan amalan, menjadi hamba yg taat kepada perintahNya..Memperbaiki segala kekurangan pada tahun lalu dan tahun2 sebelumnya. Syukur kerana kita masih diberi kesempatan untuk terus beribadah dan mengecapi pelbagai nikmat dariNya.Semoga Allah merahmati saya, anda dan kita semua!!
Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim :
"Orang yang berhijrah ialah orang yang menjauhi apa yang ditegah Allah
untuk melakukannya"

Happy Aniversary!

25 DECEMBER 2008
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN UNTUK SUAMI TERCINTA..
SEMOGA R'TANGGA YG TERBINA INI DIRAHMATI SELALU.
TERIMA KASIH SEBAB MENJADI SUAMI & AYAH YG BAIK UNTUKKU
DAN ANAK2.


HARAPANKU SEMOGA KITA TETAP BERSATU HINGGA KE SYURGA KELAK...INSYAALLAH







sALaM aIdILfITrI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI KAMI SEKELUARGA

Happy Birthday Syamil Amzar!


Genap umur Amzar 8 tahun pada 5 September 2008. Dah besar anak aku yang ke2 ini. Ibu doakan semoga berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. Ingat pesan ayah dan ibu...Jangan Nakal2 tau...

Walaupun potong kek kali ini tanpa ayah... tapi ada gambo untuk tatapan ayah