ahlan wasahlan

SALAM AIDIL ADHA


Salam


MARHABAH YA HAJ !

Ingin aku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha kepada sanak saudara, sahabat handai dan para pembaca blog ini.Selamat Bercuti kepada yang bakal cuti di hari perayaan tersebut. Moga nilai dan pengertian pengorbanan yg ada didlm perayaan ini menjadi titik tolak bagi kita untuk mengubah sempadan iman kita.



Alhamdulillah ramai di antara sahabat2ku tahun ini berpeluang menunaikan rukun ke5 ini. Semoga mereka dilimpahi kesihatan yg baik dan Semoga mendapat haji yg mabrur.


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi dan al-Hakim, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Tidak melakukan seorang anak Adam sesuatu amalan pada hari raya Adha yang lebih disukai oleh Allah Taala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darahnya jatuh di sisi Allah pada satu tempat kemuliaan lebih dahulu dari jatuh kebumi. Maka berkiralah diri kamu dengan korban”.



Sedikit perkongsian ilmu tentang korban dan haji boleh dicapai di ,

http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/11/roh-pengorbanan.html

Wassalam.

No comments:

santapan rohani :)

Birthday Abdurrahman Sudais