Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts

Kebesaran Allah ada dalam diri kita?


Salam..

Aritu kat tpt keje emel aku ada poblem..kena attack virus. yg kelakaonya virus tu Indon mali n namanyer "Jamban Die Die Die" hehehe... walaupun kelakar namanya tp cukup membuatkan aku pening. Mana taknya abis aku punya soft copy document yg agak penting ilang..uwaaaa.. dan yg paling parahnya emel aku yg latest i.e dari tahun 2007 hgga sekrg pun turut ilang. yelar kekdg emel yg penting2 tu mmg syg nk diremovekn..ye tak.. emel dari kekanda pun tak dpt diselamatkan..uhuk..uhuk.. Yg peliknya emel tahun 2006 yg mungkin sangkut kat mana ntah boleh masuk memenuhi inbox aku..naik sarat dibuatnya..Nak marah pada org MIS Department aku tak patut plak sbb masa tu company punya server pun tgh down..so, redha ajelah..emm..


Aku bukan nk citer sgt psl emel2 aku yang pobem tu..kalu diingtkan pun tak guna..cuma antara emel2 yg baru masuk tu ada antaranya yg menarik perhatian aku dan mahu dikongsi bersama kalian. Punyalah panjang mukadimah aku ni yek....So aku copy n paste ajelah kat bawah ni...


Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan :


1)Lihat dikedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Allahuaklam..


2)Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

3.Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


4. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

5.Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Antara lain ...

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Mengapa kaabah terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.


Sekian..

Di kala Muawiyyah berumur 4 bulan

Dengan nama Allah..
23hb November 2008 genaplah umur Muawiyah 4 bulan. Cepat sunguh masa berlalu..Diam tak diam sudah 3 bulan lebih Muawiyah membesar tidak di depan mata ayah. Selama itu jugalah Iyan panggilan manja yang kuberikan untuk baby comel ku ini, melalui beberapa peringkat pembesaran tanpa disaksikan oleh ayahnya. Dari saat Iyan pandai tersenyum bila di agah..sehinggalah ketawa besar bila di sergah..berceloteh ntah apa2 yg hanya dia yg tahu atau pun org jawa ckp 'mengoceh' hehehe..pecah rahsia..aku sememangnya org jawa..jawa sejati tau..dan darah jawa yang mengalir di tubuh iyan jugalah menjadikannya cepat dan mulai memiringkan badannya..huhuhukk...amboi..exagerate plak aku ni..kihkihkih.. dan aritu dapat juga sekali dua dia meniarap...atau omputeh cakap mengkurep...hehehe..Setiap proses itulah yang sering kukabari pada abg JMD agar dia juga tidak miss dengan perubahan proses pembesaran anak kami ini. Bukankah pengorbanan ini menjadikn baby Iyan lain dari anak kami yang lain.. InsyaAllah..dan mudah2an anak ini mendapat lebih berkah dan diberikan lebih kekuatan dlm dirinya.. Spt anak2 kami yang lain semoga menjadi anak2 yg soleh dan solehah kelak..abg JMD jgn lupa doakan ini di kala berdoa didepan kaabah tau!!!uhuhuk..
Kad imunisasi Muawiyyah Sufyan

Sebenonya..aku nak citer yg Iyan dah pun aku hantar untuk di beri imunisasi tetanus+diphteria+pertusis,Polio dan Meningitis (atau 3 serangkai). Mesti pelik sebab sepatutnya vaksin ini diberi sewaktu baby berusia 3 bulan kan.. Sebenarnya Iyan demam semasa umurnya 2 bulan..jadi aku terpaksa melewatkan atau menganjakkan sedikit tempoh imunisasi semasa umurnya 2 bulan..tu yang bila umur Iyan 4 bulan baru diberi vaksin tadi. Tapi ini pun atas nasihat doktor jugak..doktor kata ok..aku pun orait ajelar..
"huk..huk..aku tetap gagah walaupun baru balik klinik kena injit..
tadi kena injit tak nangis tau...hehehe"

Iyan demam! Tak tido malam aku dibuatnya..suhu badannya panas dan sebb itu jugalah Iyan susah nk tido dan hanya merengek aje.Kesian betol aku tengok dia. Kalu ada abg JMD dapat jugalah aku rehat..bergilir2 dengan dia..tapi terima je lar..Sepatutnya seperti anak2 ku yang sebelum ini, aku sudahpun memberi makan sedikit ubat demam sebelum diinjit. Tapi,kali ni takde plak ubat spare..tu yang terus je ke klinik. Ni pun tips yg diberi oleh doktor..bagi sikit ubat demam sebelom diinjit.InsyaAllah anak tidak akan demam atau jika dmm pun cepat kebah.

Aku menampal cool fever didahi Iyan dgn harapan dpt menurunkan suhu panas dikepala comelnya itu.Malam2 buta ni..ini ajelah cara short cut yg boleh aku praktikkan selain mengambil cara tradisional iaitu menjelom kepala dengan mcm2 benda yg diajar mak aku..contohnya...daun bunga raya, bawang merah,daun nilam..ntahle mcm2 lagilah yg boleh digunapakai bagi menurunkan suhu badan.Tapi Iyan baby moden so, aku tampalkan aje cool fever yg mmg aku standby setiap masa..ke...aku malas nk buat semua tu..hehehe...Iyan aku pakaikan stokin yang agak tebal, baju dan seluar yg agak tebal..ini bagi mengelakkan Iyan kedinginan..Alhamdulillah..setelah diberi ubat, Iyan kembali tido.. tetapi sepanjang malam itu aku hanya 'mengelon' Iyan aje..naik sakit pinggang dan belakng aku dibuatnya..Tapi takpe aku rela demi melihatnya kembali selesa dan terus tido.Esoknya..bangun pagi aku dah macam robot plak dah..Apalagi..cuti keje la beb..hihihi..

Alhamdulillah Iyan kembali ceria setelah malam tadinya bertarung dengan panas badannya dan dmm nya pun telah kebah. Memang betul inilah berkat kebesaran Illahi jika kita menyusui sendiri anak kita dan berkat zat yang ada pada susu ibu menjadikan Iyan kuat melawan penyakit. Antibodi untuk melawan penyakit terhasil dikala kita menyusui mereka.Mungkin ini topik yang boleh aku ketengahkan dilain masa.

Wassalam






DEMAM CHIKUNYA



Salam..
Zaman sekarang ni macam2 jenis penyakit ada. Makhluk kecil bernama nyamuk pun mengancam ehidupan ‘gergasi’ manusia seperti kita yang sehinggakan kalau lambat dapatkan rawatan boleh membawa maut...nauzubillah..





Apa yang aku tahu Malaria, Denggi,Kepialu adalah antara penyakit berbahya yg disbbkan dari haiwan kecil ini. Baru2 ni satu lagi penyakit yg depa ni dok bawa ke sini..emm..susah betul nak sebut kalu tgk dari ejaannya... berbelit gak lidah dibuatnya.. CHIKUNGUNYA..

Sebenonya mak dan pak mertua aku baru saja terkena demam chikungunya ni.. Kesian betul aku tgk dia org masa kena tu. Jahat betul virus nyamuk ni. Dia attack serta merta jer kat orang tua aku masa tu. Alhamdulillah..dah beransur sembuh nampaknya mertua aku tu. Hish..panik gak aku dibuatnya...sbb masa tu dia org kat umah aku. Aku plak time tu mmg tak tahu pasal dmm ni apatah lagi gejalanya macam maner..

Selepas tu aku amik tahu jugak lah pasal dmm ni. Dari hasil bacaan dan kajian aku...chewah..apa yang aku paham dmm ni antara senarai nama penyakit yang berbelit lidah nk sebut..hehe..acah jer..tapi betullah ssh..macam japanese encephalitis (JE) dan elephantiasis (untut) dan tifoid (demam kepialu)..tulah macam2 penyakit timbul di time2 akhir zaman ni..alamak! buat gerun la pulak..sume penyakit yg Allah beri ni sedikit sebanyk memuhasabahkan diri kita ye tak???..InsyaAllah..

Emm..apa puncanya? Selain faktor cuaca yang tak menentu ,tahap kebersihan juga perlu djaga.Kepada yang tak reti nak jaga atau maintain..keadaan persekitaran yang kotor dan jijik..hah...terjadilah penyakit ini. Apalah... org lain yg tak reti nak jaga kebersihan...tak pasal2 mak dan pak mentua aku yang kena dmm ni..apa tdak nyer..nyamuk tu isap darah tuan punya tanah..pas tu boring..jenjalan lah rumah jiran..hai..sapa yg nyamuk ni berkenan..parahlah..Faktor lain ialah dari Kemasukan imigran dinegara kita.


Kes pertama demam chikungunya ni asalnya kat Tanzania,Afrika tahun 1952.Jauh tu..beribu batu gak..terer betul nyamuk ni berhijrah yer.. makna Chikugunya ni dlm bahsa Swahili ialah 'melengkung ke atas’.Sebabnya bentuk badan pesakit akan membongkok.Aku rasa bongkok sebab tahan sakit yang teramat sgt kot..siannyer..Dari Afrika Timur,dia beranak pinak..eh silap..dia bertelur daa...hingga ke Filipina,Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam, India, Myanmar, Sri Lanka.Tahun 2003, byk betul wabak kat kepulauan Lautan Pasifik cthnya Madagascar, Comoros, Mauritius dan La Reunion.Kat sini ramai yg terkena virus ni. Lebih kurang 777,000 jatuh sakit.

Citer kat M'sia plak..kes pertama tahun 1960.Tapi, dikesan penularannya sejak 1 April lalu ialah kat Bagan Panchor, Pantai Remis, Perak. Demam ni sebenonya adik beradik dengan demam denggi dan denggi berdarah. Apa sebab?? Sebabnya nyamuk yang sama ler..nyamuk aedes! nama sains nyer iaitu aegypty mahupun albopictus....Bezanya..virus denggi attack pembuluh darah, virus chikungunya dgn gabannya attack sendi dan tulang..pehh..mahu tak krem sendi dibuatnya..

Sesapa2 yg dh kena dmm ni.. secara semula jadinya antibodi dia org ni tahan lebih lama sikit..Sakit sendi nya aje yg ssh sikit nak hilang kdg2 tu berbulan2..kdg2 berulang2 plak..Tapi tu bkn lagi jangkitan virus tapi reaksi sendi. So..mak dan bapak berbanyaklah bersabar yer..Banyakkan minum air dan istirahat yang cukup..Itu cara yg banyak membantu dalam proses penyembuhan


Bawah ni aku copy and paste satu artikel ttg dmm chikungunya ni :

DiagnosisChikungunya dikesan melalui ujian darah. Memandangkan kemunculan klinikal bagi chikungunya dan denggi berdarah mirip di antara kedua-duanya, pengesahan makmal adalah penting, apatah lagi di kawasan-kawasan berlakunya kes-kes demam denggi.Adakah ia boleh dirawat?Seperti halnya demam denggi berdarah, belum terdapat ubat-ubatan mahupun vaksin bagi mencegah chikungunya. Rawatan sedia ada yang diberikan hanya bersifat simptomatik (sokongan, mengikut gejala bagi melegakannya).Misalnya, pesakit diberikan ubat penurun panas atau penahan sakit. Pesakit dinasihatkan .Pesakit akan diasingkan dan seboleh-bolehnya elakkan daripada kemungkinan terdedah kepada digigit nyamuk, sebagai salah satu usaha mencegah penyebaran virus itu kepada orang lain.Langkah-langkah pencegahan?Memandangkan tiada rawatan aktif mahupun rawatan pencegahan chikungunya, satu-satunya cara mengelakkan jangkitan adalah dengan mengurangkan pendedahan terhadap jangkitan nyamuk ke tahap maksimum.Ini termasuklah memusnahkan sarang pembiakan larva bagi menghentikan rantaian kitar hidup dan penularannya. Antara pelbagai pilihan lain bagi melindungi diri anda daripada gigitan nyamuk termasuklah:


* Tidur menggunakan kelambu


* Pakai baju berlengan panjang atau berseluar panjang terutamanya ketika berada di luar rumah pada waktu senja bagi mengelakkan pendedahan langsung kulit terhadap gigitan nyamuk aedes


* Pasang penghadang nyamuk pada tingkap


* Pasangkan ubat nyamuk lingkaran, elektrik atau menggunakan semburan racun serangga


* Biarkan pengudaraan berlaku sama ada dengan kipas angin atau alat penghawa dingin


* Sapu krim repelen serangga yang disahkan selamat pada kulit dan pakaian.



Tidakkah nyamuk yang membawa virus chikungunya ini turut dijangkiti oleh penyakit tersebut?Tidak. Bagaimanapun, nyamuk yang membawa darah bervirus di dalam tubuhnya akan kekal terjangkit sepanjang hayatnya. Tiada bukti menunjukkan virus chikungunya dipindahkan oleh nyamuk betina kepada telurnya sebagaimana virus demam denggi.Adakah seseorang yang telah dijangkiti boleh menularkan penyakit chikungunya kepada orang lain pula?Tidak. Seseorang yang telah dijangkiti tidak boleh menyebarkan penyakitnya itu secara langsung kepada orang lain. Proses penularan hanya berlaku menerusi nyamuk pembawa.Tempoh pengeramanMasa di antara gigitan nyamuk pembawa virus chikungunya dengan terjadinya tanda-tanda penyakit chikungunya berlaku di antara satu hingga tujuh hari (paling biasa berlaku dalam tempoh dua hingga empat hari).


GejalaSimptom-simptom chikungunya secara klinikalnya sangat mirip kepada demam denggi. Ia lazimnya dimulai dengan demam tinggi secara mendadak sehingga mencecah 390 celsius.Lain-lain gejala termasuklah kesejukan, menggigil, ruam pada kaki, tangan dan badan, kurang selera makan, perut meragam, sakit kepala, mata merah, sedikit fotofobia (sensitif kepada cahaya), loya dan muntah.Gejala paling biasa adalah sakit sendi (artritis atau atralgia) terutamanya di hujung jari, pergelangan tangan dan buku lali, atau rasa ngilu pada tulang.Seperti penyakit-penyakit arbovirus lain, jangkitan chikungunya juga mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala (asimptomatik) atau menyebabkan kesakitan yang teruk dan gejala yang berpanjangan.Mujurlah, chikungunya tidak mematikan seperti denggi berdarah. Ia dikategorikan sebagai penyakit yang sembuh dengan sendirinya. Kalaupun berlaku kematian, ia adalah dalam jumlah yang kecil.Jadi, kenapa perlu bimbang?Dalam tempoh seminggu, pesakit berada dalam keadaan kesakitan yang akut (sangat teruk) sehingga tidak boleh bergerak atau berjalan (kelumpuhan sementara) sekali gus menjejaskan kualiti hidupnya.Pesakit biasanya akan mengalami demam selama lima hingga tujuh hari sebelum beransur-ansur hilang. Ia bagaimanapun boleh berulang kembali.Jangan lupa, chikungunya sekeluarga dengan denggi berdarah. Tambahan pula, gejalanya hampir serupa. Ia juga boleh melemahkan sistem imun tubuh, menyebabkan badan mudah dijangkiti oleh penyakit-penyakit lain.

Kesimpulannya...Jaga persekitaran anda dan berjaga-jaga!

Wasalam

How many of these did YOU know about?

A sealed envelope - Put in the freezer for a few hours, then slide a Knife under the flap. The envelope can then be resealed.

Use Empty toilet paper roll to store appliance cords . It keeps them Neat and you can write on the roll what appliance it belongs to.

To remove old wax from a glass candle holder , put it in the freezer for a few hours. Then take the candle holder out and turn it upside down. The Wax will fall out.

Crayon marks on walls? This worked wonderfully! A damp rag, dipped In baking soda. Comes off with little effort (elbow grease that is !).

Blood stains on clothes? Not to worry! Just pour a little hydrogen Peroxide on a cloth and proceed to wipe off every drop of blood. Works Every time!


Use vertical strokes when washing windows outside and horizontal For inside windows. This way you can tell which side has the streaks. Straight vinegar will get outside windows really clean. Don't wash windows On a sunny day. They will dry too quickly and will probably streak.


Spray a bit of perfume on the light bulb in any room to create a lovely Light scent in each room when the light is turned on.


Place fabric softener sheets in dresser drawers and your clothes will Smell freshly washed for weeks to come. You can also do this with towels And linen.


Candles will last a lot longer if placed in the freezer for at least 3 Hours prior to burning.

To clean artificial flowers, pour some salt into a paper bag and add the Flowers. Shake vigorously as the salt will absorb all the dust and dirt And leave your artificial flowers looking like new! Works like a charm!


To easily remove burnt on food from your skillet , simply add a drop or Two of dish soap and enough water to cover bottom of pan, and bring to a boil on stove top.

When boiling corn on the cob, add a pinch of sugar to help bring out the Corn's' natural sweetness

Cure for headaches: Take a lime, cut it in half, and rub it on your Forehead. The throbbing will go away.


To get rid of itch from mosquito bites, try applying soap on the area And you will experience instant relief.


Ants, ants, ants everywhere . Well, they are said to never cross a chalk Line. So, get your chalk out and draw a line on the floor or wherever ants Tend to march. See for yourself.