ahlan wasahlan

DEMAM CHIKUNYA



Salam..
Zaman sekarang ni macam2 jenis penyakit ada. Makhluk kecil bernama nyamuk pun mengancam ehidupan ‘gergasi’ manusia seperti kita yang sehinggakan kalau lambat dapatkan rawatan boleh membawa maut...nauzubillah..





Apa yang aku tahu Malaria, Denggi,Kepialu adalah antara penyakit berbahya yg disbbkan dari haiwan kecil ini. Baru2 ni satu lagi penyakit yg depa ni dok bawa ke sini..emm..susah betul nak sebut kalu tgk dari ejaannya... berbelit gak lidah dibuatnya.. CHIKUNGUNYA..

Sebenonya mak dan pak mertua aku baru saja terkena demam chikungunya ni.. Kesian betul aku tgk dia org masa kena tu. Jahat betul virus nyamuk ni. Dia attack serta merta jer kat orang tua aku masa tu. Alhamdulillah..dah beransur sembuh nampaknya mertua aku tu. Hish..panik gak aku dibuatnya...sbb masa tu dia org kat umah aku. Aku plak time tu mmg tak tahu pasal dmm ni apatah lagi gejalanya macam maner..

Selepas tu aku amik tahu jugak lah pasal dmm ni. Dari hasil bacaan dan kajian aku...chewah..apa yang aku paham dmm ni antara senarai nama penyakit yang berbelit lidah nk sebut..hehe..acah jer..tapi betullah ssh..macam japanese encephalitis (JE) dan elephantiasis (untut) dan tifoid (demam kepialu)..tulah macam2 penyakit timbul di time2 akhir zaman ni..alamak! buat gerun la pulak..sume penyakit yg Allah beri ni sedikit sebanyk memuhasabahkan diri kita ye tak???..InsyaAllah..

Emm..apa puncanya? Selain faktor cuaca yang tak menentu ,tahap kebersihan juga perlu djaga.Kepada yang tak reti nak jaga atau maintain..keadaan persekitaran yang kotor dan jijik..hah...terjadilah penyakit ini. Apalah... org lain yg tak reti nak jaga kebersihan...tak pasal2 mak dan pak mentua aku yang kena dmm ni..apa tdak nyer..nyamuk tu isap darah tuan punya tanah..pas tu boring..jenjalan lah rumah jiran..hai..sapa yg nyamuk ni berkenan..parahlah..Faktor lain ialah dari Kemasukan imigran dinegara kita.


Kes pertama demam chikungunya ni asalnya kat Tanzania,Afrika tahun 1952.Jauh tu..beribu batu gak..terer betul nyamuk ni berhijrah yer.. makna Chikugunya ni dlm bahsa Swahili ialah 'melengkung ke atas’.Sebabnya bentuk badan pesakit akan membongkok.Aku rasa bongkok sebab tahan sakit yang teramat sgt kot..siannyer..Dari Afrika Timur,dia beranak pinak..eh silap..dia bertelur daa...hingga ke Filipina,Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam, India, Myanmar, Sri Lanka.Tahun 2003, byk betul wabak kat kepulauan Lautan Pasifik cthnya Madagascar, Comoros, Mauritius dan La Reunion.Kat sini ramai yg terkena virus ni. Lebih kurang 777,000 jatuh sakit.

Citer kat M'sia plak..kes pertama tahun 1960.Tapi, dikesan penularannya sejak 1 April lalu ialah kat Bagan Panchor, Pantai Remis, Perak. Demam ni sebenonya adik beradik dengan demam denggi dan denggi berdarah. Apa sebab?? Sebabnya nyamuk yang sama ler..nyamuk aedes! nama sains nyer iaitu aegypty mahupun albopictus....Bezanya..virus denggi attack pembuluh darah, virus chikungunya dgn gabannya attack sendi dan tulang..pehh..mahu tak krem sendi dibuatnya..

Sesapa2 yg dh kena dmm ni.. secara semula jadinya antibodi dia org ni tahan lebih lama sikit..Sakit sendi nya aje yg ssh sikit nak hilang kdg2 tu berbulan2..kdg2 berulang2 plak..Tapi tu bkn lagi jangkitan virus tapi reaksi sendi. So..mak dan bapak berbanyaklah bersabar yer..Banyakkan minum air dan istirahat yang cukup..Itu cara yg banyak membantu dalam proses penyembuhan


Bawah ni aku copy and paste satu artikel ttg dmm chikungunya ni :

DiagnosisChikungunya dikesan melalui ujian darah. Memandangkan kemunculan klinikal bagi chikungunya dan denggi berdarah mirip di antara kedua-duanya, pengesahan makmal adalah penting, apatah lagi di kawasan-kawasan berlakunya kes-kes demam denggi.Adakah ia boleh dirawat?Seperti halnya demam denggi berdarah, belum terdapat ubat-ubatan mahupun vaksin bagi mencegah chikungunya. Rawatan sedia ada yang diberikan hanya bersifat simptomatik (sokongan, mengikut gejala bagi melegakannya).Misalnya, pesakit diberikan ubat penurun panas atau penahan sakit. Pesakit dinasihatkan .Pesakit akan diasingkan dan seboleh-bolehnya elakkan daripada kemungkinan terdedah kepada digigit nyamuk, sebagai salah satu usaha mencegah penyebaran virus itu kepada orang lain.Langkah-langkah pencegahan?Memandangkan tiada rawatan aktif mahupun rawatan pencegahan chikungunya, satu-satunya cara mengelakkan jangkitan adalah dengan mengurangkan pendedahan terhadap jangkitan nyamuk ke tahap maksimum.Ini termasuklah memusnahkan sarang pembiakan larva bagi menghentikan rantaian kitar hidup dan penularannya. Antara pelbagai pilihan lain bagi melindungi diri anda daripada gigitan nyamuk termasuklah:


* Tidur menggunakan kelambu


* Pakai baju berlengan panjang atau berseluar panjang terutamanya ketika berada di luar rumah pada waktu senja bagi mengelakkan pendedahan langsung kulit terhadap gigitan nyamuk aedes


* Pasang penghadang nyamuk pada tingkap


* Pasangkan ubat nyamuk lingkaran, elektrik atau menggunakan semburan racun serangga


* Biarkan pengudaraan berlaku sama ada dengan kipas angin atau alat penghawa dingin


* Sapu krim repelen serangga yang disahkan selamat pada kulit dan pakaian.



Tidakkah nyamuk yang membawa virus chikungunya ini turut dijangkiti oleh penyakit tersebut?Tidak. Bagaimanapun, nyamuk yang membawa darah bervirus di dalam tubuhnya akan kekal terjangkit sepanjang hayatnya. Tiada bukti menunjukkan virus chikungunya dipindahkan oleh nyamuk betina kepada telurnya sebagaimana virus demam denggi.Adakah seseorang yang telah dijangkiti boleh menularkan penyakit chikungunya kepada orang lain pula?Tidak. Seseorang yang telah dijangkiti tidak boleh menyebarkan penyakitnya itu secara langsung kepada orang lain. Proses penularan hanya berlaku menerusi nyamuk pembawa.Tempoh pengeramanMasa di antara gigitan nyamuk pembawa virus chikungunya dengan terjadinya tanda-tanda penyakit chikungunya berlaku di antara satu hingga tujuh hari (paling biasa berlaku dalam tempoh dua hingga empat hari).


GejalaSimptom-simptom chikungunya secara klinikalnya sangat mirip kepada demam denggi. Ia lazimnya dimulai dengan demam tinggi secara mendadak sehingga mencecah 390 celsius.Lain-lain gejala termasuklah kesejukan, menggigil, ruam pada kaki, tangan dan badan, kurang selera makan, perut meragam, sakit kepala, mata merah, sedikit fotofobia (sensitif kepada cahaya), loya dan muntah.Gejala paling biasa adalah sakit sendi (artritis atau atralgia) terutamanya di hujung jari, pergelangan tangan dan buku lali, atau rasa ngilu pada tulang.Seperti penyakit-penyakit arbovirus lain, jangkitan chikungunya juga mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala (asimptomatik) atau menyebabkan kesakitan yang teruk dan gejala yang berpanjangan.Mujurlah, chikungunya tidak mematikan seperti denggi berdarah. Ia dikategorikan sebagai penyakit yang sembuh dengan sendirinya. Kalaupun berlaku kematian, ia adalah dalam jumlah yang kecil.Jadi, kenapa perlu bimbang?Dalam tempoh seminggu, pesakit berada dalam keadaan kesakitan yang akut (sangat teruk) sehingga tidak boleh bergerak atau berjalan (kelumpuhan sementara) sekali gus menjejaskan kualiti hidupnya.Pesakit biasanya akan mengalami demam selama lima hingga tujuh hari sebelum beransur-ansur hilang. Ia bagaimanapun boleh berulang kembali.Jangan lupa, chikungunya sekeluarga dengan denggi berdarah. Tambahan pula, gejalanya hampir serupa. Ia juga boleh melemahkan sistem imun tubuh, menyebabkan badan mudah dijangkiti oleh penyakit-penyakit lain.

Kesimpulannya...Jaga persekitaran anda dan berjaga-jaga!

Wasalam

2 comments:

Dennelton said...
This comment has been removed by the author.
Dennelton said...

Nice topic.....xD

santapan rohani :)

Birthday Abdurrahman Sudais