Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Buku "Malam Pertama Di Alam Kubur"


Salam..


Hari ini genap sebulan. Ada yang menasihati aku..janganlah difikirkan sangat... Ada betulnya kata2 itu. Kerana semakin difikir semakin kusut fikiran. Jangan menidakkan..Allah ada untuk kita sebagai hambaNya meminta utk diberikan sedikit ketenangan olehNya.. Semakin hari..semakin jauh..semakin rindu.. Biarlah belahan jiwaku pergi dengan tenang dan aman mengadap Penciptanya. Usah disulitkan pemergiannya...


Allah saja yg mengetahui apa yg tersirat.Kenangan itu milik aku yg tetap terpahat dalam hati..

Dulu blog ini aku isi dengan perkongsian sedikit aktiviti rutin,perihal anak2.. dan lain2.. Tapi sepotong ayat ikhlas dari seorang teman rapat arwah membuat ku terfikir jauh dalam... Benar! bukan semua yg boleh ku kongsikan di sini..kini.. Dengan bahasa yg sedikit keras tapi ikhlas..,"Dulu lain ada laki jaga..skrg banyak benda yg kena jaga.." Aku hargai keikhlasan kata2 itu...


Tapi kali ini, aku ingin berkongsi apa yg telah kujumpa sewaktu aku mengemas barang2 peribadi abg JMD, termasuklah koleksi buku2 kesayangannya. Masa yg terluang kuisi dengan mula membaca buku peninggalan arwah.


Buku "Malam Pertama Di Alam Kubur" terbitan Darul Nu'man, di karang oleh Dr.Aidh Al Qarni,Dr Muhammad Abdurrahman dan Syeikh Muhammad Husain Ya'qub. Buku ini adalah salah satu buku yg dikupas oleh Ustaz Md Esa Deraman (tokkupasirgudang.blogspot.com) pada bulan Ramadhan 1428 (tahun 2007) iaitu bln September...


(Tersentak aku sekejap! Terdapat tarikh yg sama, iaitu 26 September 2007 (tulisan tgn arwah) pada helaian di bab Malam Pertama Di Alam Kubur... secara kebetulannya 2 tahun yg lepas pada tarikh yg sama..MasyaAllah.. )

Sebenarnya apa yg menarik diantara isi kandungannya.. Antara kejahilanku yg kini kuketahui..

Bid'ah yg selalu dilakukan di perkuburan dan yg berlawanan dgn syariat Islam:


> Meletak atau menabur bunga pd jenazah atau kubur.Ia menyerupai perbuatan org kafir.
> Bertafakur kerana hormat kononya simati adalah para pahlawan dsbnya..
> Mengadakan tahlil atau takbir beramai-ramai dgn suara yg kuat. Yg disyariatkan adalah doa dan
zikir.
> Azan dlm kubur atau setelah meletakkan jenazah dlm liang lahad.
> Doa bersama-sama setelah solat jenazah atau setelah mengebumikan mayat. Yg disyariatkan
adalah berdoa sendirian.
> Menguburkan mayat dengan keranda.Kecuali keadaan yg memerlukan seperti anggota terpotong..

Rasulullah hanyalah berdoa untuk si mati dan meminta keampunan baginya sewaktu menziarahi kubur. Sabda baginda, "Barangsiapa membuat perkara baru dalam agama ini,padahal ia bukan darinya(agama),maka ia tertolak".

Semoga apa yang menjadi amalan kita tidak mendapat kemurkaan Allah.. Selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat (seperti berdoa,melakukan haji/umrah/sedekah/berkorban utknya/membayar hutang puasa). Aku memohon kepada ALLAH agar disucikan tauhidku, yang mengesakanNya dan menafikan sekutu baginNya.Semoga diberi Hidayah dan petunjuk.. InsyaAllah..

Semoga berjumpa dilain kelapangan.!

Wassalam.

Tidakkah wanita itu mulia??


Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."
(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang ia suka."
(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Aku saja mengambil beberapa petikan hadis dari koleksiku. Semoga dengan membacanya aku dapat mengulang faham akan pengertiannya.. dan insyaAllah dapat dikongsi bersama2 kawan2ku..

Hadis2 diatas jelaslah menunjukkan betapa tingginya martabat kita sebagai wanita disisi islam. Inginku memperingatkan diriku dan juga kawan2ku supaya tidak terpinggir dari tergolong diantara wanita2 yang solehah dan mukminah. Allah menganugerahkan kita rahim yang sudah cukup membuktikan betapa hebatnya kita di sisi islam. Semoga zuriat yang kita lahirkan, kita bajai dengan iman, kita limpahi dengan ketaqwaan, kita hargai dengan kasih sayang.

Selain itu..peringatan utk diriku dan kawan2ku... terutama senasib denganku yg ditinggal jauh oleh suami..


Sentiasa berdamping denganNya..sentiasa berdoa.. "Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Allah sebaik2 tempat berlindung.. Semoga kemurahan rezeki yang diberi Allah melalui pengorbanan suami yang merantau jauh.. dapatlah menjadikan kita seorang yang lebih bersedekah, tidak boros.. kerana itu amalan syaitan, maka bijaklah berbelanja kerana kita tak tahu apa yg bakal mendatang. Jgn lupa.. setiap kemewahan itu adalh milik Allah yg dipinjamkan utk sementara. Maka,adakah wajar kita bongkak dan sombong atas kemewahan itu?? Tepuk dada tanya iman!


Wassalam.

4 Golongan lelaki ditarik wanita



Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul! Untuk para wanita di luar sana malah pada diri aku sendiri harus diingatkan sekiranya kita menyanyangi orang2 dari golongan di bawah ini, kita juga harus mengingatkan diri kita sendiri. Bukakan hati untuk menerima perubahan demi kebaikan. Hiduplah kita demi ibadah kita pada yg maha Esa.InsyaAllah....maka terhindarlah 4 golongan dibawah ini dari tersungkur sama ke lembah paling dasyat bersama2 kita...Na'uzubillah..Siapakah 4 golongan itu ??


PERTAMA - AYAHNYA Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


KEDUA - SUAMINYA Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.


KETIGA ABANG-ABANGNYA Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


KEEMPAT - ANAK LELAKINYA Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.


Firman ALLAH SWT:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU..."


So, dengan itu marilah kita berdoa dan berusaha agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.ALLAH menilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH berikan pada kita..InsyaAllah..


Remarks : Sesungguhnya aku wanita,isteri dan ibu yg masih,sedang dan akan memperbaiki kelemahan diri dalam mengabdikan diri kepadaMu Ya Illahi!