Tidakkah wanita itu mulia??


Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."
(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang ia suka."
(Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Aku saja mengambil beberapa petikan hadis dari koleksiku. Semoga dengan membacanya aku dapat mengulang faham akan pengertiannya.. dan insyaAllah dapat dikongsi bersama2 kawan2ku..

Hadis2 diatas jelaslah menunjukkan betapa tingginya martabat kita sebagai wanita disisi islam. Inginku memperingatkan diriku dan juga kawan2ku supaya tidak terpinggir dari tergolong diantara wanita2 yang solehah dan mukminah. Allah menganugerahkan kita rahim yang sudah cukup membuktikan betapa hebatnya kita di sisi islam. Semoga zuriat yang kita lahirkan, kita bajai dengan iman, kita limpahi dengan ketaqwaan, kita hargai dengan kasih sayang.

Selain itu..peringatan utk diriku dan kawan2ku... terutama senasib denganku yg ditinggal jauh oleh suami..


Sentiasa berdamping denganNya..sentiasa berdoa.. "Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Allah sebaik2 tempat berlindung.. Semoga kemurahan rezeki yang diberi Allah melalui pengorbanan suami yang merantau jauh.. dapatlah menjadikan kita seorang yang lebih bersedekah, tidak boros.. kerana itu amalan syaitan, maka bijaklah berbelanja kerana kita tak tahu apa yg bakal mendatang. Jgn lupa.. setiap kemewahan itu adalh milik Allah yg dipinjamkan utk sementara. Maka,adakah wajar kita bongkak dan sombong atas kemewahan itu?? Tepuk dada tanya iman!


Wassalam.

No comments: