Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts
Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts

Ramadhan oh Ramadhan!

Bismillah,


Bertemu kita pada 4 Ramadhan 1431 ! Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya semua yg berlaku setahun yang lepas masih segar di kotak ingatan. Seperti baru semalam berlalu pergi.huh!


Pada Ramadhan yg lalu, waktu2 begini masaku banyak ku habiskan bersama arwah suamiku. Cabaran hebat untuk aku sekeluarga bila kenangan mengusik jiwa datang menerpa. Waktu beginilah aku mula teringat bila arwah bersungguh2 ingin turut sama pergi ke bazar Ramadhan walaupun kesihatan tak memungkinkan dia berjalan jauh waktu itu. Makanan kegemaran arwah.. lepat ubi, ikan bakar, tauhu sumbat taman mawar...sume itu menu wajib yang selalu aku dapatkan untuknya. Kenangan tinggal kenangan .. Aku hidup dengan semua kenangan itu..



Semangat arwah cukup besar. Balik dari Chemoteraphy pun masih mahu berjalan. Teringat juga bila mana arwah sering saja menangis mengenang kan dirinya yg begitu merindui terawih. Ah... bila sume itu di kenang begitu menghiris hati rasanya. Cuma berbekalkan redha dan berserah pada Allah membataskan aku dari terus hanyut melayan rasa. Pada yang mempunyai kesihatan tubuh badan yang sihat kenapa perlu mensia-siakn peluang yg Allah ciptakan untuk kita. Bulan ini merupakan bulan bonus untuk kita. Segalanya dilipat kali gandakan. Rebut ajelah peluang di depan mata itu. Mudah2an ganjaran yang Allah janjikan untuk setiap hambaNya di raih sebaik mungkin...InsyaAllah..



Aku tidak seperti tahun2 yg sebelumnya. Dulu aku berpeluang ikut suami mengerjakan terawih di Surau Barorah. Keretapiku sume aku heret bersama..hehe..mengikuti jemaah pimpinan Ust Mat Esa, tazkirah beliau, sentuhan rohani beliau, sesuatu yang amat aku rindukan kini. Tapi aku berpegang pada satu hadis nabi utk kaum wanita khasnya seperti aku... iaitu solat seorang wanita yang dikerjakan di rumahnya lebih baik daripada solatnya yang dikerjakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Padahal, seseorang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram akan memperolehi pahala 100 000 kali ganda dan di Masjidin Nabawi 50 000 kali ganda.



Seorang sahabiyah, Ummu Sa’adah r.anha yang bertemu Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, saya ingin melaksanakan solat denganmu secara berjemaah di masjid.” Rasulullah SAW bersabda, “Saya mengetahui betapa engkau berkeinginan untuk melaksanakan solat di belakangku dengan berjemaah, akan tetapi apabila engkau melaksanakan solat di bahagian yang paling dalam didlm rumahmu, adalah lebih baik drpd mengerjakannya di dlm rumahmu,mengerjakan solat di dlm rumahmu pula adalh lebih baik drpd perkarangan rumahmu. bersolat diperkarangan rumahmu adalh lebih baik daripd bersolat di mesjid tetanggamu (mesjid yg berdekatan dengan rumahnya) dan bersolat di mesjid tetanggamu lebih baik daipada datang ke masjidku."


So, rasanya tak menjadi soal jika terawih dapat kita lakukan secara bersendirian di rumah atau bersama anak2. Risau juga bila aku memikirkan ada di kalangan kawan2 yang seolah-olah berbangga dapat pergi berterawih di masjid sini..di masjid sana..bukan apa takut hilang berkat keikhlasan melakukan terawih, timbul pula rasa riak dan menunjuk2.


Juga sedikit ingatan ikhlas dariku yg serba jahil ini. Bila ke mesjid elakkan memakai bau-bauan yg menusuk lubang hidung dan memakai pakaian yang menarik pandangan terutama pandangan lelaki maklumlah org nak beribadah bukan nak melaram ye tak.. Lagipun kesian org lelaki yang tak pasal2 terpaksa menjaga mata mereka kerana kita. Emm.. berbual2 apatah lagi dengan suara yang kuat didalam mesjid pun perlu dielakkan. Biasalah org pompuan ni kalau sesekali berjumpa ada sahaja ceritanya.. Takut pula menganggu makmum lain yg ingin kyusuk jadi terganggu dek perbuatan kita. Jangan meninggalkan anak2 di rumah dalam keadaan yang tidak selamat. Lepas tu kita yang tak pasal2 risau keadaan mereka..kan dah terganggu khusyuk ibadah kita. Bukannya apa... pengorbanan utk ke mesjid tu bukannya mudah ..jika berpeluang biarlah ianya setimpal dengan ganjaran yang bakal diperolehi.


:) panjang jugak cerita aku ni. tulah kalau sesekali rasa nak menulis..ntah apa2 aje.. wbagaimanapun mudah2an aku dapat berkongsi sesuatu di sini dan sesiapa yang mengikuti tulisan ku ini dapat manfaatnya.


Aku juga ingin mengambil kesempatan ingin memohon ampun dan maaf sekiranya selama aku menitipkan kata2 di dlm ruangan aku ini, ada plak yg terguris hatinya. Aku insan biasa yang tak sunyi dari melakukan kesilapan. Kejahilan dan ceteknya ilmu masih juga ingin aku kongsikan besama. Tak tahulah pandangan kalian..Untuk itu aku bersedia menerima sebarang jua bentuk kritikan dan teguran Daptlah juga aku perbaiki sebarang kelemahan.



Syukran Jazilan! Jumpa lagi lain kali yer..!


Wassalam...

Ujian dari PenciptaKu..

Salam..,
Ternanti-nanti,tertunggu-tunggu,berdebar,gembira,tak sabar...itulah perasaan aku semasa menyambut kepulangan suami tercinta pulang ke tanahair.Mana tidaknya.. 5bulan tidak bersua.
Tapi.. meruntun hati aku,hati seorg isteri, melihat suamiku berjln menuju ke arah kami dengan langkah yg lesu...dgn wajah yg pucat...dgn susuk tubuh yg begitu kurus.. Namun begitu ,terpancar kegembiraan dimukanya bila bertemu dgn kami.Hiba sungguh hati ini..betapa besarnya pengorbanan suamiku.Untuk sedikit persediaan masa depan kami sekuarga..suamiku sampai sanggup melalui kepayahan ini. Bgaimana agknya yg perlu dilalui di tempat asing sampai kurusnya begitu sekali...
Sudah 3 hari bersama dengan kami..Abg Jmd sering sakit-sakitan.Sebelum balik aritu sempat dia mengorder menu favoritnya.Bukan apa2..cuma labu masak lemak,ikan gelama goreng dan sambal belacan..yg sebelum ini dia akan mkn dgn cukup selera.Tapi kali ini...cuma 2-3 suap shj.Takde selera katanya.
Hari ke4 abg Jmd mengajak aku balik kerumah mak bapanya.Naluri hati seorg ibu sememangnya kuat.Merasakan sesuatu yg tak kena.Ibu mana yg tak sedih.Maka kami pun membawa abg Jmd ke Puteri Specialist utk check-up.
Kami mmg sdg di uji oleh Maha Pencipta. Hasil XRay dan CT Scan ada sesuatu disekitar Paru2 sebelah kiri abg Jmd.Sekarang ini kami sedang menanti hasil test dari tisu yg diambil.Semoga ianya tidak apa-apa.Itulah harapan aku.
Luahan dan bicara ini bukanlah utk meraih simpati.Selain memperbanyakkan doa dan dekatkan diriku dgn Penciptaku..ruangan ini menjadi teman utk aku mengubat keresahan hati. Dikala malam ini ,aku menaip coretan ini, suamiku tidur dikatil hospital.Bagaimana perasaanku...Terharu sgguh hati kerana tidak dapat bersama suami diwaktu yg sepatutnya aku yg menemaninya..Tapi,apalah daya... anak2 yg msh kecil ..susah utk aku tgglkan..
Kesempatan ini kuambil utk berterima kasih ...terutama pada mak mertuaku yg setia menunggu abg Jmd.Adik beradik yg sering datang berkunjung,sahabat abg Jmd yg tak putus2 dtg menjenguk.Terima kasih atas ingatan semua..
Hari ini..abg Jmd agak segar dan mula ada selera utk makan. Mudah2an berterusan begitu dan bertambah baik...InsyaAllah.
Semoga kami sekeluarga diberi kekuatan menghadapi ujian ini.Allah jua yg mengetahui segala sesuatu.
Wassalam.

MOTIVASI atau RIAK???FIKIRKANLAH..

Salam,

Salam buat suami tercinta, sahabat handai dan ahli keluarga. Sebelum tu.. andai luahan hati ini tidak disenangi oleh mana2 pihak terutama suamiku... maaf jua ku pinta.
Terpanggil untuk turut sama memberi sedikit komentar tentang clip video dan lontaran kata2 dari artikel2 yg menjadi kontroversi di blog suamiku
http://www.walangkopo.blogspot.com/. Alhamdulillah..bahang dari sikap berani nya itu kian surut kini. Keberanian itu jugalah telah berjaya mengundang pelbagai persepsi, pelbagai pendapat tentang maksud dan tujuan suamiku berbuat begitu. Maka timbullah keraguan serta kata2 sindir terhadap matlamat suamiku berhijrah ke sana. Apakah matlamat nya telah tersasar? Atau adakah matlamat suamiku telah dikelabui dengan wang ringgit? (ops..wang riyal..hehe).

Setelah sekian lama hidup bersama abg JMD aku teramatlah kenal dengan hati budinya. Memang betul dengan ikhlasnya aku juga sedikit terusik perasaan bilamana melihat blog abg JMD tempohari. Bertambah lagi dengan banyaknya kata2 sinis, sindiran,teguran dan tak kurang juga nasihat dek kelantangan abg JMD.. Itulah sebabnya perasaanku terusik.. Kalau aku?? Aku mmg tak akan meragukan abg JMD. Aku kenal orangnya bagaimana. Tapi kekhuatiranku pada pendapat orang lain..lebih2 lagi dikalangan sahabat2 abg JMD tentang maksud ter'publish'nya video klip dan artikel tersebut.Tiba2 hati seorang isteri spt aku menjadi pilu bila suamiku dikatakan RIAK dsb nya.. Aku juga turut sama berganding suara menyuruh abg JMD agar klip itu di remove kan..atas alasan faktor keselamatan.. Maka dengan itu, sempat jugalah abg JMD menurut permintaan aku dan digantikannya dgn klip video madu 3 (hah..psl madu2 ni mmg tak penah sunyi dari abg JMD..uhuk..uhuk..)

Jika dilihat dari awal pembikinan blog abg JMD ni, semenjak berada di Yanbu banyak pengalaman yang telah dikongsi bersama. Tak perlulah aku bercerita panjang lebar pasal itu.. sesapa yang biasa mengikuti blog abg JMD tentu tahu. Hati siapa yang tak tersentuh..teruja apabila melihat kebesaran keagungan Ilahi...Kaabah..makam nabi..Mekah..dan Madinah.Secara peribadi, melonjak-lonjak hatiku untuk turut sama ke sana tetakala melihat abg JMD telahpun berjaya menjejakkan kakinya ketempat2 yang sekian lama diidamkan itu..Ku panjatkan syukur pada Illahi atas limpah kurniaNya.

Semua pengalaman itu dipapar dan dikongsi dengan sengaja agar ada antara sahabat2nya yang masih berkira2 untuk berhijrah ke sana jadi terfikir atau termotivasi dengannya. Setiap orang ada matlamat,tujuan,kehendak atau pandangan yang berbeza. Terpulang pada individu itu sendiri. Ada setengah orang lebih terkesan dengan soal akhirat dulu dan duniawi datang kemudian. Ada orang lebih mementingkan duniawi berbanding akhirat. Mungkin itu yang cuba abg JMD sampaikan.. Di sana insyaAllah.. akhirat dan duniawi boleh digarap seiringan..Memang harta dunia ini tidak boleh dibawa ke kubur..wang bukan segalanya. Tetapi alangkah cantik dan indahnya andai kemewahan itu dapat dijadikan bekalan kita di akhirat kelak melalui sedekah dan amal jariah kita..InsyaAllah..Allah jua yang Maha mengetahui setiap amalan hambaNya.

Untuk sahabat2 serta saudara2 ku... many thanks for your concern & caring! Apa jua yg terjadi dalam hidupku sudah di aturkan olehNya..berjauhan dengan suami tercinta mmg ini bahgianku...kerana memang itu yang kupohon dalam setiap doaku agar perjalanan hidupku dirancang olehNya dgn sebaik2nya. Jika mmg ini yang dirancangNya utkku dan inilah yang terbaik dariNya...maka percayalah...aku redha..Semoga setiap urusanku didunia dan diakhirat kelak dipermudahkan.

Suamiku, sekali lagi maafkan diriku ini yang tidak sempurna seandainya cebisan hati luahan kata2 ini menguris hatimu.
Ikhlas dariku....perhalusi setiap perbuatan dan kata.. kerana ..pandangan manusia berbeza.

Sekian,Wasalam.

Pemergian Ayahanda Tercinta Ke Rahmatullah

Al-fatihah untuk ayahandaku Selamat Bin Jaapar yang menghembuskan nafas terakhirnya di hospital Kluang pada 27 Ogos 2008 lebih kurang pukul 4 ptg.
Aku di kejutkan dengan berita ini oleh abang sulungku. Sebelumnya aku sedang berkemas-kemas untuk melawatnya di wad. Doktor sudah memberitahu anak2 dan adik beradik sudah seharusnya berkumpul kerana keadaan arwah yang ketika itu sudah tenat. Jantungnya sudah membengkak dan oksigen di badannya sudah berkurangan. Tetapi belum pun sempat aku bertemu dengannya beliau telah dijemput menghadap Illahi. Beberapa hari arwah telah dimasukkan ke dalam ICU dan beberapa hari itu jualah aku tidak dapat menjenguknya di hospital. Sedikit ralat di hati ini. Tapi inilah dugaan dan ujian buatku. Aku harap emak dan adik beradik yang lain mamahami keadaanku yang masih dalam hari. Seandainya suamiku ada di sini nescaya aku tak akan berlengah-lengah untuk ke hospital.
Namun kami redha atas ketentuanNya. Allah lebih menyanyangi ayahanda. Bersyukur kerana pemergiannya dipermudahkan. Alhamdulillah, segala urusan Jenazahnya pun tidak ada sebarang kesukaran. Di kesempatan ini aku ingin berterima kasih kepada semua yang menghulurkan budi dan bantuan semasa hari pengurusan jenazahnya hingga ke akhir.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.Amin.
AL-FATIHAH.

Seminggu Tanpa Ayah


Genap seminggu abg meninggalkan kami 5 beranak di Malaysia. Bermulalah kehidupan kami di sini tanpa ayah di sisi. Dari hari menghantar abg ke Airport Senai (13/08/08) kami ditemani oleh mertua dan mak bak aku sendiri. Anak2 leka kerana dirumah ada sepupu2, tokmak ,tokbapak,nenek atuk dll. Masing2 ada kehidupan sendiri. Apabila mereka balik ke kampung masing2 mulalah terasa suatu kelainan. Anak2 dah mula komplen boring takde ayah. Aku pulak nak meleleh jer air mata ni. Aku tahu aku perlu membiasakan diri dengan suasana di rumah tanpa abang. Aku perlu kuat. Demi anak2.

Tak mengapa anak2ku...kita akan pergi mengunjungi ayah bila ada kesempatan dan rezeki...InsyaAllah... KSA pasti menantikan kedatangan kami..

UP! UP! ON THE WAY...

13 Ogos 2008

Menanti kedatangan 13 Ogos adalah suatu hari yang amat mendebarkan. Perasaan bersilih ganti. Macam2 rasa yang aku alami sekarang ni.. Suami dan ayah tercinta bakal meninggalkan kami. Penghijrahannya untuk ke Bumi Arab benar2 menjadi kenyataan...Cuma tinggal beberapa hari shj lagi..Masa yang ada ini...Alhamdulillah abg dapat meluangkan masa untuk kami. Selepas abg tender resignation kat Titan hari tu, abg ada banyak cuti.. dgn itu dptlah abg lepak2 kat rumah sambil menyiapkan beberapa pending job. Sedari awal lagi mmg aku dah buat satu list untuk abg settlekan sebelum abg ke Arab. Tapi tak sampai hati pulak aku tengok keadaan abg. Tapi Alhamdulillah sempat juga abg menyettlekan beberapa perkara yang tersenarai dalam list aku tu..Sejak akhir2 ni kesihatan abg agak tidak berapa baik .. Jadi pending list tu aku decided not to reveal..selamat abg...hehe.. Takperlah... apa yang termampu ku buat akan ku cuba laksanakan. Semoga kesihatan abg akan kembali cemerlang bila tiba masa untuk berangkat kelak.. Kalau tidak susah hati pulak aku dibuatnya..

Apa yang perlu aku katakan lagi selain redha dan sabar. Post ini pun sudah beberapa hari tak dapat aku siapkan. Aku semacam kelu dan tak tahu apa yg perlu dikatakan.. Semoga memang inilah yang terbaik Allah rancangkan untuk kami sekeluarga. Juga semoga apa yang Allah rancangkan ini disertai dengan dianugerahkan kekuatan dihati kami sekeluarga.