Pemergian Ayahanda Tercinta Ke Rahmatullah

Al-fatihah untuk ayahandaku Selamat Bin Jaapar yang menghembuskan nafas terakhirnya di hospital Kluang pada 27 Ogos 2008 lebih kurang pukul 4 ptg.
Aku di kejutkan dengan berita ini oleh abang sulungku. Sebelumnya aku sedang berkemas-kemas untuk melawatnya di wad. Doktor sudah memberitahu anak2 dan adik beradik sudah seharusnya berkumpul kerana keadaan arwah yang ketika itu sudah tenat. Jantungnya sudah membengkak dan oksigen di badannya sudah berkurangan. Tetapi belum pun sempat aku bertemu dengannya beliau telah dijemput menghadap Illahi. Beberapa hari arwah telah dimasukkan ke dalam ICU dan beberapa hari itu jualah aku tidak dapat menjenguknya di hospital. Sedikit ralat di hati ini. Tapi inilah dugaan dan ujian buatku. Aku harap emak dan adik beradik yang lain mamahami keadaanku yang masih dalam hari. Seandainya suamiku ada di sini nescaya aku tak akan berlengah-lengah untuk ke hospital.
Namun kami redha atas ketentuanNya. Allah lebih menyanyangi ayahanda. Bersyukur kerana pemergiannya dipermudahkan. Alhamdulillah, segala urusan Jenazahnya pun tidak ada sebarang kesukaran. Di kesempatan ini aku ingin berterima kasih kepada semua yang menghulurkan budi dan bantuan semasa hari pengurusan jenazahnya hingga ke akhir.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.Amin.
AL-FATIHAH.

No comments: