ahlan wasahlan

Ramadhan oh! Ramadhan

Cukup seminggu aku dan anak2 berpuasa di sini tanpa abang. Memang terasa sekali. Bersahur dan juadah berbuka cukup simple. Biasanya jika ada abang, byklah sikit menu berbuka puasa. Aku selalu share juadah dengan abg...seronok sikit. Ikan Bakar, Nasi beryani. Rojak Asma, Mertabak antara makanan kegemaran kami yg selalu kami share. Anak2 kurang berminat dgn makanan2 macam ni. Tapi dari segi ekonominya jimatlah jugak ye tak??? Kalau Amzar senang jer...tak jemu2 dengan nasi ayam dia.. Yasmin pulak susah sikit seleranya. Aku pun tak tahu apa yang sebenarnya dia suka..orangnya memang susah nak makan...tengoklah badan dia..hish..anak ibu tu.. Paling tidak pun menu favorit anak2 aku ialah Ayam masak kicap, Ketam Masak Lemak, Udang Goreng Bermadu dan Ayam Goreng Tepung. Kalau ada hidangan ni memang cukup berselera mereka makan.
Untuk semua terutama suami di perantauan aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan kali ini kita lalui dengan ikhlas walaupun banyak pengorbanan di dalamnya.Untuk ibunda tercinta sabar dan redha di atas ketentuan Illahi. Memang ramadhan kali ini tanpa ayahanda susah untuk ibunda lalui...tapi berbanyaklah bersabar.InsyaAllah.

No comments:

santapan rohani :)

Birthday Abdurrahman Sudais