Showing posts with label Pedoman. Show all posts
Showing posts with label Pedoman. Show all posts

Buku "Malam Pertama Di Alam Kubur"


Salam..


Hari ini genap sebulan. Ada yang menasihati aku..janganlah difikirkan sangat... Ada betulnya kata2 itu. Kerana semakin difikir semakin kusut fikiran. Jangan menidakkan..Allah ada untuk kita sebagai hambaNya meminta utk diberikan sedikit ketenangan olehNya.. Semakin hari..semakin jauh..semakin rindu.. Biarlah belahan jiwaku pergi dengan tenang dan aman mengadap Penciptanya. Usah disulitkan pemergiannya...


Allah saja yg mengetahui apa yg tersirat.Kenangan itu milik aku yg tetap terpahat dalam hati..

Dulu blog ini aku isi dengan perkongsian sedikit aktiviti rutin,perihal anak2.. dan lain2.. Tapi sepotong ayat ikhlas dari seorang teman rapat arwah membuat ku terfikir jauh dalam... Benar! bukan semua yg boleh ku kongsikan di sini..kini.. Dengan bahasa yg sedikit keras tapi ikhlas..,"Dulu lain ada laki jaga..skrg banyak benda yg kena jaga.." Aku hargai keikhlasan kata2 itu...


Tapi kali ini, aku ingin berkongsi apa yg telah kujumpa sewaktu aku mengemas barang2 peribadi abg JMD, termasuklah koleksi buku2 kesayangannya. Masa yg terluang kuisi dengan mula membaca buku peninggalan arwah.


Buku "Malam Pertama Di Alam Kubur" terbitan Darul Nu'man, di karang oleh Dr.Aidh Al Qarni,Dr Muhammad Abdurrahman dan Syeikh Muhammad Husain Ya'qub. Buku ini adalah salah satu buku yg dikupas oleh Ustaz Md Esa Deraman (tokkupasirgudang.blogspot.com) pada bulan Ramadhan 1428 (tahun 2007) iaitu bln September...


(Tersentak aku sekejap! Terdapat tarikh yg sama, iaitu 26 September 2007 (tulisan tgn arwah) pada helaian di bab Malam Pertama Di Alam Kubur... secara kebetulannya 2 tahun yg lepas pada tarikh yg sama..MasyaAllah.. )

Sebenarnya apa yg menarik diantara isi kandungannya.. Antara kejahilanku yg kini kuketahui..

Bid'ah yg selalu dilakukan di perkuburan dan yg berlawanan dgn syariat Islam:


> Meletak atau menabur bunga pd jenazah atau kubur.Ia menyerupai perbuatan org kafir.
> Bertafakur kerana hormat kononya simati adalah para pahlawan dsbnya..
> Mengadakan tahlil atau takbir beramai-ramai dgn suara yg kuat. Yg disyariatkan adalah doa dan
zikir.
> Azan dlm kubur atau setelah meletakkan jenazah dlm liang lahad.
> Doa bersama-sama setelah solat jenazah atau setelah mengebumikan mayat. Yg disyariatkan
adalah berdoa sendirian.
> Menguburkan mayat dengan keranda.Kecuali keadaan yg memerlukan seperti anggota terpotong..

Rasulullah hanyalah berdoa untuk si mati dan meminta keampunan baginya sewaktu menziarahi kubur. Sabda baginda, "Barangsiapa membuat perkara baru dalam agama ini,padahal ia bukan darinya(agama),maka ia tertolak".

Semoga apa yang menjadi amalan kita tidak mendapat kemurkaan Allah.. Selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat (seperti berdoa,melakukan haji/umrah/sedekah/berkorban utknya/membayar hutang puasa). Aku memohon kepada ALLAH agar disucikan tauhidku, yang mengesakanNya dan menafikan sekutu baginNya.Semoga diberi Hidayah dan petunjuk.. InsyaAllah..

Semoga berjumpa dilain kelapangan.!

Wassalam.

Kebesaran Allah ada dalam diri kita?


Salam..

Aritu kat tpt keje emel aku ada poblem..kena attack virus. yg kelakaonya virus tu Indon mali n namanyer "Jamban Die Die Die" hehehe... walaupun kelakar namanya tp cukup membuatkan aku pening. Mana taknya abis aku punya soft copy document yg agak penting ilang..uwaaaa.. dan yg paling parahnya emel aku yg latest i.e dari tahun 2007 hgga sekrg pun turut ilang. yelar kekdg emel yg penting2 tu mmg syg nk diremovekn..ye tak.. emel dari kekanda pun tak dpt diselamatkan..uhuk..uhuk.. Yg peliknya emel tahun 2006 yg mungkin sangkut kat mana ntah boleh masuk memenuhi inbox aku..naik sarat dibuatnya..Nak marah pada org MIS Department aku tak patut plak sbb masa tu company punya server pun tgh down..so, redha ajelah..emm..


Aku bukan nk citer sgt psl emel2 aku yang pobem tu..kalu diingtkan pun tak guna..cuma antara emel2 yg baru masuk tu ada antaranya yg menarik perhatian aku dan mahu dikongsi bersama kalian. Punyalah panjang mukadimah aku ni yek....So aku copy n paste ajelah kat bawah ni...


Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan :


1)Lihat dikedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Allahuaklam..


2)Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

3.Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


4. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

5.Cara Rasulullah minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Antara lain ...

Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Mengapa kaabah terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.


Sekian..

Allah Sentiasa Menerima Do'a


Allah tidak jauh daripada setiap hamba. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”.

Perbuatan berdo`a itu adalah suatu ibadah. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadah ketika dia berdo`a kepada tuhannya. Sama ada sesuatu do`a dimakbul atau tidak, pahala pasti ada di sisi Allah S.W.T.

Sabda Nabi s.a.w. Maksudnya:
"Do`a itu adalah ibadah"
(Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3372)

Hadith Nabi

Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:
‘Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta dan dengan tujuan menjaga anak isterinya daripada memakan harta curi, harta samun dan sebagainya, dan dengn tujuan menjaga hubungan dengan jiran tetangga, dia akan bertemu dengan Allah di akhirat kelak dengan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama’