Showing posts with label Panduan. Show all posts
Showing posts with label Panduan. Show all posts

Ramadhan oh Ramadhan!

Bismillah,


Bertemu kita pada 4 Ramadhan 1431 ! Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya semua yg berlaku setahun yang lepas masih segar di kotak ingatan. Seperti baru semalam berlalu pergi.huh!


Pada Ramadhan yg lalu, waktu2 begini masaku banyak ku habiskan bersama arwah suamiku. Cabaran hebat untuk aku sekeluarga bila kenangan mengusik jiwa datang menerpa. Waktu beginilah aku mula teringat bila arwah bersungguh2 ingin turut sama pergi ke bazar Ramadhan walaupun kesihatan tak memungkinkan dia berjalan jauh waktu itu. Makanan kegemaran arwah.. lepat ubi, ikan bakar, tauhu sumbat taman mawar...sume itu menu wajib yang selalu aku dapatkan untuknya. Kenangan tinggal kenangan .. Aku hidup dengan semua kenangan itu..



Semangat arwah cukup besar. Balik dari Chemoteraphy pun masih mahu berjalan. Teringat juga bila mana arwah sering saja menangis mengenang kan dirinya yg begitu merindui terawih. Ah... bila sume itu di kenang begitu menghiris hati rasanya. Cuma berbekalkan redha dan berserah pada Allah membataskan aku dari terus hanyut melayan rasa. Pada yang mempunyai kesihatan tubuh badan yang sihat kenapa perlu mensia-siakn peluang yg Allah ciptakan untuk kita. Bulan ini merupakan bulan bonus untuk kita. Segalanya dilipat kali gandakan. Rebut ajelah peluang di depan mata itu. Mudah2an ganjaran yang Allah janjikan untuk setiap hambaNya di raih sebaik mungkin...InsyaAllah..



Aku tidak seperti tahun2 yg sebelumnya. Dulu aku berpeluang ikut suami mengerjakan terawih di Surau Barorah. Keretapiku sume aku heret bersama..hehe..mengikuti jemaah pimpinan Ust Mat Esa, tazkirah beliau, sentuhan rohani beliau, sesuatu yang amat aku rindukan kini. Tapi aku berpegang pada satu hadis nabi utk kaum wanita khasnya seperti aku... iaitu solat seorang wanita yang dikerjakan di rumahnya lebih baik daripada solatnya yang dikerjakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Padahal, seseorang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram akan memperolehi pahala 100 000 kali ganda dan di Masjidin Nabawi 50 000 kali ganda.



Seorang sahabiyah, Ummu Sa’adah r.anha yang bertemu Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, saya ingin melaksanakan solat denganmu secara berjemaah di masjid.” Rasulullah SAW bersabda, “Saya mengetahui betapa engkau berkeinginan untuk melaksanakan solat di belakangku dengan berjemaah, akan tetapi apabila engkau melaksanakan solat di bahagian yang paling dalam didlm rumahmu, adalah lebih baik drpd mengerjakannya di dlm rumahmu,mengerjakan solat di dlm rumahmu pula adalh lebih baik drpd perkarangan rumahmu. bersolat diperkarangan rumahmu adalh lebih baik daripd bersolat di mesjid tetanggamu (mesjid yg berdekatan dengan rumahnya) dan bersolat di mesjid tetanggamu lebih baik daipada datang ke masjidku."


So, rasanya tak menjadi soal jika terawih dapat kita lakukan secara bersendirian di rumah atau bersama anak2. Risau juga bila aku memikirkan ada di kalangan kawan2 yang seolah-olah berbangga dapat pergi berterawih di masjid sini..di masjid sana..bukan apa takut hilang berkat keikhlasan melakukan terawih, timbul pula rasa riak dan menunjuk2.


Juga sedikit ingatan ikhlas dariku yg serba jahil ini. Bila ke mesjid elakkan memakai bau-bauan yg menusuk lubang hidung dan memakai pakaian yang menarik pandangan terutama pandangan lelaki maklumlah org nak beribadah bukan nak melaram ye tak.. Lagipun kesian org lelaki yang tak pasal2 terpaksa menjaga mata mereka kerana kita. Emm.. berbual2 apatah lagi dengan suara yang kuat didalam mesjid pun perlu dielakkan. Biasalah org pompuan ni kalau sesekali berjumpa ada sahaja ceritanya.. Takut pula menganggu makmum lain yg ingin kyusuk jadi terganggu dek perbuatan kita. Jangan meninggalkan anak2 di rumah dalam keadaan yang tidak selamat. Lepas tu kita yang tak pasal2 risau keadaan mereka..kan dah terganggu khusyuk ibadah kita. Bukannya apa... pengorbanan utk ke mesjid tu bukannya mudah ..jika berpeluang biarlah ianya setimpal dengan ganjaran yang bakal diperolehi.


:) panjang jugak cerita aku ni. tulah kalau sesekali rasa nak menulis..ntah apa2 aje.. wbagaimanapun mudah2an aku dapat berkongsi sesuatu di sini dan sesiapa yang mengikuti tulisan ku ini dapat manfaatnya.


Aku juga ingin mengambil kesempatan ingin memohon ampun dan maaf sekiranya selama aku menitipkan kata2 di dlm ruangan aku ini, ada plak yg terguris hatinya. Aku insan biasa yang tak sunyi dari melakukan kesilapan. Kejahilan dan ceteknya ilmu masih juga ingin aku kongsikan besama. Tak tahulah pandangan kalian..Untuk itu aku bersedia menerima sebarang jua bentuk kritikan dan teguran Daptlah juga aku perbaiki sebarang kelemahan.



Syukran Jazilan! Jumpa lagi lain kali yer..!


Wassalam...

Ku temui kembali..


Bismillah,
Aku ingin berkongsi sesuatu di sini. Sejak dari beberapa bulan yang lalu aku kehilangan sesuatu yang amat berharga. Apatah lagi barang tersebut di hadiahkan oleh arwah suamiku. Kira sentimental value lah.. Pencarian berlarutan selama beberapa bulan sehingga aku pasrah dan menyerah..ye lah... dah puas aku geledah ke pelusuk tempat dan daerah rumahku. Mungkin bukan rezekiku! Sedih kerana berlaku dari kecuaian aku sendiri yang tidak menjaganya dengan baik.
Walaupun begitu hati kecilku tidak berputus asa.Setiap kali selepas solat fardhu aku mengamalkan membaca sepotong doa ini...
Selepas berdoa, sambil di hati dengan penuh keyakinan dan berharap jika benar barang itu memberi kebaikan kepadaku, temukanlah.
Usaha aku diteruskan juga...membaca surah yassin, disamping membaca surah lain setiap kali selesai solat fardhu. Bila berjumpa dengan ayat 'mubinn' didlm surah yassin..aku niatkan dalam hati Ya Allah temukanlah aku dengan barang yg hilang itu ..sekiranya halal barang itu bagiku..
Ye lah... kita sekadar berusaha Allah jua yang memperkenankan segala usaha itu..
Alhamdulillah baru-baru ini aku jumpa kembali barang yang hilang tersebut!! Gumbiranya rasa hati.... Makbul atau tidak doa & usaha aku itu Allahuaklam bissawab..Kita diberi pilihan untuk berikhtiar.
InsyaAllah kecuaian ini menjadikan aku lebih teliti dan hati-hati...huhuhu...
Wassalam.

Licik si Maling!






Salam.
Entry aku kali ni ialah...aku nak share satu kejadian yang baru berlaku. Bertepatan dgn tajuk entry aku pula.. 'Maling' tu pencuri.. pada sesapa yg tak tahu.. yang biasa tgk sinetron indon tu rasanya mesti paham...kan..kan..
Mungkin citer ni dapat kita sama2 jadikan panduan... InsyaAllah..

3 hari yang lepas.. kawan sekeje aku tepon malam2.. lbh kurang pukul 1130 malam. Dia ni lelaki India. So aku time tu tengah kemamo ataupun org ckp pang2 alang... hehehe..betul ke tu.. yelah sbb time tu aku dah tido. Dia tepon aku sebenonya nk inform pd aku yg dia terpaksa cuti esok paginya.
Dia pun mulalah bukak story yang memang penen dan konpius masa tu aku nak pahamkan. Mungkin dia panik kot. Lagipun melayu cakap tade bagus lah kawan..hehehe jgn maree arrr...OKlah.. aku pendekkan story ni..

Masa dia balik tu hari.. sbb half day kan.. so dia nak tido dlm bilik, dia dengar gate kat depan rumahnya ada org bukak. Dia bajet bini dia yang balik. So dia pun tanpa tengok kat tingkap terlebih dahulu..terus nak bukak pintu. Terkejut sebab ada seorg lelaki yg sedang cuba membuka grill kat pintu depan rumah. Tapi lelaki tu terus cabut lari sebaik saje dia dengar pintu dibuka. Apalagi kawan aku tu pun menjerit lah.. org lelaki tu pun berbangsa india. Ada sorang lagi sdg menunggu kat luar dengan motor. Apa yang peliknya lelaki yang cuba masuk ke rumah kawan aku tu cuba masuk dgn mgunakan kunci rumah.Kunci rumah sapa plak ni???

Selepas tu bini kawan aku tu plak tpon dia. Dia cakap ada orang pecahkan tingkap kete dia. Kunci rumah yang dia simpan kat dalam kete pun dah kena kebas!!! Bini kawan aku ni parking kete dia kat tempat keje dia. Time tu dia kat tpt keje dia lah.

So, dari jalan cerita kejadian yang berlaku itu dapat disimpulkan bahawa orang tu... atau senang cakap..pencuri tu memang guna taktik licik. Kemungkinan dia dah 'aim' dan kerap mengekori bini kawan aku tu. Kalu tak macam maner dia tahu bini kawan aku tu punya rumah. Dia mmg tggu hari yang sesuai jer dan nasib plak menyebelahi dia.. ada kunci rumah tertinggal dalm kete.

Kalu lah kawan aku tu tak amik half day... tentulah dah kena sapu harta benda dia.

Harta benda takperlah jugak. Boleh diganti. kunci dah ada pada dia so that means anytime dia boleh datang balik...kalu itu terjadi mcamner??? So akuadvise dia tukar sume kunci rumah dia.

Emmm... aku pun ada experience sama.. masa tuh rumah kite kena pecah masuk..ada jugalah harta benda dan barang kemas aku yg kena kebas.. w'pun sedih sbb antaranya loket Titan 5 years service yg abg JMD dpt dulu tu.. rantai & cincin hantaran kawin pun turut kena sapu daaa.... Redha ajerlahhh...dh bukan rezeki aku lah tuu..

So sesapa saje yang baca entry aku ni... Ada iktibar & panduan yang kite pelajari dan kita boleh praktikkan..insyaAllah..


1) Elakkan terus membuka pintu rumah. Jenguk dulu dari tingkap anda. Pastikan keadaan selamat dan tetamu tu adalah org yg anda kenali. Jika kite tak kenal kalu boleh elakkan dari terus membuka pintu/grill rumah kite. Ini yang selalu kite ajarkan pada anak2 kite. ye lar...bdk2 ni kalu ada org dtg dia punya excited tu lain mcm sikit...
2) If possible, jaga jarak kite pada tetamu yang tidak dikenali. Tetamu memang perlu dirai. Tapi tetamu yg dikenali lah..hehehe..bukanke tetamu itu membawa bersama 1000 rahmat.(Teringat kite pada sorang bdk jual kuih tiap petang dtg umah aku mintak air...xperlah.. tu tetamu cilik...kesian)

3) Jangan tinggalkan kunci rumah dalam kerete. Jgn sekali2. (igt..citer kawan aku tu...)

4) Jangan biarkan anak2 tidur di ruang tamu seorang diri. (mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan) masyaAllah..

5. Sorokkan semua pisau2 yang terdapat di dapur sebelum tidur.Sbb penah terbaca pasal kes kecurian pisau hilang tujuannya utk melindungi merekalah..

6. Kalau dengar air paip kat luar rumah terbukak biar jer... tak perlu tutup. Ni salah satu taktik dia org tau..

7. Bawa alarm kereta bersama semasa tido. Kalu terjaga malam..tekan jer beberapa kali..(ni kite slalu buat)

Itu antara2 tips yg boleh kite guna pakai. Kita bukan nk kalahkan pakar jenayah tu..alahh..sape tu namanyer...Tuah kott.. tapi sekadar panduan dan aku rasa penting utk kite amik tahu.
Dato Harun Din dalam buku nya Fadilat Ayat Al-Kursi (buku abg JMD ni..aku x abis bacapun..hehehe) ada bagitau supaya memPerbanyakkan bacaan ayat kursi di keliling rumah kite, InsyaAllah ... Allah akan melindungi rumah kite..jiran2 kite, dan diri kita daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

Atau kat bawah blog kite ni (kena scroll down lerr...) ada Doa untuk keselamatan diri. Tengok attachment book di muka surat 82.. Amalkan ...InsyAllah..

Buat hubby kite.. Abg JmD.. rajin2lah yer doakan keselamatan kite n anak2 kat sini yer... but pls no worries ok..
Sebelum tu baca kata2 nasihat ni...ada kaitan tak? pikir2kanlah...




Wassalam

Bila tgh boring..inilah jadinya..

Assalamualaikum..


Semalam hari minggu, so kita tak keje.Hari ni plak kena amik cuti pasal tpt keje kita Natoleo tak declare cuti Thaipusam dalam kalender Natoleo.Geng2 India kat tpt keje kita slalu usik kita...mcm kita yg nak amik kabadi..tiap2 tahun cuti.. hehehe..jgn maree arr.. Thaipusamnya semalam so..hari Isnin carry forward arr.. Taska anak2 kita tutup... so kita kena cutilah.. oklah tu...kalu tak gitu kita ni mmg ssh nak cuti..

Title kat atas tu pasal..kita ni bila duk umah cepat boring.Bukan boring tak suka duk umah. Tapi bila tgh musim rajin ni..mcm2 benda rasa nak buat..Kdg2 bila tgh rajin pun ssh gak nak buat keje..maklumlah bala tenteraku..ada angin gak dia org ni..kdg2 ok jer..senang nk buat keje..kdg2 byk keje yg ter..'back lock' sbb kena ngadapkan dia org jer..Sabar jerlah..Xperlah..itulah nikmat anak ramai..Salah satunya..dapat menguji kasabaran dan ketahanan fizikal dan mental.. hehehe... bagi yg anak ramai mesti setuju dgn statement kita ni...kan??..



tengoklah...'keretapiku' naik keretapi...hehehe..





Tapi betullah..kalu nak buat tu 1000 daya.. So layan jerlah rasa boring ni...hehehe..


Oleh kerana dan sebulan water filter kat umah kita ni tak diservis, kita pun ringan2kan lah tulang untuk menyerviskannya. Dulu abg JMD kita punya duty ni.Tapi sebelum dia pegi KSA dulu dia dah hand over kat kita. Semenjak dia xde kat sini...baru 2 kali kita servis..Xper lepas ni kita nak update dlm schedule kita utk servis lebih kerap lagi. Duk kat Pasir Gudang ni, kualiti air mmg tak boleh caya. Banyak bendasing yg perlu dinyahkan.. cthnyer.. bakteria,impurities spt karat,kekotoran,silt dll..emm..tak pasal2 dapat 'zat besi' percuma yg memudaratkan.. Lagipun air nyer pun kuar ..alahai...lama sungguh nak tggu dia penuh satu jag. Kita tau mesti dah penuh dgn daki2 dan dia dh memblok filter tu.



sebelum dicuci >>>>>>>>>> selepas dicuci



Geli kan..tengok betapa kotornya kualiti air kat Pasir Gudang ni. Ni baru sebulan..kalu 2 bulan..3bulan..bertahun2..bayangkan betapa banyaknyer 'zat besi' yg diserap dan kita consume dlm tubuh badan kita ni.So, ni bukan iklan jual water filter tau...kat luar tu byk brand2 yang kita kira ok dan aplikasinya sama iaitu menapis kekotoran.Kalu nak cari yang ada ceramic n Activated carbon yg blh meremovekan unpleasant odours and colours.. Utk kengkawan kat sini yang masih teragak2 nk pakai water filter..rasanya tak salah jika ada rezeki lebih.. bermodallah sikit utk kebaikan seisi kuarga..chewah..


Benda lain yang dah kita buat semlm n kita rasa tak sangka sbb kita rasa kita jadik superwomen sekejap ialah..hehehe...






Ni gambo lama..masa tu pondokku msh dlm keadaan elok..








Isk..isk..dah makan tahun..dan dh diratah anai2pun..dah usang..sebelum dia rebah dan bg tujuan keselamatan..kita pun apa lagi..dgn sekali tendang jek...haiiyyyaa..bunyinyer brutal jer...tapi kita masih kontrol feminin tau...hehehe...






Maka robohlah pondok burukku ini...isk..isk..sedih gak...ada kenangan indah tau..

Nampaknya lepas ni xdelah tpt bersantai pak dan mak mentua aku. Slalunya bila dia org dtg sini kat situlah tpt lepak2 sambil menghirup angin sepoi2 bahasa walaupun angin tak segar sbb opposite rumah kita tu ada kilang Holcim (kilang simen)..geram kita kalu pikir kenapalh dia org bina kilang tu esp..kat kaw perumahan.emm..lari topik plak..

So tapak pondokku skrg ni tggu abg JMD utk decide..Hehehe..ni kira bg 'Hint' lah ni.. ;-)


Panjang gak entry kita kali ni..penatlah plak..hehehe..Diharap selain kita bercerita psl aktiviti kita dhari mggu..kita dpt share sesuatu dgn kengkawan kita..InsyaAllah..dan Sesapa yg ada tips utk ilangkan anai2 bolehlh share yer...ye lar selain guna khidmat Pest Control..sbb tu jalan yg paling akhir..kita pikirkan..setakat ni kita control sendiri dulu..




Wassalam...

DEMAM CHIKUNYA



Salam..
Zaman sekarang ni macam2 jenis penyakit ada. Makhluk kecil bernama nyamuk pun mengancam ehidupan ‘gergasi’ manusia seperti kita yang sehinggakan kalau lambat dapatkan rawatan boleh membawa maut...nauzubillah..





Apa yang aku tahu Malaria, Denggi,Kepialu adalah antara penyakit berbahya yg disbbkan dari haiwan kecil ini. Baru2 ni satu lagi penyakit yg depa ni dok bawa ke sini..emm..susah betul nak sebut kalu tgk dari ejaannya... berbelit gak lidah dibuatnya.. CHIKUNGUNYA..

Sebenonya mak dan pak mertua aku baru saja terkena demam chikungunya ni.. Kesian betul aku tgk dia org masa kena tu. Jahat betul virus nyamuk ni. Dia attack serta merta jer kat orang tua aku masa tu. Alhamdulillah..dah beransur sembuh nampaknya mertua aku tu. Hish..panik gak aku dibuatnya...sbb masa tu dia org kat umah aku. Aku plak time tu mmg tak tahu pasal dmm ni apatah lagi gejalanya macam maner..

Selepas tu aku amik tahu jugak lah pasal dmm ni. Dari hasil bacaan dan kajian aku...chewah..apa yang aku paham dmm ni antara senarai nama penyakit yang berbelit lidah nk sebut..hehe..acah jer..tapi betullah ssh..macam japanese encephalitis (JE) dan elephantiasis (untut) dan tifoid (demam kepialu)..tulah macam2 penyakit timbul di time2 akhir zaman ni..alamak! buat gerun la pulak..sume penyakit yg Allah beri ni sedikit sebanyk memuhasabahkan diri kita ye tak???..InsyaAllah..

Emm..apa puncanya? Selain faktor cuaca yang tak menentu ,tahap kebersihan juga perlu djaga.Kepada yang tak reti nak jaga atau maintain..keadaan persekitaran yang kotor dan jijik..hah...terjadilah penyakit ini. Apalah... org lain yg tak reti nak jaga kebersihan...tak pasal2 mak dan pak mentua aku yang kena dmm ni..apa tdak nyer..nyamuk tu isap darah tuan punya tanah..pas tu boring..jenjalan lah rumah jiran..hai..sapa yg nyamuk ni berkenan..parahlah..Faktor lain ialah dari Kemasukan imigran dinegara kita.


Kes pertama demam chikungunya ni asalnya kat Tanzania,Afrika tahun 1952.Jauh tu..beribu batu gak..terer betul nyamuk ni berhijrah yer.. makna Chikugunya ni dlm bahsa Swahili ialah 'melengkung ke atas’.Sebabnya bentuk badan pesakit akan membongkok.Aku rasa bongkok sebab tahan sakit yang teramat sgt kot..siannyer..Dari Afrika Timur,dia beranak pinak..eh silap..dia bertelur daa...hingga ke Filipina,Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam, India, Myanmar, Sri Lanka.Tahun 2003, byk betul wabak kat kepulauan Lautan Pasifik cthnya Madagascar, Comoros, Mauritius dan La Reunion.Kat sini ramai yg terkena virus ni. Lebih kurang 777,000 jatuh sakit.

Citer kat M'sia plak..kes pertama tahun 1960.Tapi, dikesan penularannya sejak 1 April lalu ialah kat Bagan Panchor, Pantai Remis, Perak. Demam ni sebenonya adik beradik dengan demam denggi dan denggi berdarah. Apa sebab?? Sebabnya nyamuk yang sama ler..nyamuk aedes! nama sains nyer iaitu aegypty mahupun albopictus....Bezanya..virus denggi attack pembuluh darah, virus chikungunya dgn gabannya attack sendi dan tulang..pehh..mahu tak krem sendi dibuatnya..

Sesapa2 yg dh kena dmm ni.. secara semula jadinya antibodi dia org ni tahan lebih lama sikit..Sakit sendi nya aje yg ssh sikit nak hilang kdg2 tu berbulan2..kdg2 berulang2 plak..Tapi tu bkn lagi jangkitan virus tapi reaksi sendi. So..mak dan bapak berbanyaklah bersabar yer..Banyakkan minum air dan istirahat yang cukup..Itu cara yg banyak membantu dalam proses penyembuhan


Bawah ni aku copy and paste satu artikel ttg dmm chikungunya ni :

DiagnosisChikungunya dikesan melalui ujian darah. Memandangkan kemunculan klinikal bagi chikungunya dan denggi berdarah mirip di antara kedua-duanya, pengesahan makmal adalah penting, apatah lagi di kawasan-kawasan berlakunya kes-kes demam denggi.Adakah ia boleh dirawat?Seperti halnya demam denggi berdarah, belum terdapat ubat-ubatan mahupun vaksin bagi mencegah chikungunya. Rawatan sedia ada yang diberikan hanya bersifat simptomatik (sokongan, mengikut gejala bagi melegakannya).Misalnya, pesakit diberikan ubat penurun panas atau penahan sakit. Pesakit dinasihatkan .Pesakit akan diasingkan dan seboleh-bolehnya elakkan daripada kemungkinan terdedah kepada digigit nyamuk, sebagai salah satu usaha mencegah penyebaran virus itu kepada orang lain.Langkah-langkah pencegahan?Memandangkan tiada rawatan aktif mahupun rawatan pencegahan chikungunya, satu-satunya cara mengelakkan jangkitan adalah dengan mengurangkan pendedahan terhadap jangkitan nyamuk ke tahap maksimum.Ini termasuklah memusnahkan sarang pembiakan larva bagi menghentikan rantaian kitar hidup dan penularannya. Antara pelbagai pilihan lain bagi melindungi diri anda daripada gigitan nyamuk termasuklah:


* Tidur menggunakan kelambu


* Pakai baju berlengan panjang atau berseluar panjang terutamanya ketika berada di luar rumah pada waktu senja bagi mengelakkan pendedahan langsung kulit terhadap gigitan nyamuk aedes


* Pasang penghadang nyamuk pada tingkap


* Pasangkan ubat nyamuk lingkaran, elektrik atau menggunakan semburan racun serangga


* Biarkan pengudaraan berlaku sama ada dengan kipas angin atau alat penghawa dingin


* Sapu krim repelen serangga yang disahkan selamat pada kulit dan pakaian.



Tidakkah nyamuk yang membawa virus chikungunya ini turut dijangkiti oleh penyakit tersebut?Tidak. Bagaimanapun, nyamuk yang membawa darah bervirus di dalam tubuhnya akan kekal terjangkit sepanjang hayatnya. Tiada bukti menunjukkan virus chikungunya dipindahkan oleh nyamuk betina kepada telurnya sebagaimana virus demam denggi.Adakah seseorang yang telah dijangkiti boleh menularkan penyakit chikungunya kepada orang lain pula?Tidak. Seseorang yang telah dijangkiti tidak boleh menyebarkan penyakitnya itu secara langsung kepada orang lain. Proses penularan hanya berlaku menerusi nyamuk pembawa.Tempoh pengeramanMasa di antara gigitan nyamuk pembawa virus chikungunya dengan terjadinya tanda-tanda penyakit chikungunya berlaku di antara satu hingga tujuh hari (paling biasa berlaku dalam tempoh dua hingga empat hari).


GejalaSimptom-simptom chikungunya secara klinikalnya sangat mirip kepada demam denggi. Ia lazimnya dimulai dengan demam tinggi secara mendadak sehingga mencecah 390 celsius.Lain-lain gejala termasuklah kesejukan, menggigil, ruam pada kaki, tangan dan badan, kurang selera makan, perut meragam, sakit kepala, mata merah, sedikit fotofobia (sensitif kepada cahaya), loya dan muntah.Gejala paling biasa adalah sakit sendi (artritis atau atralgia) terutamanya di hujung jari, pergelangan tangan dan buku lali, atau rasa ngilu pada tulang.Seperti penyakit-penyakit arbovirus lain, jangkitan chikungunya juga mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala (asimptomatik) atau menyebabkan kesakitan yang teruk dan gejala yang berpanjangan.Mujurlah, chikungunya tidak mematikan seperti denggi berdarah. Ia dikategorikan sebagai penyakit yang sembuh dengan sendirinya. Kalaupun berlaku kematian, ia adalah dalam jumlah yang kecil.Jadi, kenapa perlu bimbang?Dalam tempoh seminggu, pesakit berada dalam keadaan kesakitan yang akut (sangat teruk) sehingga tidak boleh bergerak atau berjalan (kelumpuhan sementara) sekali gus menjejaskan kualiti hidupnya.Pesakit biasanya akan mengalami demam selama lima hingga tujuh hari sebelum beransur-ansur hilang. Ia bagaimanapun boleh berulang kembali.Jangan lupa, chikungunya sekeluarga dengan denggi berdarah. Tambahan pula, gejalanya hampir serupa. Ia juga boleh melemahkan sistem imun tubuh, menyebabkan badan mudah dijangkiti oleh penyakit-penyakit lain.

Kesimpulannya...Jaga persekitaran anda dan berjaga-jaga!

Wasalam