Bismillah,
Aku ingin berkongsi sesuatu di sini. Sejak dari beberapa bulan yang lalu aku kehilangan sesuatu yang amat berharga. Apatah lagi barang tersebut di hadiahkan oleh arwah suamiku. Kira sentimental value lah.. Pencarian berlarutan selama beberapa bulan sehingga aku pasrah dan menyerah..ye lah... dah puas aku geledah ke pelusuk tempat dan daerah rumahku. Mungkin bukan rezekiku! Sedih kerana berlaku dari kecuaian aku sendiri yang tidak menjaganya dengan baik.
Walaupun begitu hati kecilku tidak berputus asa.Setiap kali selepas solat fardhu aku mengamalkan membaca sepotong doa ini...

Selepas berdoa, sambil di hati dengan penuh keyakinan dan berharap jika benar barang itu memberi kebaikan kepadaku, temukanlah.
Usaha aku diteruskan juga...membaca surah yassin, disamping membaca surah lain setiap kali selesai solat fardhu. Bila berjumpa dengan ayat 'mubinn' didlm surah yassin..aku niatkan dalam hati Ya Allah temukanlah aku dengan barang yg hilang itu ..sekiranya halal barang itu bagiku..
Ye lah... kita sekadar berusaha Allah jua yang memperkenankan segala usaha itu..
Alhamdulillah baru-baru ini aku jumpa kembali barang yang hilang tersebut!! Gumbiranya rasa hati.... Makbul atau tidak doa & usaha aku itu Allahuaklam bissawab..Kita diberi pilihan untuk berikhtiar.
InsyaAllah kecuaian ini menjadikan aku lebih teliti dan hati-hati...huhuhu...
Wassalam.
No comments:
Post a Comment