Ramadhan oh Ramadhan!

Bismillah,


Bertemu kita pada 4 Ramadhan 1431 ! Cepat sungguh masa berlalu. Rasanya semua yg berlaku setahun yang lepas masih segar di kotak ingatan. Seperti baru semalam berlalu pergi.huh!


Pada Ramadhan yg lalu, waktu2 begini masaku banyak ku habiskan bersama arwah suamiku. Cabaran hebat untuk aku sekeluarga bila kenangan mengusik jiwa datang menerpa. Waktu beginilah aku mula teringat bila arwah bersungguh2 ingin turut sama pergi ke bazar Ramadhan walaupun kesihatan tak memungkinkan dia berjalan jauh waktu itu. Makanan kegemaran arwah.. lepat ubi, ikan bakar, tauhu sumbat taman mawar...sume itu menu wajib yang selalu aku dapatkan untuknya. Kenangan tinggal kenangan .. Aku hidup dengan semua kenangan itu..



Semangat arwah cukup besar. Balik dari Chemoteraphy pun masih mahu berjalan. Teringat juga bila mana arwah sering saja menangis mengenang kan dirinya yg begitu merindui terawih. Ah... bila sume itu di kenang begitu menghiris hati rasanya. Cuma berbekalkan redha dan berserah pada Allah membataskan aku dari terus hanyut melayan rasa. Pada yang mempunyai kesihatan tubuh badan yang sihat kenapa perlu mensia-siakn peluang yg Allah ciptakan untuk kita. Bulan ini merupakan bulan bonus untuk kita. Segalanya dilipat kali gandakan. Rebut ajelah peluang di depan mata itu. Mudah2an ganjaran yang Allah janjikan untuk setiap hambaNya di raih sebaik mungkin...InsyaAllah..



Aku tidak seperti tahun2 yg sebelumnya. Dulu aku berpeluang ikut suami mengerjakan terawih di Surau Barorah. Keretapiku sume aku heret bersama..hehe..mengikuti jemaah pimpinan Ust Mat Esa, tazkirah beliau, sentuhan rohani beliau, sesuatu yang amat aku rindukan kini. Tapi aku berpegang pada satu hadis nabi utk kaum wanita khasnya seperti aku... iaitu solat seorang wanita yang dikerjakan di rumahnya lebih baik daripada solatnya yang dikerjakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Padahal, seseorang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram akan memperolehi pahala 100 000 kali ganda dan di Masjidin Nabawi 50 000 kali ganda.



Seorang sahabiyah, Ummu Sa’adah r.anha yang bertemu Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, saya ingin melaksanakan solat denganmu secara berjemaah di masjid.” Rasulullah SAW bersabda, “Saya mengetahui betapa engkau berkeinginan untuk melaksanakan solat di belakangku dengan berjemaah, akan tetapi apabila engkau melaksanakan solat di bahagian yang paling dalam didlm rumahmu, adalah lebih baik drpd mengerjakannya di dlm rumahmu,mengerjakan solat di dlm rumahmu pula adalh lebih baik drpd perkarangan rumahmu. bersolat diperkarangan rumahmu adalh lebih baik daripd bersolat di mesjid tetanggamu (mesjid yg berdekatan dengan rumahnya) dan bersolat di mesjid tetanggamu lebih baik daipada datang ke masjidku."


So, rasanya tak menjadi soal jika terawih dapat kita lakukan secara bersendirian di rumah atau bersama anak2. Risau juga bila aku memikirkan ada di kalangan kawan2 yang seolah-olah berbangga dapat pergi berterawih di masjid sini..di masjid sana..bukan apa takut hilang berkat keikhlasan melakukan terawih, timbul pula rasa riak dan menunjuk2.


Juga sedikit ingatan ikhlas dariku yg serba jahil ini. Bila ke mesjid elakkan memakai bau-bauan yg menusuk lubang hidung dan memakai pakaian yang menarik pandangan terutama pandangan lelaki maklumlah org nak beribadah bukan nak melaram ye tak.. Lagipun kesian org lelaki yang tak pasal2 terpaksa menjaga mata mereka kerana kita. Emm.. berbual2 apatah lagi dengan suara yang kuat didalam mesjid pun perlu dielakkan. Biasalah org pompuan ni kalau sesekali berjumpa ada sahaja ceritanya.. Takut pula menganggu makmum lain yg ingin kyusuk jadi terganggu dek perbuatan kita. Jangan meninggalkan anak2 di rumah dalam keadaan yang tidak selamat. Lepas tu kita yang tak pasal2 risau keadaan mereka..kan dah terganggu khusyuk ibadah kita. Bukannya apa... pengorbanan utk ke mesjid tu bukannya mudah ..jika berpeluang biarlah ianya setimpal dengan ganjaran yang bakal diperolehi.


:) panjang jugak cerita aku ni. tulah kalau sesekali rasa nak menulis..ntah apa2 aje.. wbagaimanapun mudah2an aku dapat berkongsi sesuatu di sini dan sesiapa yang mengikuti tulisan ku ini dapat manfaatnya.


Aku juga ingin mengambil kesempatan ingin memohon ampun dan maaf sekiranya selama aku menitipkan kata2 di dlm ruangan aku ini, ada plak yg terguris hatinya. Aku insan biasa yang tak sunyi dari melakukan kesilapan. Kejahilan dan ceteknya ilmu masih juga ingin aku kongsikan besama. Tak tahulah pandangan kalian..Untuk itu aku bersedia menerima sebarang jua bentuk kritikan dan teguran Daptlah juga aku perbaiki sebarang kelemahan.



Syukran Jazilan! Jumpa lagi lain kali yer..!


Wassalam...

No comments: