Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Mensyukuri atas nikmat pemberian

Salam.



Aku dengan hati yang paling dalam ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan,doa dan ingatan kalian semua. Bila di dalam keadaan begini... ramai pula yang datang membantu. InsyaAllah dan Alhamdulillah sumbangan yg berbentuk wang ringgit akan digunakan bagi tujuan meringankan dan kebajikan anak2 ku. Allah jua yg dapat membalas budi baik dan amal jariah seseorang.


Yang terbaru kuterima : Shbt2 Titan (dsampaikan oleh Rosmaini dan keluarga sewaktu berkunjung ke kampungku Air Hitam), Kak Zizah (Taska Kyrana), Sahabat2 satu kerja adik iparku, Isham.(terharu...walaupun tak kenal mereka ttp menyumbang), Dari kak Ani (wife Rosli) dan kawan. Sahabat arwah dari Jubail (dikirim melalui Zabri Othman-Natoleo),Sahabat arwah di Yanbu (dikirim melalui En Yunus).

Terima Kasih Kak Su!!


Sebelum ini ramai yg turut menyumbang yang tak dapat kusebutkan kesemuanya melainkan setinggi penghargaan...




Teringat pula semasa sebelum arwah pergi... kami dikunjungi oleh beberapa jemaah surau Tmn Scientex. Mereka tertanya2 kemana perginya arwah yg sebelum ni suka berjemaah dan kdgkala menjadi imam di surau sini.Kedatangan mereka turut membawa sumbangan, barang dapur, beras dll. Terkedu betul masa tu.. Arwah menangis dengan sebak dan penuh emosi.Entah apa yg difikirkan oleh arwah masa tu. Mungkin sebelum ni arwah dgn sedikit kemampuan sering menyalurkan sedekah ketabung surau tetapi skrg dia pula yg diberi bantuan...emmm...ntahlah... Walaupun begitu kami bersyukur dan terima dgn hati yg ikhlas.



Petang tadi, aku didatangi para ibu2 pula. Mereka semua tinggal selorong dengan rumah aku. Terima kasih atas ingatan semua. Ralat pulak sebab tak sempat nak bergambar dengan mereka.


Nmpaknya minggu ni tak putus2 aku menerima kunjungan. Terisi jugalah masa aku kat rumah ni. Hari Selasa tu hari... sahabat2 arwah iaitu Yadzid+Ayu dan anak2, Lobo+Kak ema dan anak2,Yunos+Kak Su dan anak2 serta Ahadin+Kak Za dan anak2.Terima Kasih kerana mereka sudi menjenguk aku dan anak2 walaupun abg JMD dah tak ada lagi. Teringat kata2 Ustaz Md Esa... tetamu yg datang perlu di muliakan kerana dengannya datang bersama seribu rahmat. Emm.. jadi..tak perlulah bersusah payah membawa buah tangan dsb nya..Sahabat2 datang pun dah cukup menggembirakan..


Beberapa hari ni kesihatan aku tak berapa baik.. Pas baik demam kena pulak selsema dan batuk. emmm... sabar ajelah. Lepas ni... kena pertingkatkan kualiti kesihatan diri.Aku perlu sihat demi anak2ku..!!
p/s : Semoga entry aku kali ini tidak disalah ertikan...
Wassalam.

Suamiku pulang kerahmatullah




Salam..



Sesungguhnya dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Ujian dari Penciptaku bertambah hebat kerana bertepatan dengan itu suami yang kucintai telah dijemput mengadapNya pada pukul 12.13am bertarikh 26 September 2009. Selang setahun ayah yg dicintai pergi.. kini suami ku pula...


Peristiwa pahit ini berlaku selepas 3 hari aku menyambut Hari Lahirku bersama2 abg JMD di Hospital Segamat.Masih aku ingat.. arwah menghadiahkan aku senyuman dan renungan yang paling jauh..dalam.. yang aku tak tahu apa yg tersirat pada waktu itu. Suasana hari raya memang tidak terasa kerana sejak raya pertama lagi abg JMD dimasukkan ke Hospital Segamat.


Sewaktu di Hospital Segamat, arwah mmg tak mahu lansung berenggang dengan aku.Sejak kebelakangan ini, arwah begitu sensitif, hatinya mudah terusik dan sayu dan kdg kala begitu manja dengan aku.. Apabila sahabat2nya datang menziarahi beliau.. hatinya mudah tersentuh. Pada bulan puasa, dia sering menangis..rugi! kata arwah kerana tak dapat bersama2 melakukan ibadah puasa dan terawikh. Rindu sungguh arwah untuk sama2 bertarawikh dan menghadiri kuliah2 dari guru sanjungannya, Ustaz Md Esa Deraman. Arwah sering saja mengaitkan bahwa Ramadan,Hari Raya dan Zakat tahun ini adalah merupakan kali terakhir untuk beliau.Aku lansung tak ambil endah sebaliknya menekankan keyakinan bahawa arwah akan kembali sihat dan boleh beraktiviti seperti sebelumnya.



Sepatutnya arwah perlu melakukan rawatan Chemoteraphy utk kali ke 5 pada 14hb yg lalu.Tapi arwah beriya-iya untuk menundanya selepas raya.Sama seperti arwah beriya2 untuk pulang beraya dikampung halamannya,walaupun ketika itu kesihatannya tidak berapa baik dan perlu di gendong.


Arwah memang sering saja sesak nafas dan mengah2 selepas Chemo yang ke4. Berat sungguh hatiku bilamana terpaksa meninggalkannya dirumah sorang2 semasa aku keluar bekerja.



Apa jua kata2 yang aku keluarkan pada tika ini tidak dapat melawan kehendakNya. Allah lebih menyanyangi abg JMD. Aku percaya Allah sedang mengangkat derajat abg JMD dengan diuji musibah,penyakit dan kesusahan.Sewaktu dia bersedih aku sering mengingatkan.. Allah tahu kemampuan dirinya.Berguguranlah dosa2 setiap kali kita redha menghadapi musibah dan penyakit.Penyakit yg ditanggung ini merupakan anugerah yg tidak semua orang terpilih dan mampu menghadapinya.Allah juga sedang mempermudahkan jalan untukmu bang..insyaAllah.





Memang berat perasaan yang aku tanggung sekarang ini, apatah lagi memikirkan anak2 yang masih kecil. Namun, keempat2 mutiara hatiku inilah yang memberi kekuatan dan semangat untuk aku tabah dan sabar menempuh ujian ini. Merekalah harta yang menjadi amanah abang JMD tinggalkan untuk aku.Aku redha dan merelakan pemergian abg JMD.



Nampaknya aku menerima masa yang begitu singkat hidup sebumbung bersama arwah..namun begitu aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yg penuh kasih sayang, baikhati, kelakar, seorg ayah yg bertanggungjwb dan setelah mendpt Hidayah, dia patuh kepada penciptaNya..Sedikit ralat kerana banyak lagi impian yang tidak terlaksana salah satunya membawa kami sekeluarga untuk menunaikan umrah di Mekah.Manusia hanya merancang, Allah jua yg sebaik2 penentu...



Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para sahabat abg JMD.. hanya Allah jua yang mampu membalas budi kalian. Sungguh tak menyangka arwah dikelilingi oleh para2 sahabat yang ikhlas menghulurkan bantuan,sumbangan dan ada pula yang tak jemu2 datang menziarahi arwah semasa hayatnya. Boleh dikatakan arwah tak putus2 kunjungan. Aku percaya arwah begitu berbesar hati kerna punya sahabat yang ikhlas dan menyanyangi beliau. Sehinggakan ada yg sanggup menunggu sehingga detik2 terakhir abg JMD menghadapi sakaratulmaut dan menghembuskan nafas terakhir dengan keadaan tenang.(sesungguhnya Allah jua yg mengetahui).


Alhamdulillah, abg JMD tidak keseorangan...dia dikelilingi ibu bapa, sahabat handai dan saudara mara ketika menghadapi saat2 getir itu. Antaranya Saudara Yadzid dan isteri tercinta, Ayu, Mahfiz, Zainuddin (roomate abg JMD di Yanbu), Lobo dan Kak Ema, Nizam Arjuna, Bahrin, Benn Maksum(ex UTM) dan ramai lagi yang tak dpt kusebutkan kesemuanya disini....Semoga Allah jua membalas budimu semua..Kupanjatkan kesyukuran kerana dapat menjaga abg JMD sewaktu sakitnya w'pun hanya 4 bulan dan turut berada disisi nya sewaktu dijemput olehNya.



Semoga penghijrahan abg JMD ke alam barzakh adalah suatu transit yang kemudiannya ditempatkan bersama golongan orang2 yg beriman dan solehin. Aku perlu teruskan hidup dan mmg itu selayaknya kerana anak2ku memerlukan aku. Tak pernah terlintas dalam fikiran,ini akan berlaku dan dalam usia yg kecil anak2ku menjadi anak yatim. Siapalah aku utk mempersoalkan Qada dan Qadar dariNya.
Wassalam.

Ujian dari PenciptaKu..

Salam..,
Ternanti-nanti,tertunggu-tunggu,berdebar,gembira,tak sabar...itulah perasaan aku semasa menyambut kepulangan suami tercinta pulang ke tanahair.Mana tidaknya.. 5bulan tidak bersua.
Tapi.. meruntun hati aku,hati seorg isteri, melihat suamiku berjln menuju ke arah kami dengan langkah yg lesu...dgn wajah yg pucat...dgn susuk tubuh yg begitu kurus.. Namun begitu ,terpancar kegembiraan dimukanya bila bertemu dgn kami.Hiba sungguh hati ini..betapa besarnya pengorbanan suamiku.Untuk sedikit persediaan masa depan kami sekuarga..suamiku sampai sanggup melalui kepayahan ini. Bgaimana agknya yg perlu dilalui di tempat asing sampai kurusnya begitu sekali...
Sudah 3 hari bersama dengan kami..Abg Jmd sering sakit-sakitan.Sebelum balik aritu sempat dia mengorder menu favoritnya.Bukan apa2..cuma labu masak lemak,ikan gelama goreng dan sambal belacan..yg sebelum ini dia akan mkn dgn cukup selera.Tapi kali ini...cuma 2-3 suap shj.Takde selera katanya.
Hari ke4 abg Jmd mengajak aku balik kerumah mak bapanya.Naluri hati seorg ibu sememangnya kuat.Merasakan sesuatu yg tak kena.Ibu mana yg tak sedih.Maka kami pun membawa abg Jmd ke Puteri Specialist utk check-up.
Kami mmg sdg di uji oleh Maha Pencipta. Hasil XRay dan CT Scan ada sesuatu disekitar Paru2 sebelah kiri abg Jmd.Sekarang ini kami sedang menanti hasil test dari tisu yg diambil.Semoga ianya tidak apa-apa.Itulah harapan aku.
Luahan dan bicara ini bukanlah utk meraih simpati.Selain memperbanyakkan doa dan dekatkan diriku dgn Penciptaku..ruangan ini menjadi teman utk aku mengubat keresahan hati. Dikala malam ini ,aku menaip coretan ini, suamiku tidur dikatil hospital.Bagaimana perasaanku...Terharu sgguh hati kerana tidak dapat bersama suami diwaktu yg sepatutnya aku yg menemaninya..Tapi,apalah daya... anak2 yg msh kecil ..susah utk aku tgglkan..
Kesempatan ini kuambil utk berterima kasih ...terutama pada mak mertuaku yg setia menunggu abg Jmd.Adik beradik yg sering datang berkunjung,sahabat abg Jmd yg tak putus2 dtg menjenguk.Terima kasih atas ingatan semua..
Hari ini..abg Jmd agak segar dan mula ada selera utk makan. Mudah2an berterusan begitu dan bertambah baik...InsyaAllah.
Semoga kami sekeluarga diberi kekuatan menghadapi ujian ini.Allah jua yg mengetahui segala sesuatu.
Wassalam.

Bila tgh boring..inilah jadinya..

Assalamualaikum..


Semalam hari minggu, so kita tak keje.Hari ni plak kena amik cuti pasal tpt keje kita Natoleo tak declare cuti Thaipusam dalam kalender Natoleo.Geng2 India kat tpt keje kita slalu usik kita...mcm kita yg nak amik kabadi..tiap2 tahun cuti.. hehehe..jgn maree arr.. Thaipusamnya semalam so..hari Isnin carry forward arr.. Taska anak2 kita tutup... so kita kena cutilah.. oklah tu...kalu tak gitu kita ni mmg ssh nak cuti..

Title kat atas tu pasal..kita ni bila duk umah cepat boring.Bukan boring tak suka duk umah. Tapi bila tgh musim rajin ni..mcm2 benda rasa nak buat..Kdg2 bila tgh rajin pun ssh gak nak buat keje..maklumlah bala tenteraku..ada angin gak dia org ni..kdg2 ok jer..senang nk buat keje..kdg2 byk keje yg ter..'back lock' sbb kena ngadapkan dia org jer..Sabar jerlah..Xperlah..itulah nikmat anak ramai..Salah satunya..dapat menguji kasabaran dan ketahanan fizikal dan mental.. hehehe... bagi yg anak ramai mesti setuju dgn statement kita ni...kan??..



tengoklah...'keretapiku' naik keretapi...hehehe..





Tapi betullah..kalu nak buat tu 1000 daya.. So layan jerlah rasa boring ni...hehehe..


Oleh kerana dan sebulan water filter kat umah kita ni tak diservis, kita pun ringan2kan lah tulang untuk menyerviskannya. Dulu abg JMD kita punya duty ni.Tapi sebelum dia pegi KSA dulu dia dah hand over kat kita. Semenjak dia xde kat sini...baru 2 kali kita servis..Xper lepas ni kita nak update dlm schedule kita utk servis lebih kerap lagi. Duk kat Pasir Gudang ni, kualiti air mmg tak boleh caya. Banyak bendasing yg perlu dinyahkan.. cthnyer.. bakteria,impurities spt karat,kekotoran,silt dll..emm..tak pasal2 dapat 'zat besi' percuma yg memudaratkan.. Lagipun air nyer pun kuar ..alahai...lama sungguh nak tggu dia penuh satu jag. Kita tau mesti dah penuh dgn daki2 dan dia dh memblok filter tu.



sebelum dicuci >>>>>>>>>> selepas dicuci



Geli kan..tengok betapa kotornya kualiti air kat Pasir Gudang ni. Ni baru sebulan..kalu 2 bulan..3bulan..bertahun2..bayangkan betapa banyaknyer 'zat besi' yg diserap dan kita consume dlm tubuh badan kita ni.So, ni bukan iklan jual water filter tau...kat luar tu byk brand2 yang kita kira ok dan aplikasinya sama iaitu menapis kekotoran.Kalu nak cari yang ada ceramic n Activated carbon yg blh meremovekan unpleasant odours and colours.. Utk kengkawan kat sini yang masih teragak2 nk pakai water filter..rasanya tak salah jika ada rezeki lebih.. bermodallah sikit utk kebaikan seisi kuarga..chewah..


Benda lain yang dah kita buat semlm n kita rasa tak sangka sbb kita rasa kita jadik superwomen sekejap ialah..hehehe...






Ni gambo lama..masa tu pondokku msh dlm keadaan elok..








Isk..isk..dah makan tahun..dan dh diratah anai2pun..dah usang..sebelum dia rebah dan bg tujuan keselamatan..kita pun apa lagi..dgn sekali tendang jek...haiiyyyaa..bunyinyer brutal jer...tapi kita masih kontrol feminin tau...hehehe...






Maka robohlah pondok burukku ini...isk..isk..sedih gak...ada kenangan indah tau..

Nampaknya lepas ni xdelah tpt bersantai pak dan mak mentua aku. Slalunya bila dia org dtg sini kat situlah tpt lepak2 sambil menghirup angin sepoi2 bahasa walaupun angin tak segar sbb opposite rumah kita tu ada kilang Holcim (kilang simen)..geram kita kalu pikir kenapalh dia org bina kilang tu esp..kat kaw perumahan.emm..lari topik plak..

So tapak pondokku skrg ni tggu abg JMD utk decide..Hehehe..ni kira bg 'Hint' lah ni.. ;-)


Panjang gak entry kita kali ni..penatlah plak..hehehe..Diharap selain kita bercerita psl aktiviti kita dhari mggu..kita dpt share sesuatu dgn kengkawan kita..InsyaAllah..dan Sesapa yg ada tips utk ilangkan anai2 bolehlh share yer...ye lar selain guna khidmat Pest Control..sbb tu jalan yg paling akhir..kita pikirkan..setakat ni kita control sendiri dulu..




Wassalam...

Aisey...dah masuk shift!!

Salam..
Sekarang ni kekanda kita dah mula keje shift. Macam minggu ni.. dia kena shift siang. Bermula jam 6pagi sehingga jam 6 petang. Oleh kerana waktu Yanbu lewat 5 jam berbanding waktu di Malaysia...so agak sukar untuk mencari waktu yang ideal utk kami berchatting seperti selalunya. Abg JMD balik keje pukul 6ptg waktu Yanbu, kat Malaysia ni dah pun pukul 11 malam... Takkan kita nak suruh anak2 kita bersengkang mata plak. Tak elok plak anak2 tidur lewat sebab esoknya nak sekolah. Tu yang tadinya dia org dah komplen...alahh..."boring arr tak leh chatting dgn ayah"...isk isk isk...sian plak bdk2 ni..tapi nak buat camner. Sabar ajelah yer..anak2 ku.. Berchatting dgn ayah dia org ni mmg dah jadi kemestian dan rutin harian plak. Kalau satu hari tak pekena chatting..rasa tak lengkap hari kita..uhuk uhuk..Emm..bukan nak mengeluh...tapi redha ajerlah..

Mesti abg JMD tak tahu kan kita amik gambo dia ni masa tgh chatting ek? hehehe..




Tulah...kan dah kena buat air sendiri...

Ish..ish..sampai gitu sekali mengagah anak?? hehehe..jgn maree arr..nti kena jual!!

Aktiviti di petang Sabtu

Salam

Entry aku kali ni sajer nk bercerita pasal aku dan anak2 beriadah di waktu petang.


Alahai..kalu kat Pasir Gudang ni mana jelah boleh dibawa anak2 untuk beriadah kalu tak di Bukit Layang2 tu.. Lagipun hari Sabtu ni aku kerja 1/2 day. So, kat situ ajelah yg aku mampu bawa anak2 beriadah. Aktiviti ni memang amat jarang aku buat. Selalunya kalau ajak dia org jenjalan pun aku pegi Tesco ke, Kipmart ke.. Tapi utk sesekali tulah aku layankan ajer... Mengembirakan hati anak2 kan satu kelebihan..InsyaAllah..
Nampaknya beberapa hari ni di Pasir Gudang angin bertiup agak kencang. Jika keadaan berangin macam tu, apa lagi kalu tidak dengan aktiviti main layang2.Petang tu ramai gak yang secara tidak formal dah mula main layang2 sendiri. Maka, tak lama lagi akan datanglah festival layang2 di PG ni. Biasanya mmg bulan Febuari..kan?? yelah agaknya..Emm...seingat aku cuma sekali dua aje aku pergi ke festival layang2 tu semenjak beberapa tahun menjadi acara tahunan di PG ni. Bukannya apa...tak sanggup dan malas nak melayan keadaan panas dan bersesak2 tu. Bertambah lagi dengan betapa susahnya nak mencari parking. Kalu abg JMD plak..tanya dia.. pernah tak dia pegi time festival tu..Aku pun malas nak layan lagilah abg JMD...hehehe..

So petang tu..aku hanya melayan anak2 bermain kat playground tu..iman nak main gongcor (pelat iman..actually gelongsor..apa lagi!) dan nak makan aiskrim... tu yang asik balun sampai dua kali makan aiskrim.. tapi abg JMD jgnle pelik sbb yg mula2 tu tak abis pun..aiskrim calong tu dia makan keropok nyer ajer...ibulah yg untung..ye tak??.

Kali ni aku jadi rajin pulak sabar menunggu anak2 bermain sehingga puas. Biasanya tak dapat lama ar..hehehe.. biarlah..atleast iman dan anak2 yg lain lupa sekejap yg dia org tu tengah rindu kat ayahnya..teringat plak gelagat iman masa chatting dgn ayahnya tu hari..melaung sambil kedua2 tangan kat mulut, "Ayah!!! bila ayah nk balik kat umah kita..Iman rindu ayah!!" uhuk uhuk..kelakar dan sedih beb.. soweyy..kalau ada hati yg terkedu sekejap..emm..tulah pengorbanan..kan??..

Aduss..penat jugak petang tu. Baby Iyan sampai boring2 tunggu akak dan abg2 nya asik bermain. Sampai tertidur dia masa dipangkuan aku. Tu pun..aku sedar bila nak amik gambo dia..hehehe..sian anak ibu..angin sejuk sikit masa tengah lepak kat tepi tasik tu buat baby Iyan selsema plak..hai...





Apa yang aku lihat kat sekitar situ dan apa yang boleh aku katakan..ada jugak ler beberapa perubahan. Landskap yang baru, dan upgrade sana sini dapatlah menambah santapan mata dan mengindahkan lagi suasana disekitar tasik kat situ. Ke... aku yg dah lama tak ke sana..hehehe..

p/s : gambo selebihnya kena scroll down until end of this page.

Coretan Hari Ini

Assalamualaikum..

Sebenarnya, kering gak idea aku nk mengisi blog aku ni...Tapi tak kisahlah..mahu jugak aku titipkan sesuatu.




Sempat posing dlm kete..masa nk amik ayah kat Senai Airport..
Masa tu tak sabar nk jumpa ayah tau..

Aritu masa jemput abg JMD yg pulang dari KSA, kat Senai airport..mcm2 persoalan dlm hati. Lebih2 lagi mmbayangkn bagaimana agaknya reaksi baby Iyan bila bertemu dgn ayahnya. Masa ditinggalkan dulu Iyan baru aje 2-3 minggu..tak cam muka org lagi..Tapi Alhamdulillah...Jarak tak memutuskan ikatan anak dan ayah. Keserasian tetap ada. Iyan ok n happy jer bila bertemu ayahnya. Iman yg excited sgt masa tu. Aku of course gumbiranya tak terkata..hehe..

Emm..Segalanya sudah kembali seperti sebelumnya..iaitu aku dan anak2 melalui hari2 kami sendiri seperti biasa.Aku apa lg..,rutin harian..pergi kerja balik keje ..anak2 menghabiskan masa mereka di Taska.kami mmg byk menghabiskan masa di rumah aje.Maklumlah..suami dah pun kembali bertugas dan pulang ke KSA. Cepat betul masa berlalu..14hari abg JMD bersama kami,terasa begitu pantas berlalu. Syukurlah walaupun pada mulanya abg JMD sepatutnya cuti sehingga 13hb tapi disbbkn ada masalah yg perlu disettlekan.. abg JMD extend cutinya shgga 17hb.Kira oraitlah tu..


"Bila lagi dapat duk kat riba ayah ek..." kata Iyan
mengimbas kenangan bersama ayah di rumah tok mak.

Masa yang dihabiskn bersama aku dan anak2 mmglah terhad. Kami spend byk masa kami dikampung sempena menyambut Hari Raya Haji. Selepas itu di rumah emakku sendiri ada membuat majlis tahlil utk arwah ayahandaku. Tapi yang pastinya anak2 gembira dapat pulang ke kampung bersama2 ayahnya. Sebelum ni...kami berlima beranak ajelah balik kampung. Sekrg ni agak susah sikit pasal baby Iyan dah besar. Duduk lama sikit dlm baby car seat dia tu..dh mula mngamuk..kalu tak, sebelum ni aku lima beranak kerap jugak balik kampung..nekad dan pasrah ajelah..hehe..

Aritu aku amik cuti agak lama jugak. So, anak2 dah mula syiok duk kat umah. Apa lagi...sebuk ar suruh aku sambung cuti lagi. Tapi sorry ler anak2ku...ibu sibuk banget..boss ibu plak sambung cuti sebaik saje ibu naik keje. Ni pun aku dh amik cuti tahun depan...proportionate...cuti pinjam ar apa lagi..hehe..

Makanya, aku dan anak2 dah kembali melakukan rutin harian kami iaitu chatting dgn abg JMD. Nasib baik kecanggihan teknologi sekrg tak memutuskan hubungan kami meskipun di alam maya.Syukurlah...Nak telepon lama2 pun..suara abg JMD tu dh mcm Rod Stewart plak..hehe..jgn mare yer abg JMD...mudah2an cepat sembuh total..(dialog indon lah pulak)hehehe..Rindu gak dgn suara merdunya tu hehehe....

Sebelum tido tak lengkap kalu tak chatting dgn ayah.

Oklah..apa2 pun ..utk isteri2 atau ibu2 yg seangkatan atau senasib dgn ku...bolehlah bertukar2 pendapat atau maklumat ataupun jika mahu bercerita-ceriti sudi2lah mengemel aku kat eylla_sue@yahoo.com atau suhaila@natoleo.com .






Sekian, wassalam.

Pemergian Ayahanda Tercinta Ke Rahmatullah

Al-fatihah untuk ayahandaku Selamat Bin Jaapar yang menghembuskan nafas terakhirnya di hospital Kluang pada 27 Ogos 2008 lebih kurang pukul 4 ptg.
Aku di kejutkan dengan berita ini oleh abang sulungku. Sebelumnya aku sedang berkemas-kemas untuk melawatnya di wad. Doktor sudah memberitahu anak2 dan adik beradik sudah seharusnya berkumpul kerana keadaan arwah yang ketika itu sudah tenat. Jantungnya sudah membengkak dan oksigen di badannya sudah berkurangan. Tetapi belum pun sempat aku bertemu dengannya beliau telah dijemput menghadap Illahi. Beberapa hari arwah telah dimasukkan ke dalam ICU dan beberapa hari itu jualah aku tidak dapat menjenguknya di hospital. Sedikit ralat di hati ini. Tapi inilah dugaan dan ujian buatku. Aku harap emak dan adik beradik yang lain mamahami keadaanku yang masih dalam hari. Seandainya suamiku ada di sini nescaya aku tak akan berlengah-lengah untuk ke hospital.
Namun kami redha atas ketentuanNya. Allah lebih menyanyangi ayahanda. Bersyukur kerana pemergiannya dipermudahkan. Alhamdulillah, segala urusan Jenazahnya pun tidak ada sebarang kesukaran. Di kesempatan ini aku ingin berterima kasih kepada semua yang menghulurkan budi dan bantuan semasa hari pengurusan jenazahnya hingga ke akhir.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman.Amin.
AL-FATIHAH.

Seminggu Tanpa Ayah


Genap seminggu abg meninggalkan kami 5 beranak di Malaysia. Bermulalah kehidupan kami di sini tanpa ayah di sisi. Dari hari menghantar abg ke Airport Senai (13/08/08) kami ditemani oleh mertua dan mak bak aku sendiri. Anak2 leka kerana dirumah ada sepupu2, tokmak ,tokbapak,nenek atuk dll. Masing2 ada kehidupan sendiri. Apabila mereka balik ke kampung masing2 mulalah terasa suatu kelainan. Anak2 dah mula komplen boring takde ayah. Aku pulak nak meleleh jer air mata ni. Aku tahu aku perlu membiasakan diri dengan suasana di rumah tanpa abang. Aku perlu kuat. Demi anak2.

Tak mengapa anak2ku...kita akan pergi mengunjungi ayah bila ada kesempatan dan rezeki...InsyaAllah... KSA pasti menantikan kedatangan kami..

UP! UP! ON THE WAY...

Cuti Bersalin

Hari ni aku dah apply cuti sempena maternity aku nanti. (21/07/08 - 22/09/2008)

maknanya aku akan kembali bekerja seminggu sebelum Hari Raya. Ingatkan budget nak sambung sehingga hari raya... tapi rasa dah tak larat pulak... Dah berat rasanya.. so aku decided untuk berehat saja di rumah sementara menunggu kelahiran cahaya mata ini.