Hadiah Sempena Hari Raya



Terima kasih ayah... Itulah ucapan kegembiraan dari anak-anakmu setelah menerima pemberian dari ayahnya.



Pagi tadi kawan abang, Lobo datang ke rumah menghantar barang yang di kirimkan oleh abang. Wow! tak sangka pandai jugak abng memilih baju untuk kami semua. Untuk aku abang belikan abaya berwarna hitam.Manakala Yasmin juga menerima baju yang sama iaitu abaya hitam. Yang apabila dikenakan Yasmin kelihatan anggun sekali. Untuk anak jejakaku yang dua orang itu masing2 mendapat jubah yang ngam-ngam dengan saiz badan mereka. Untuk Iyan...alahai..takde saiz larr... nanti dah besar sikit suruh ayah beilkan untuk iyan pulak...tau.. Nampaklah kegembiraan dimuka isteri2 sahabat suamiku apabila menyambut kepulangan suami masing-masing. Aku tumpang gembira ajelah... kali ni terima ajelah nasib beraya tanpa abang.. tak mengapa aku dah bersedia untuk itu.. Mungkin berkat kesabaran ini ada hikmahnya. Dengan anak-anak pun aku masih boleh merayakan Hari Raya yang hanya tinggal 2 atau 3 hari lagi ini. Untuk suami tercinta... Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Terima Kasih atas ingatan dan pemberian ini. Oh ye! Kurma yang dikirimkan tu mmg sedap. Lain dari yang lain. Kurma ini tanpa biji sebaliknya terdapat buah badam didalamnya. YUm..yum...sedap..


No comments: