Ninja Turtle




Semalam aku dan anak2 pergi Kipmart. untuk beli kura-kura. Kura-kura ini yang jenis kecik dan comel. Harganya RM7-00 seekor. Dah berhari2 Amzar dan Yasmin sebok merengek mintak dibelikan kura-kura tu. Aku pun pelik apsal tiba2 jer dia org berminat nak bela kura2.Rupa2nya geng dia org ada bela dan selalu bawa ke taska. Iman pun dah naik excited cam akak dan abgnya. Mula2 aku buat tak tahu jer...Tapi inilah kesempatan yang boleh aku gunakan untuk memotivasikan anak2ku. Lebih2 lagi Amzar yang sedikit nakal tu.. Modal aku apa lagi kalau nak kura2 bila dikejut bangun sahur terus bangun...puasa jgn selalu mengeluh... aku gunakan modal itu selama 2 minggu. Berkesan jugak cara itu. Tapi aku tak naklah dia buat semua tu sebab nak dapatkan si kura2 tu... aku cakap dgn Amzar dia perlu ikhlas buat sesuatu ..kat dunia ni pun dia boleh dapat imbuhan dari ibu..apatah lagi di akhirat kelak Allah akan bagi berganda2 pahala dan imbalannya.

Tapi happy gak aku selepas dibelikan kura2 tu.. atleast anak2 ada tanggungjawab menjaga, membersihkan dan memberi kura2 mereka makan. Itu janji mereka pada aku.

Kura2 ni pun ada nama tau... yang satu Winky dan yg satu lagi
Thinky...apsal namanya macam ni...aku pun tak tau..hehe..

No comments: