ahlan wasahlan

Melentur anak biarlah dari rebungnya...

Sudah 22 hari kita berada di dalam bulan Ramadhan. 10 malam terakhir ini biasanya antara malam yang paling ditunggu2. Kehadiran LailatulQadr pada bila2 malam antara 10 malam ini. Tahun sebelumnya jika suami ada di sini.. jarang benar dia ada di rumah. Dia akan bersama2 group ustaz mat esa untuk bermalam dan beriktikaf di surau Barorah Cahaya Baru. Aku biasalah orang rumah so...duk kat rumah ajelah...Kdg2 termotivasi jugak mencari peluang tambah amal ibadah...org pompuan ni terbatas sikit...anak ramailah katakan..
Actually aku bukan nak citer pasal ni.Mungkin ni boleh juga jadi topik aku dilain kali kelak. Sekrg ni aku nak citer pasal anak2 aku berpuasa dan bersahur.
Kali ini puasa dan sahur mmg banyak kelainannya...maklumlah ayah jauh. Aku lah yang mengadap anak2 24 jam. Lebih2 lagi di bulan puasa ini.. pergh...mmg mencabar. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Anakku Yasmin tak banyak masalah sepanjang bulan puasa ni. Memang sedari awal umurnya 5 tahun aku dah mula mengajar dia berpuasa.. Puasa setengah hari, suku hari dan kdg2 yang sedihnya tu bila dh time2 ptg dia merengek tak tahan nk berbuka..Aku biasalah ...hati ibu..kesian jugak, nak terlalu keras tak sampai hati..maklumlah proses pembelajaran bagi dia...ada ketika tu aku ingat dia sendiri yang tak nak berbuka walaupun tubuhnya yang sememangnya kurus tu lemah longlai tak bermaya... kuat juga azam anakku yang sorang ni. Cuma aku risau..lately dia selalu mengadu sakit perut kat ulu hati...aku suspect Gastrik. Tapi dia tetap steady utk teruskan puasanya.
Lain pula anakku yang lelaki ni...maklumlah lelaki..susah sikit. Susah bukan dia tak nak puasa. Tapi yang susahnya tang bangun bersahur..punyalah susah. Selalunya memang kena angkatlah si Amzar tu... hai.. tak pun,aku make sure tangan aku basah, jadi dapatlah aku sapukan kat muka dia... hah! amik dia..baru celik bijik mata..hehe.. Kesian Amzar.. Ibu terpaksa buat camtuh..Tapi soal makan mmg cukup senang. Malah ayahnya pun dulu cukup senang.. masakan favorit mereka dikala sahur...jeng..jeng..jeng.. tak lain dan tak bukan ikan bilis kicap. Tulah pembuka selera di pagi2 buta tu..hehe.. Amzar ni kdg2 aku tak paham..dia punya citer mmg konfiden nak puasa penuh..tak nak ponteng..tapi time ptg2 tu biasanya sebok mengacah aku mintak buka puasa..aku dengan selamba cakap dengan dia.."Nak buka, bukalah..ibu tak kisah..tapi lepas tu duduk dengan aci sebelah rumah tu,hari2 boleh makan tak yah puasa" Rasa tercabar juga kesabaranku menangani anak2 dan melatih mereka berpuasa. Kesian, tak sampai hati,ingin mereka berjaya, semuanya dalam hati ibu seperti aku. Tpi Alhamdullilah anak2 semakin besar dan mudah untuk memahami apa itu puasa. Peranan aku sebagai ibu dan ibu2 diluar sana perlu menerangkan kenapa mereka perlu berpuasa. Kat sekolah pun memang diajar. Tapi proses pengulangan membuat mereka lebih mengerti. Selain itu perlu bijak melayan tahap kesabaran kita. Juga pandai mencuri atau melekakan waktu mereka dengan perkara berfaedah...lebih2 lagi time2 ptg. dimana dugaan dikala itulah yang paling hebat.

Melayan anak2 menghabiskan waktu petangnya..
sementara menunggu waktu berbuka.Tapi tak boleh selalu tau..

No comments:

santapan rohani :)

Birthday Abdurrahman Sudais