Tiada niat selain berkongsi cerita, pengalaman, secetik ilmu dan kisah yg mudah2an dapat dielak bernafas peribadi..
Dalam Kerendahan Hati, Ada Ketinggian Budi. Dalam Kemiskinan Harta,Ada Kekayaan Jiwa.Dalam Kelembutan Lidah,ada Juga Keterlanjuran Kata. Dalam Gurau Senda, Tentu Ada Khilaf Dan Dosa
Aku manusia biasa sentiasa menghulur kemaafan..
Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan. Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.
Al-Fatihah
Suami yg sentiasa kukasihi
Ja'is bin Mohd Deros
telah kembali ke Rahmatullah pada 26 September 2009 bersamaan 7 Syawal 1430. Semoga Allahyarham di tempatkan bersama golongan org2 yg beriman dan dipermudahkan perjalanan..
Di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Luth dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya..
Ya Allah Ya Rabbi..tetapkanlah imanku,jadikan aku hambamu ini yg senantiasa sujud kepadaMu.Pimpinlah aku agar tetap menjadi 'Zaujuh' bagi suamiku dan hindarkanlah aku dari menjadi 'Imraah'bagi suamiku..
Mutiara Hatiku.
Anugerah terhebat dalam hidupku apabila dikurniakan 4 cahaya mata yang menjadi penghibur dikala suka, penawar dikala duka.. Syukur kehadrat Ilahi..
No comments:
Post a Comment