Majlis Kahwin sepupu di Pontian

Salam...
Semalam aku pegi Pontian. Itupun berkonvoi dgn abg aku yg turun dari Terengganu.Plan asalnya ingat aku nak sambung cuti keje pada hari Sabtu.Yelahh.. Labour Day aritu kan hari Jumaat.. tak ke untung kalu sambung cuti hari Sabtu.Tapi... tak jadilah plak, sbbnya kalu aku cuti mau tutup kompeni aku tu...hihihi..gurau jek.. So, dgn kehadiran abg aku dari Tganu tu, dapatlah aku pegi majlis kahwin sepupu aku kat Pontian. Terima kasih kat akak ipar aku, Kak As yg satu kete dgn aku n tolong jagakn Iyan. Kalu nak harap aku pegi sendiri susahlah plak sbb Iyan dah mula tak kerasan dgn Baby Seat dia tu... maklumlah org dah besarrr.. emm..




hah..satria depan tu kete abg aku ler...


Amboi Iyan... seronok nyer asik kena pegang jek dgn mak uda..siap ar ibu lepas ni

Mak sedara aku tu ialah adik kepada mak aku. Ni majlis anak dialah. Malangnya aku sampai lewat... pukul 4 ptg...tetamu pun dah beransur pulang.So, Xdelah gambo pengantin yg dpt aku snap. Gambo pengantin pompuan tgh merewang adalah.




nampak tu pengantin pompuan tgh merewang...hehehe..

Kat sana dapatlah aku jumpa sedara mara,sepupu sepapat yang dah lama tak jumpa. Kalu tak di majlis2 seperti ini atau time Hari Raya..memang susah ler nak jumpa. Mak Sedara aku ni ada 12 org anak...ramai kan.Tapi sekarang ni lebih meriah dgn cucu2 mereka.Ada cucu kembar lagi.Yg menariknya tentang si kembar ni mereka adalah kembar seiras tetapi sorang boy n sorang girl.. susah nak jumpa kan...
alaaaa...cutenyer...
Teringat masa kecik2 bila cuti sekolah lepak2 kat rumah dia. Memang meriah..wa cakap lu.. hihi.. walaupun rumah mmg susah nak maintain tapi anak2nya semua terjaga dengan baik. Sekarang ni semua dah besar2. Cuma yang no 2 jer..Allah lebih sayangkan dia.Dia meninggal sebab kemalangan di hari pertunangannya. Kuar Metro page depan time tu, memang sedih n tragis. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.Aminnn...



Iyan yg semakin ligat kesana kesini..

Anak2 aku pun ok jer masa kat sana. Cuma tak best sbb tak dapat tengok pengantin makan damai. Tak bersanding pun... sbb sepupu aku tu lelaki.. buat simple2 jer.
Selain itu, dapatlah aku menziarahi tempat kelahiranku. Aku dilahirkan di berek Bomba Pontian ler.. Cuma tak sempat bersekolah je kat Pontian. Arwah ayah aku keje Bomba..so, asik berpindah randah dari satu balai ke satu balai.Lepas Bomba Pontian kami pindah ke Bomba Renggam.Hah..kat situlah aku sekolah sampai Tingkatan 2... n pindah lagi... emm... ni dah jadik citer nostalgia lah pulak..dah lari topik plak aku ni..ek..hihi..
So, bertolak balik lepas maghrib n sampai rumah pukul 9 malam. Pergi dan balik asik jumpa Road block jer..Rasa2nya ada 4 road block.. apsal gaknyer..
Abg aku dah sebok berkemas2 nak balik rumah mak aku kat Aitam.Sebab esoknya pagi2 dia dah nak bertolak ke Tganu semula. So, Terima kasih utk abg aku sekuarga..
Akibat dah lama tak makan nasi pengantin.Makan punya makan... agaknya makan tak ingat suami...hihihi.. malam tadi aku bergilir2 dgn anak aku Amzar pegi ke Bank...bank kecik ler... Tak tidur dibuatnya... haii...dugaan....
Wassalam.

1 comment:

Anonymous said...

Kak Eylla,
Amboi meriahnya majlis kawin tu.. Kalau di Johor, apa lauk-lauk yang dorang hidang utk majlis kawin? Tak merasa lagi ke Johor..