Termotivasinya aku..

Salam...,

Yasmin, anak aku no. 1 beriya-iya mintak izin untuk menyertai kem motivasi yang diadakan di sekolahnya. Sebenarnya kem ini dianjurkan khusus buat para pelajar yg bakal menduduki UPSR. Tapi ustaz-ustazah sekolah Attahfiz ni.. mahu murid tahun 5 juga turut serta. Emm...persediaan awal lah kottt..Yasmin cakap "kena pegi bu, diwajibkan".. akupun iyerlahhh..walaupun aku ckp kalu tak pegi pun tak dosa. :)

Mmg tak penah aku berpisah dgn anak2 ni... berpisah sehari pun aku rasa lain macam jek..rasa kurenggg...jek...hehehe.. Iman (anak no 3) pun asik sebok jek suruh amik akak dia. Macam2 dia tanya. pelik betul iman pikir kenapalah akak kena tido kat sekolah. Dah tu..tak pasal2 aku kena jugak ronda malam2 kat area sekolah akak dia.Dapat tengok sekolah pun jadilah yer...hihhi..




Hari ke2.. iaitu hari terakhir rupa2nya ada program utk ibu bapa. Mulanya mmg aku plan tak nak pegi. Maklumlah... bukan mudah sorang2 handle anak2 yg masih kecik ni..Kena baby Iyan mengaruk tgh2 crowd.. nahas aku..Iman pun semakin aktif sekarang ni... mmg mencabar beb!!..hehehe..Tapi hati tu semakin berat suruh pegi.. So, org kata ikut gerak hati..ye tak??

Program yg diberi nama "Menyemai benih Kasih Sayang" ini berlansung selama 2 jam. Walaupun begitu, aku rasa 2 jam itu penuh dengan pengisian rohani. Rasa teragak2 aku pada awalnya utk hadir ke program spt ini rasa berbaloi pulak..

Penceramah ternyata berjaya menimbulkan kesedaran kpd semua... especially aku. Kdg2 kita tak perasan yang kita ni terlalu ego dgn anak2. Kita tak pandai atau tak mahu menunjukkan sikap menghargai. Sepatutnya kita perlu appreciate mereka. Berterima kasih dgn anak2 kerana mereka menjadi anak2 yang baik. Jangan terlalu menunjuk atau bercerita ttg kelemahan mereka pd org lain. Mereka ada harga diri yg boleh terusik tanpa kita ketahui.. bukankah mendedahkan kelemahan mereka boleh merendahkan diri mereka? sekaligus boleh menjadikan mereka anak2 yang kurang upaya diri dan kurang keyakinan.. Sebaliknya perlu jugak kita ceritakan kehebatan mereka. Bukan menunjuk2... tetapi berbangga dengan pencapaian mereka. Kita tahu kemampuan anak kita sendiri. Cemerlang pada aku cukuplah jika mereka mampu buat yang lebih baik dari semalam.. begitu seterusnya...


menuju Destinasi impian..(gambar sebagai hiasan)


Entry aku kali ini agak serius kan...hehehe.. Program petang tadi mmg benar2 memberi kesan pada aku. Hati keibuan aku tersentuh. Melihat kesemua anak2 yang berjujuran air mata. Aku pun mmg tak tahan.apa lagik..uwaaaa.... hehehehe....Ditambah dengan lontaran kata2 dari motivator yg begitu mengusik jiwa dan memberi kesan. Begitu dramatik sekali. Timbul rasa sebak bila anak2 disuruh pergi ke ibu bapa masing2 utk meminta ampun & maaf. Mudah2an semua anak2 ini termasuk anakku sendiri,Yasmin mendapat sesuatu dari program motivasi seperti ini.


Banyak perkara yang kdg2 kita tak nampak semasa membesar dan mendidik anak2. Semua ibu bapa mahu anak2nya berjaya. Pada aku bersyukurlah aku jika anak2ku berjaya dan cemerlang dalam pelajaran. Bertambah syukurnya aku jika anak2ku lebih cemerlang dalam mencari ilmu untuk akhirat... InsyaAllah.

No comments: