Suamiku pulang kerahmatullah




Salam..



Sesungguhnya dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Ujian dari Penciptaku bertambah hebat kerana bertepatan dengan itu suami yang kucintai telah dijemput mengadapNya pada pukul 12.13am bertarikh 26 September 2009. Selang setahun ayah yg dicintai pergi.. kini suami ku pula...


Peristiwa pahit ini berlaku selepas 3 hari aku menyambut Hari Lahirku bersama2 abg JMD di Hospital Segamat.Masih aku ingat.. arwah menghadiahkan aku senyuman dan renungan yang paling jauh..dalam.. yang aku tak tahu apa yg tersirat pada waktu itu. Suasana hari raya memang tidak terasa kerana sejak raya pertama lagi abg JMD dimasukkan ke Hospital Segamat.


Sewaktu di Hospital Segamat, arwah mmg tak mahu lansung berenggang dengan aku.Sejak kebelakangan ini, arwah begitu sensitif, hatinya mudah terusik dan sayu dan kdg kala begitu manja dengan aku.. Apabila sahabat2nya datang menziarahi beliau.. hatinya mudah tersentuh. Pada bulan puasa, dia sering menangis..rugi! kata arwah kerana tak dapat bersama2 melakukan ibadah puasa dan terawikh. Rindu sungguh arwah untuk sama2 bertarawikh dan menghadiri kuliah2 dari guru sanjungannya, Ustaz Md Esa Deraman. Arwah sering saja mengaitkan bahwa Ramadan,Hari Raya dan Zakat tahun ini adalah merupakan kali terakhir untuk beliau.Aku lansung tak ambil endah sebaliknya menekankan keyakinan bahawa arwah akan kembali sihat dan boleh beraktiviti seperti sebelumnya.



Sepatutnya arwah perlu melakukan rawatan Chemoteraphy utk kali ke 5 pada 14hb yg lalu.Tapi arwah beriya-iya untuk menundanya selepas raya.Sama seperti arwah beriya2 untuk pulang beraya dikampung halamannya,walaupun ketika itu kesihatannya tidak berapa baik dan perlu di gendong.


Arwah memang sering saja sesak nafas dan mengah2 selepas Chemo yang ke4. Berat sungguh hatiku bilamana terpaksa meninggalkannya dirumah sorang2 semasa aku keluar bekerja.



Apa jua kata2 yang aku keluarkan pada tika ini tidak dapat melawan kehendakNya. Allah lebih menyanyangi abg JMD. Aku percaya Allah sedang mengangkat derajat abg JMD dengan diuji musibah,penyakit dan kesusahan.Sewaktu dia bersedih aku sering mengingatkan.. Allah tahu kemampuan dirinya.Berguguranlah dosa2 setiap kali kita redha menghadapi musibah dan penyakit.Penyakit yg ditanggung ini merupakan anugerah yg tidak semua orang terpilih dan mampu menghadapinya.Allah juga sedang mempermudahkan jalan untukmu bang..insyaAllah.





Memang berat perasaan yang aku tanggung sekarang ini, apatah lagi memikirkan anak2 yang masih kecil. Namun, keempat2 mutiara hatiku inilah yang memberi kekuatan dan semangat untuk aku tabah dan sabar menempuh ujian ini. Merekalah harta yang menjadi amanah abang JMD tinggalkan untuk aku.Aku redha dan merelakan pemergian abg JMD.



Nampaknya aku menerima masa yang begitu singkat hidup sebumbung bersama arwah..namun begitu aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yg penuh kasih sayang, baikhati, kelakar, seorg ayah yg bertanggungjwb dan setelah mendpt Hidayah, dia patuh kepada penciptaNya..Sedikit ralat kerana banyak lagi impian yang tidak terlaksana salah satunya membawa kami sekeluarga untuk menunaikan umrah di Mekah.Manusia hanya merancang, Allah jua yg sebaik2 penentu...



Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para sahabat abg JMD.. hanya Allah jua yang mampu membalas budi kalian. Sungguh tak menyangka arwah dikelilingi oleh para2 sahabat yang ikhlas menghulurkan bantuan,sumbangan dan ada pula yang tak jemu2 datang menziarahi arwah semasa hayatnya. Boleh dikatakan arwah tak putus2 kunjungan. Aku percaya arwah begitu berbesar hati kerna punya sahabat yang ikhlas dan menyanyangi beliau. Sehinggakan ada yg sanggup menunggu sehingga detik2 terakhir abg JMD menghadapi sakaratulmaut dan menghembuskan nafas terakhir dengan keadaan tenang.(sesungguhnya Allah jua yg mengetahui).


Alhamdulillah, abg JMD tidak keseorangan...dia dikelilingi ibu bapa, sahabat handai dan saudara mara ketika menghadapi saat2 getir itu. Antaranya Saudara Yadzid dan isteri tercinta, Ayu, Mahfiz, Zainuddin (roomate abg JMD di Yanbu), Lobo dan Kak Ema, Nizam Arjuna, Bahrin, Benn Maksum(ex UTM) dan ramai lagi yang tak dpt kusebutkan kesemuanya disini....Semoga Allah jua membalas budimu semua..Kupanjatkan kesyukuran kerana dapat menjaga abg JMD sewaktu sakitnya w'pun hanya 4 bulan dan turut berada disisi nya sewaktu dijemput olehNya.



Semoga penghijrahan abg JMD ke alam barzakh adalah suatu transit yang kemudiannya ditempatkan bersama golongan orang2 yg beriman dan solehin. Aku perlu teruskan hidup dan mmg itu selayaknya kerana anak2ku memerlukan aku. Tak pernah terlintas dalam fikiran,ini akan berlaku dan dalam usia yg kecil anak2ku menjadi anak yatim. Siapalah aku utk mempersoalkan Qada dan Qadar dariNya.
Wassalam.

2 comments:

KAHERAH said...

Salam kak..

berat mata memandang berat lagi bahu akak yang akan memikul. tapi Erah yakin akak seorang isteri yang benar-benar tabah.

teringat pengalaman Erah sendiri dimana mak Erah sendiri kehilangan suami dalam usia kami masih kecil. Kehidupan yang susah dan kepayahan mak bekerja untuk membesarkan kami membuatkan kami terfikir apa yang datang itu adalah kehendak dr ALLAH supaya kita sentiasa memperingatkan dan mempersiapkan diri sendiri kelak. Kata Mak, walau sesusah mana pun anak-anak adalah kekuatan mak untuk meneruskan hidup kerana anak-anak maklah harta yang arwah abah tinggalkan yang sangat dan paling berharga.

Salam Takziah dari kami sekeluarga buat akak dan anak-anak.

Eylla said...

Salam Erah,

Terima kasih erah.Atleast kata2 dari pengalaman erah membuat akak sedar..bukan akak sorang saja yg pernah ditimpa musibah seperti ini.

Terima kasih juga pada Kamal yg selalu menghubungi arwah. Sekurang2nya taklah arwah boring masa tu.Akak tahu dia org selalu chatting skype.