ahlan wasahlan

KELAHIRAN MUTIARA HATIKU



23 July 2008, 12.05pm aku selamat melahirkan cahaya mataku yang ke empat. Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi sekali lagi aku dikurniakan seorang anak yang comel dan sihat. Semoga besarnya nanti menjadi anak yang soleh dan berakhlak mulia.

Pengalaman yang lalu memang banyak membantu aku dalam menghadapi situasi di saat-saat melahirkan.. Syukur aku diberi kekuatan dan dipermudahkan jalan.

Terima Kasih di atas sokongan suami yang sentiasa berada di sisi.. Semangat itulah yang sedikit sebanyak mengurangkan kesakitan ketika melahirkan. Ternyata suatu perasaan yang sukar di gambarkan ketika mendapat perhatian, sokongan dan keberadaan suami ketika itu. Maknanya ini adalah kali keempat suamiku setia menemaniku. Selain itu, sudah pasti istighfar,tasbih dan tahmid pada Yang Maha Esa yang tidak putus2 banyak membantu dan InsyaAllah mendapat kekuatan dariNya.
Sebagai suatu kemudahan dan berbekalkan sedikit rezeki yang Allah berikan, aku dan suami memilih Hospital Penawar Pasir Gudang sekali lagi. Bukan untuk bermegah-megah atau nak jaga standard maka aku memilih hospital swasta dan tidak ke Hospital Kerajaan... Kami ada alasan kami sendiri.. Mungkin salah satunya hospital ini sedikit selesa...almaklumlah kami terpaksa mengangkut kehulu kehilir anak2 kami yang lain.. Kedudukan yang tidak jauh dari rumah memudahkan kami.. Kawan2 sekerja ada juga datang menjenguk seperti Maya,Deepa, Kak Faridah, Bos aku Mdm Kamala dan Madhi. Thanks for all of you!

Baby comel yang seberat 3.6kg adalah yang paling 'semangat' antara anak-anak kami. Memang dah ku agak sewaktu mengandungkannya... Kakak dan abang2nya pun hanya sekitar 2-3kg shj.

Terasa juga kelainan sewaktu kandungan yang pertama dan keempat ini. Mungkin faktor bertambahnya umur menjadikan aku mudah lesu dan banyak sindrom2 kehamilan yang lain yang dulunya tak pernah kualami... Tapi Alhamdulillah... walaupun 9 bulan itu memang memberatkan namun aku redha dan bersyukur...

Yang paling ku syukuri, anak kami ini mampu menatap wajah ayahnya terlebih dahulu sebelum penghijrahan ayahnya ke Arab.

No comments:

santapan rohani :)

Birthday Abdurrahman Sudais