Ucapan untukmu Ibu

Selamat Hari Ibu...
Hari ini satu dunia menyambut Hari Ibu. Bagi aku setiap hari merupakan hari ibu. Ingatan ku pada mak di kampung x pernah luntur.Malah setiap hari aku rindu pada mak. Tapi apakan daya aku sudah punya keluarga sendiri.Komitmen dan tumpuan sudah tentunya lebih pada keluarga aku sendiri.Tapi ini tidak menjadi penghalang ingatan ku tetap pada mak. Masakan aku boleh lupa segala kesusahan, kesengsaraan mak membesarkan kami adik beradik. Mak memang seorang yang tabah dan kuat semangat. Walaupun pelbagai dugaan yang melanda, mak memang iron lady.. Aku bangga dengan mak. Sabarlah mak... setiap dugaan yang datang jika dihadapi dengan sabar, redha dan ikhlas pasti ada imbalannya.
Sekarang aku dapat rasa kebahgiaan yang x dpat aku gambarkan setiap kali aku menerima ucapan dari anak2 ku sendiri. Kad ucapan yang dicipta khas untukku susah untuk ku ungkaikan betapa berbunganya hati ini... Aku berharap sebagaimana aku menyanyangi mak begitu jualah anak2ku menyanyangi diri ku..
Buat Mak mertua di Chemplak. Aku menyanjungi setiap layanan baik yang mak berikan pada aku. Aku berterima kasih pada mak kerana melahirkan seorang anak yang akhirnya menjadi seorang suami dan ayah yang terlalu baik dan penyanyang untuk aku dan anak2. Percayalah.. aku akan tetap menyokong anakmu dan tidak akan pernah sekalipun melupakanmu..

Selamat Hari Ibu..untuk mak di Air Hitam, mak di Chempak dan untuk aku jugak!!


No comments: