Genap sebulan Muawiyyah Sufyan

Semalam genap sebulan umur Muawiyyah Sufyan. semalam sepatutnya aku perlu bawa Sufyan ke klinik untuk dapatkan vaksin HEPATITIS B.Tapi malangnya, hujan turun sepanjang hari.Memang sejak akhir-akhir ini,cuaca di sini sejuk dan hujan. Maka, hari ini 24.8.2008 barulah aku berkesempatan menghantarnya ke klinik Dr Abdullah (di Kota Masai) dan ditemani kakak dan abang-abangnya. Kali ini ayah tak bersama-sama kami.. tapi tak mengapa.
Lena Sufyan tersentak apabila doktor menyucuk jarum suntikan di lengan kanannya. Aduss.. menjerit Sufyan.Tapi yang terrernye Sufyan menangis sekejap sahaja dan menyambung tidurnya kembali..He..he.. ini lah anak ayah dan ibu.


Inilah Sufyan setelah mendapat suntikan..Lena dan bergaya di dalam car seat nya...

No comments: