Lama betul tak update blog

Lama sungguh x mengupdate blog aku ni... hampir 2 bulan rasanya.. Sebenarnya banyak juga bahan yang boleh dikongsikan di sini.Tapi malangnya,aku yang tak dapat mencuri-curi waktu yang sesuai. Dalam keadaan aku yang tengah sarat ni memang amat melelahkan.. sering saja dibatasi dengan masalah kesihatan. Abg yg dikasihi pun sering sakit2tan.. tak tahu lah kenapa...pembawak budak kot...jgn mare abg..
Sebenarnya aku sedang menunggu hari utk aku melahirkan cahaya mataku yang ke empat. Walaupun dah melalui detik2 yang sama sebelum ini.. Namun tak boleh disangkal rasa bimbang, takut dan ngeri masih tetap ada. Tetapi..InsyaAllah agar semuanya berjalan lancar.
Kalau diikutkan pada awalnya aku dijangka bersalin pada 26 Julai ini.Tapi, hari tu.. doktor cakap mungkin akan lebih awal, memandangkan baby aku yang dah tetap kedudukannya. Tidur, duduk, berjalan pun dah mula tak selesa. Nasib baik ada abang.. Dapat jugalah aku mengeluh, meng'komplen' pada abg tentang keadaan diri. Adalah semangat sikit.. Alhamdulillah... abg akan ada disamping aku, dikala begini dan nanti bila saat melahirkan. Senang juga rasa hati sebab pemergian abg ke Yanbu dapat ditunda sehingga bulan Ogos nanti. Kalau tidak.. sekarang ni, tentu abg telah pun berada di bumi Arab. Sebenarnya abg sudah dijadualkan utk ke sana pada bulan Jun yang lalu. Tetapi, atas dasar belas dan penuh tanggungjawab abg memohon untuk delay sehingga aku selamat bersalin. Syukur.. ada pertimbangan dari pihak2 tertentu. Kesian juga pada abg kerana hanya dapat mengikuti perkembangan di Yanbu melalui blog2 para sahabat,email dan YM. Ramai juga yang telah berada di sana. Sabarlah suamiku... giliranmu pasti datang...insyaALLAH.. (Sekarang ni aku steady lagi... tgklh nti bila sampai waktu abg berlepas). Doakan aku selamat bersalin..

Get graphics at hostgif.com
Free Graphics @ hostGIF.com

No comments: