ahlan wasahlan

Pengorbanan Utk Suami Tercinta..


Salam..

Pada mulanya memang susah utk melepaskan suami tersayang berhijrah ke ARAB. Apa yang bermain di benak fikiran pada awalnya ialah rezeki Allah tu ada di mana2. Buat apa nak cari kemewahan yang lebih jika aku dan anak2 ditinggalkan di Malaysia. Bukannya aku tak bersyukur atas kurniaan rezeki yg Allah limpahkan pada kami sekeluarga selama ni.. Dah memadai rasanya… Memang seronok hidup dalam kemewahan tapi bimbang juga jika ia bisa melalaikan.. Banyak yg ku pikirkan… bolehkah aku hidup disini tanpa abg.. Selama ini apa2 pun aku byk bergantung pada abg…Bagaimana dengan anak2..Pastinya.. seperti aku, mereka juga bakal merindui ayah yang tak pernah berjauhan..

Lagipun..Almaklumlah…bukannya sejam dua perjalanan dari Yanbu ke Pasir Gudang. Jika ada sebarang emergency bukannya dapat pulang dengan segera.

Tapi setelah lama ku fikir2 sambil kupanjatkan jua doa ke hadrat Illahi, agar aku diberikan sedikit pedoman dan panduan…Alhamdulillah kini aku seolah2 redha atas hajat abg utk berhijrah ke tanah Arab..Dan sekarang ini aku yang kdg kala tidak sabar utk dititip khabar abg dari Yanbu dan juga utk melihat keberadaan abg di tanah para anbia sambil menatap gambar2 abg di sana yg bakal dikirimkn utk tatapan aku dan anak2 di sini. InsyaAllah aku juga berdoa jika diberi rezeki dari Allah abg dapat mengerjakan umrah dan seterusnya beribadah Haji di sana. Mungkin ini juga salah satu jalan yang dipermudahkan oleh Allah utk abg. Semoga keinginan abg yg satu ini di makbulkan Allah jua…nanti dapatlah abg mengunjungi makam nabi dan para sahabat..Tak sabar rasanya utk berkongsi kegembiraan itu.

Tak pe.. aku relakan dan redha jika abg berkeras utk ke sana..Meskipun byk suara2 atau pendapat yang kurang menyokong.. Biarlah apa mereka kata. Yang penting niat abg dan harapan tinggi agar ingatan abg pada aku dan anak2 tak pernah luput..”Sebaik2 tempat berlindung adalah di sisi Allah”.. aku akan sentiasa ingat nasihat abg pada aku… InsyaAllah.

1 comment:

j.MD said...

Salam...

Emmm terharu baca. Rasa macam abg dah kat Arab dah. Emm kalau nak diikutkan, mmg malas nak berjauhan tau. Tapi bila difikirkan peluang yg ada ni, tah bila boleh dpt lagi gaknya. Emmm abg yakin ianya satu yg akan lebih baik dalam saki baki hidup ni. Emm sabar dan tabahkan hati. Kalau bukan kat Arab, mmg abg tak akan pergi.

Bukan saja sayang nak tinggalkan anak bini, malah kuliah2 yg dah hampir 5 thn abg ikut pun terasa ralat juga utk ditinggalkan.

Emm sabar jer lah.

santapan rohani :)

Birthday Abdurrahman Sudais